博文

目前显示的是 九月, 2012的博文

RAHSIA PEMAKANAN UNTUK KESIHATAN YANG OPTIMUM

图片
Tahukah anda bahawa selain senaman , makanan juga penyumbang kepada kesihatan yang optimum? Kebanyakan penyakit adalah disebabkan kekurangan nutrien penting di dalam badan. Sesetengah pakar mencadangkan tidak perlu sebarang 'supplement' asalkan kita makan ke semua jenis makanan yang terdapat di dalam piramid makanan.  Walaubagaimanapun, sesetengah nutrien terlalu sedikit jika dibandingkan nutrien yang terdapat di dalam sesuatu 'supplement'. Sebagai contoh, sebiji kapsul vitamin C kadangkala mengandungi kandungan vitamin yang bersamaan dengan 6 biji buah oren. Oleh itu kandungan vitamin di dalam sebiji buah oren sebenarnya tidak memadai bagi membekalkan badan dengan khasiat vitamin C untuk kesihatan optimum badan. Selain itu, makanan hari ini banyak mengandungi bahan kimia berbahaya. Organ hati kita boleh memainkan peranan untuk menyahtoksikkan bahan kimia ini. Walaubagaimanapun, akibat daripada kandungan toksik yang berlebihan, organ hati tidak mampu untuk membersihkan…

Terjemahan lagu 'always be there'

图片
Asyik tulis bab dunia je ,ingat nak jugak cari bekalan untuk di bawa ke sana. Kali ni ingat nak tulis bab ukhrawi sikit. Aku nak bagi 'direct translation' lagu Maher Zain iaitu 'always be there' . Lirik lagu ni amat menginsafkan kalau kita dapat hayati makna tersirat di dalamnya. Sebagai hambaNya kita haruslah bersyukur dengan segala nikmat kurniaannya. Sengaja aku bagi terjemahan walaupn rata-rata orang Malaysia, even satu dunia pun guna bahasa mat salih ni iaitu English. Cuma kalau kita guna bahasa kita rasenye kite akan lebih menghayati. Tak gitu?

Terjemahan Lagu

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar...
Jika anda bertanya saya tentang cinta dan juga apa yang saya tahu tentangnya..
Jawapan saya adalah semuanya mengenai Allah. Cinta sejati di dalam jiwa kita.
Pencipta saya, anda, syurga dan juga duniawi ini.
Dialah yang memberikan kita rasa bebas dan segalanya
Penjaga kepada orang yang beriman kepadaNya

Apabila terasa sukar.Tiadalah lagi tempat lain untuk meng…

'AGGRESSION' ADALAH PENTING DI DALAM BOLASEPAK NEGARA

图片
Saya merupakan peminat fanatik bolasepak. Pasukan kelab Eropah yang saya minat adalah Liverpool dan saya juga meminati pasukan bolasepak negara kita iaitu pasukan Harimau Malaya. Saya terpanggil untuk mengemukakan pendapat tentang cara permainan pasukan Harimau Malaya dari segi taktikal dan corak permainan memandangkan konsintensi bolasepak Malaysia  tidak konsisten dan sentiasa turun naik. Saya sedar bahawa diri ini bukanlah sesiapa untuk memberikan pandangan tentang bolasepak Malaysia apatah lagi untuk menyampaikan perkara ini secara langsung kepada coach yang amat kita hormati iaitu Dato' K Rajagobal. Jadi saya ambil kesempatan dengan menggunakan medium blog ini untuk memberi pendapat dan berharap akan ada lah kiranya 'orang kuat' FAM atau anda yang juga seperti saya ini, membaca entry saya yang tak seberapa ni :).
So saya tengok dari segi permainan bolasepak negara kita yang begitu 'menjadi' sejak akhir 2010 di mana kita memenangi emas dalam sukan Sea, cara perm…

KISAH KANAK-KANAK YANG DIABAIKAN

图片
Seringkali kita mengejar kemewahan dan kekayaan sehingga melupakan orang yang paling penting dalam hidup kita iaitu anak. Mereka merupakan aset kita dan juga negara. Tanpa mereka kita akan ketandusan modal insan di masa hadapan. Anak juga harapan setiap ibu bapa . Kejayaan anak-anak mencerminkan kejayaan kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Namun begitu sedarkah kita bahawa mereka ini sering di abaikan? Peredaran zaman telah menjadikan golongan wanita yang bergelar ibu menggalas dua tanggungjawab serentak iaitu sebagai ibu di rumah dan juga sebagai wanita yang bekerjaya di tempat kerja. Manakala anak-anak sering ditinggalkan padahal mereka amat memerlukan kasih sayang kita.Walaubagaimanapun perkara ini boleh di atasi sekiranya kita meluangkan masa yang berkualiti kepada mereka . Saksikan video kanak-kanak yang sering ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah ini

VIDEO



LELAKI JUGA PANDAI MERAJUK

Selalu kita dengar orang perempuan je yang kuat merajuk kan? Kononnya nak suruh pujuk le tu. Maklumla, korang kan golongan yang lemah. Sebab tu la kalau laki-laki yang menangis tu dianggap seolah-olah macam perempuan. Hakikatnya lelaki juga punya perasaan dan boleh tersentuh hatinya. Tapi sekeras-keras orang perempuan ni, akhirnya menangis jua. So dipendekkan itu lah salah satu caranya nak wat laki tu jadi serba salah iaitu dengan menangis. Tapi berhati-hatilah kalau korang berpura-pura nangis. Kalau kantoi, sampai bila pun takde orang percaya lagi. Tapi korang nak tau tak, lelaki pun golongan yang pandai merajuk juga. Tapi bukan sekadar nak mengada-ngada. Tapi sebab nak bagi kesedaran kat perempuan tu. Antara sebab mengapa lelaki merajuk dengan perempuan :


Kecewa kerana kata-katanya tidak diendahkanSengaja nak tarik perhatian Supaya perempuan meminta maafNi saja la 3 sebab utama yang aku tau sebagai seorang lelaki. Kalau korang ada pape nak tambah dialu-alukan. Setakat ni dulu entry s…

KERETA & LELAKI

图片
Kajian baru-baru ini dilakukan bagi mengetahui kereta yang paling digemari mengikut jantina. Lelaki didapati menggemari kereta yang laju dan tahan lasak (mengejutkan). Kos dan keberkesanan bukanlah keutamaan. Ini agak relevan dengan kajian terdahulu di mana wanita cenderung melihat kenderaan sebagai suatu alat sebaliknya lelaki pula melihat kenderaan sebagai sesuatu yang mempunyai hubungan dengan dirinya sendiri

Berikut adalah senarai kereta yang paling digemari golongan lelaki mengikut turutan :

1.Porsche 911




2.GMC Sierra




3.Chevrolet Corvette




4.Chevrolet Silverado




5.Ford F-150


6.BMW M3




7.Ford Ranger


<

KHAIROL IDLAN- AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG LIRIK

图片

KERETA JADI MANGSA SEMPENA HARI MALAYSIA TETAPI TETAP MERIAH

Wow! Macam tak pecaya .Program Hari Malaysia baru-baru ni mencetuskan fenomena apabila beberapa peserta program Hari Malaysia mengadakan event yang sangat happening. Antaranya ialah diorang pergi kat kereta-kereta dan stamp 'Smile! Happy Malaysia's Day'. Pastu ada lelaki pakai costume hijau dan berlagak seperti patung.Semua bangsa ada.Melayu, CIna dan India.1Malaysia!! Untuk melihat suasana penuh semasa program  boleh KLIK link video di bawah.


----->VIDEO PROGRAM HARI MALAYSIA

CUTI-CUTI HATYAI

图片
Orait kali ni nak story sikit pengalaman aku bercuti kat Hatyai pada awal tahun 2012 yang lepas. Kalau korang nak tau 'time' aku bercuti tu la yang  berlakunya kejadian letupan bom kat McDonald's Hatyai. Memang aku ngan rombongan yang ke sana bernasib baik sebab malam sebelum letupan kami dah pun bertolak ke tempat lain iaitu ke Krabi. Maha suci Allah yang telah melindungi kami sekalian.
Pemandangan sehari sebelum tragedi letupan



Walaupun aku dah pun penah ke luar negara, tapi aku masih teruja bila berada kat Hatyai ni. Maklumla, walaupun aku ni anak kelahiran Perlis yang tak memerlukan passport untuk masuk ke negara ni, inilah pertama kalinya aku sampai ke sini setelah hampir 3 dekad aku hidup dan asyik dapat baca saja 'taxi to Hatyai' tapi tak tau pun mcamana keadaan di sana. Bagi aku Perlis dan Hatyai dari segi suasana, suhu dan cuaca adalah sama.Aku tak tau apa yang menyebabkan aku teruja tapi aku memang sangat enjoy.

Akhirnya sampai juga kat Krabi. Ni kat dalam h…

HIDUP INI MUDAH

Aku rasa la kan, hidup ini memang mudah. Saje ulang balik tajuk entry kat atas hehe.Name pun syok sendiri. Ade ke yang baca? Kalau ada baguslah. Lebih merapu dari fakta.Tapi  bolehlah ...untuk ilmu. So aku nak bagi contoh yang kata hidup ni mudah macamana. Contoh la kan, sorang mamat ni tak cintakan perempuan ni. So dia boleh terus-terang saja ngan perempuan tersebut. Yang jadi masalah ialah bila tiada rasa cinta dalam sesebuah hubungan tapi tetap degil nak teruskan juga. Untuk apa? Tu sengaja nak mengundang masalah di kemudian hari namanya. Perempuan pun sama la, pesanan ikhlas dari penaja ni bukan ditujukan kat laki saja. OK that's it. Thanks for your time. See you next time

BE AN EXPERT WITHIN 2 HOURS!!.. LIFE IS SHORT TO LEARN EVERYTHING

To be someone expert, you must know your own strength. Here some tips of becoming expert :

Doing lots of research and readingDeliberate your practiceLearn from the expertNever give yourself upThat's all for now. Good Luck!

P.S. To learn more you can visit this website

DETIK TERCEMAS DALAM HIDUP AKU

Aku dengan beberapa orang yang lain termasuk bos menaiki sebuah MPV dari Madinah ke Makkah. Sebelum bertolak, aku telah memeriksa segala keperluan yang perlu aku bawa secara berulang kali termasuklah perkara yang paling mustahak ketika itu iaitu passport.Walaubagaimanapun ketika sudah menaiki MPV, aku masih diserang was-was.Khuatir jikalau aku tertinggal juga passport.Akan tetapi, beg aku bersama beberapa yang lain telah disumbat di but belakang dan sukar untuk dicapai. Aku hanya mampu bertawakkal waktu tu.  Oleh kerana kami nak buat Umrah, jadi kami semua pun pakai ihram siap-siap. Bagi sesiapa yang pernah pakai ihram tu boleh rasa le cane 'feel' dia. Maklum la, hanya 2 lembar kain panjang menutup tubuh atas dan bawah. So, sampai di Bir Ali kami pun sembahyang sunat ihram dan berniat miqat di situ. Kat pertengahan jalan, driver berhenti di suatu tempat kerana ada antara kami yang nak makan, buang air dan sebagainya. Oleh kerana aku dah pernah sampai di pejabat yang terletak d…

NAMA MAT SALEH YANG PELIK-PELIK

Christina Applegate=Pagar Epal Christina
Morgan Freeman=Lelaki bebas Morgan
Michael J Fox= Musang Michael J
Britney Spears=Lembing-lembing Britney
Justin Timberlake=Balak tasik Justin
David Letterman=Lelaki surat David
Alicia Keys=Kunci-kunci Alicia
Jennifer Love Hewitt= Hewitt cinta Jennifer
Stevie Wonder= Tertanya-tanya Stevie
Clint Eastwood=Papan timur Clint
Jeff Bridges=Jambatan-jambatan Jeff
50 cent= 5 kupang
Alicia Silverstone= Batu perak Alicia
Faith Hill=Bukit berani / bukit setia
MC Hammer= Tukul MC
Nicolas Cage=Sangkar Nicolas
Natalie Portman= Lelaki pelabuhan Natalie
Reese Witherspoon= Reese with her spoon
Tina Turner= Pemusing Tina
Ms. Apple= Cik Epal ....oppss telebih suda...haha






FILEM BARAT YANG PALING 'FEVERET'

图片
OK. Kali ni aku nak bagi sikit sinopsis pasal filem barat yang telah lama ni tapi masih aku minat sampai sekarang iaitu the 'Beautiful Mind' .Actor ni iaitu Russel Crowe pun aku minat jugak.Kebanyakan watak yang dia lakonkan amat berkesan dan salah satunya ialah dalam filem 'the Gladiator'.Beliau memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam filem tersebut. Berbalik kepada 'the Beautiful Mind', filem ni telah ditayangkan pada tahun 2001 dan memenangi sehingga 4 award sekaligus. Anugerahnya ialah anugerah pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita terbaik, skrin terbaik dan filem terbaik.Filem ni berdasarkan kisah sebenar seorang pemenang nobel prize iaitu John Forbes Nash Junior(lakonan Russel Crowe).Beliau memenangi anugerah ni kerana sumbangan beliau dalam bidang matematik dan ekonomi. Beliau telah memperkenalkan 'Game Theory' dan juga menyelesaikan banyak permasalahan terutama berkaitan bidang ekonomi. 

'Beautiful Mind' ni mengisahkan John Na…

DASH YANKURO

图片
Teringat lagi zaman budak-budak dulu. Terpengaruh dengan kartun dari Jepun ,Dash Yankuro. Masa ni PS one pun belum ada lagi. Yang ada gameboy yang takde kaler tu. Tapi aku suka modified saja, tak suka 'race' sangat. Aku punya yang 'Aero Solitude' tu. 'Time' ni syarikat permainan yang buat mainan ni memang 'masyuk' sebab kat Malaysia saja majoriti budak-budak sebaya aku time tu wajib main benda ni. Ada juga yang main racing kereta mainan ni kat dalam longkang yang kering takde air.Maklumlah, nak beli litar tak mampu.Sebenarnya yang mempengaruhi aku main mainan ni tak lain tak bukan ialah adik aku sendiri. Dia memang 'advance' dalam apa jua perkara baru. Aku saja yang agak ketinggalan. Even sekarang pun walau dah dewasa, sifat dia nampak lebih matang berbanding aku.Tebalik pulak.Kereta ni boleh ubahsuai macam-macam dari enjin dia(motor) hinggalah kepada gear dia. Aku punya aerosolitude memang 'smooth' , tak bising dan pickup laju berbandin…

LAGU-LAGU MAT SALEH YANG POPULAR SEKITAR TAHUN 80-an

图片

KITA DIPISAHKAN OLEH DIMENSI YANG BERLAINAN | teori

Sebenarnya dalam dunia ini kita dipisahkan oleh beberapa dimensi.Dimensi ini mengandungi ruang dan masa.Contohnya orang yang sedang tidur dan bermimpi sedang berada di dalam dimensi tersendiri. Memori ataupun ingatan kita berkadar terus dengan masa dan ketika kita itu. Tidak terjadi memori kita berada di suatu dimensi dan jasad kita pula berada di dimensi yang lain. Walaubagaimanapun pemisahan dimensi ini boleh berlaku dan beberapa cara diketahui boleh menyebabkan ia berlaku. Salah satu cara yang dianggap sebagai cara yang sengaja ialah dengan mencipta satu gelung elektromagnetik yang kuat. Kuasa elektromagnet yang kuat ini boleh berlawan dengan magnet Bumi(gravity) dan seterusnya mencetus suatu keadaan yang luarbiasa.Inilah teori yang digunakan untuk mencipta mesin masa.Cahaya juga merupakan sejenis gelombang elektromagnet. Oleh itu sekiranya kita dapat bergerak seperti cahaya, kita akan dapat memberhentikan masa dan dengan mengubah frekuensi tertentu,kita dapat menentukan halatuju m…

KOMEN TENTANG FILEM SEPET

图片
Sebenarnya pengarah Yasmin Ahmad suka menerapkan elemen kasih sayang di dalam setiap filemnya. Beliau merupakan seorang yang sangat penyayang .Menurut ibu bapanya, Yasmin Ahmad seorang anak yang sangat baik. Apa yang menghairankan bapanya ialah Yasmin tidak pernah menghidap sebarang penyakit atau dengan kata lain kematian beliau adalah mengejut.Gubra boleh dikatakan 'sequence' kepada filem sepet yang pertama. Di dalam filem Sepet yang 100% pengambarannya di sekitar bandaranya Ipoh, Orked seorang gadis melayu meminati lelaki yang berwajah cina. Dia kemudiannya berkenalan dengan Jason iaitu seorang penjual VCD cetak rompak di sebuah pasar. Namun kisah cinta mereka berakhir dengan penuh tragis.Filem ini mula ditayangkan pada tahun 2004.