DASH YANKURO



Teringat lagi zaman budak-budak dulu. Terpengaruh dengan kartun dari Jepun ,Dash Yankuro. Masa ni PS one pun belum ada lagi. Yang ada gameboy yang takde kaler tu. Tapi aku suka modified saja, tak suka 'race' sangat. Aku punya yang 'Aero Solitude' tu. 'Time' ni syarikat permainan yang buat mainan ni memang 'masyuk' sebab kat Malaysia saja majoriti budak-budak sebaya aku time tu wajib main benda ni. Ada juga yang main racing kereta mainan ni kat dalam longkang yang kering takde air.Maklumlah, nak beli litar tak mampu.Sebenarnya yang mempengaruhi aku main mainan ni tak lain tak bukan ialah adik aku sendiri. Dia memang 'advance' dalam apa jua perkara baru. Aku saja yang agak ketinggalan. Even sekarang pun walau dah dewasa, sifat dia nampak lebih matang berbanding aku.Tebalik pulak.Kereta ni boleh ubahsuai macam-macam dari enjin dia(motor) hinggalah kepada gear dia. Aku punya aerosolitude memang 'smooth' , tak bising dan pickup laju berbanding yang dibawah sekali ni,Cannonball yang bunyi enjin dia agak kasar dan laju bila dah top speed.Enjin moto yang laju dan original masa tu nama dia 'Tamiya'.kebetulan sepupu aku 'time' tu datang bawak sekali motor tu dan bagi kat aku.Aku pun pasang.Laju betul.Duit raya aku , aku wat beli charger bateri saiz AA.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)