Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

DETIK TERCEMAS DALAM HIDUP AKU

Aku dengan beberapa orang yang lain termasuk bos menaiki sebuah MPV dari Madinah ke Makkah. Sebelum bertolak, aku telah memeriksa segala keperluan yang perlu aku bawa secara berulang kali termasuklah perkara yang paling mustahak ketika itu iaitu passport.Walaubagaimanapun ketika sudah menaiki MPV, aku masih diserang was-was.Khuatir jikalau aku tertinggal juga passport.Akan tetapi, beg aku bersama beberapa yang lain telah disumbat di but belakang dan sukar untuk dicapai. Aku hanya mampu bertawakkal waktu tu.  Oleh kerana kami nak buat Umrah, jadi kami semua pun pakai ihram siap-siap. Bagi sesiapa yang pernah pakai ihram tu boleh rasa le cane 'feel' dia. Maklum la, hanya 2 lembar kain panjang menutup tubuh atas dan bawah. So, sampai di Bir Ali kami pun sembahyang sunat ihram dan berniat miqat di situ. Kat pertengahan jalan, driver berhenti di suatu tempat kerana ada antara kami yang nak makan, buang air dan sebagainya. Oleh kerana aku dah pernah sampai di pejabat yang terletak di antara Mekah dan Jeddah kemudian bertolak ke Madinah, jadi aku dah boleh agak berapa lama untuk sampai ke Mekah iaitu lebih kurang 4 jam. Jarak pula lebih kurang 400km dan jalan adalah lurus serta berpadang pasir tandus di kiri dan kanan. Waktu malam cuaca agak dingin dan agak selesa jika menaiki kereta. Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan. Hatiku waktu itu sangat 'nervous' kerana itulah pertama kalinya aku akan berkunjung ke rumahNya. Disamping itu aku juga berbekalkan episod duka dalam hidupku untuk aku mengadu denganNya bila sampai di Mekah nanti. Semakin hampir ke kota Mekah, semakin hatiku berdebar-debar. (Berkenaan kisah dukaku itu,aku tidak berhasrat untuk menceritakannya di ruangan ini. Aku minta maaf kerana aku rasakan ianya terlalu peribadi). Tiba di suatu tempat, driver memperlahankan kenderaan.Rupa-rupanya terdapat sekatan jalan di hadapan. Debaran jantung aku waktu tu kian laju memikirkan passport aku yang mungkin tertinggal. Aku tidak tahu adakah mereka yang lain memegang passport bersama atau ia berada di dalam beg di dalam but belakang seperti aku. Oleh kerana ego dan takut dilabel cuai, aku langsung tak bertanya kepada orang sebelah aku tentang passport Aku harap waktu tu bukan aku sorang saja yang menggelabah kerana kebiasaaannya imigresen arab ni tak suruh berhenti pun. Mungkin kerana kali ni kami menaiki MPV  dan bukan van yang biasa selalu kami naiki. Tiba-tiba bos aku bersuara dan meminta tolong aku mencari passportnya di dalam poket begnya di but belakang kerana dia berada paling hadapan di sebelah driver manakala aku di bahagian paling belakang. Boleh dikatakan hanya 2 hingga 3 orang saja termasuk aku yang tidak memegang passport bersama dan yang lain telahpun menunjukkan passport mereka. Sedang aku gelabah teraba-raba beg di belakang but itu sambil kain ihram di badanku tersingkap sehingga menampakkan sebahagian dadaku, driver tiba-tiba memberitahu bahawa imigresen arab tu telah membenarkan kami meneruskan perjalanan dan tak perlu yang lain tunjuk passport.Mungkin dia hanya nak pastikan bahawa kami bukan pendatang haram. Lagipun passport kami tertera perkataan rombongan haji Malaysia dan visa kami ialah 'be'sah' iaitu boleh ulang-alik antara Mekah dan Madinah. Aku bersyukur tak terhingga ketika itu kerana Allah telah melepaskan aku dari keadaan yang amat cemas dalam hidup aku yang tidak pernah aku alami sebelum ni . Debaran yang sangat dasyat dan bertimpa-timpa. Kalau ditakdirkan aku ditahan, sudah tentu kes aku sama macam yang selalu terjadi di Malaysia iaitu kategori pendatang asing tanpa izin (PATI).

Комментариев нет:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->