Постоянные читатели

on Leave a Comment

FILEM BARAT YANG PALING 'FEVERET'


OK. Kali ni aku nak bagi sikit sinopsis pasal filem barat yang telah lama ni tapi masih aku minat sampai sekarang iaitu the 'Beautiful Mind' .Actor ni iaitu Russel Crowe pun aku minat jugak.Kebanyakan watak yang dia lakonkan amat berkesan dan salah satunya ialah dalam filem 'the Gladiator'.Beliau memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam filem tersebut. Berbalik kepada 'the Beautiful Mind', filem ni telah ditayangkan pada tahun 2001 dan memenangi sehingga 4 award sekaligus. Anugerahnya ialah anugerah pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita terbaik, skrin terbaik dan filem terbaik.Filem ni berdasarkan kisah sebenar seorang pemenang nobel prize iaitu John Forbes Nash Junior(lakonan Russel Crowe).Beliau memenangi anugerah ni kerana sumbangan beliau dalam bidang matematik dan ekonomi. Beliau telah memperkenalkan 'Game Theory' dan juga menyelesaikan banyak permasalahan terutama berkaitan bidang ekonomi. 

'Beautiful Mind' ni mengisahkan John Nash yang pada ketika itu seorang pelajar pintar yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Princeton University dalam bidang matematik. Diceritakan bahawa, semasa di sana beliau terdesak untuk membuktikan kepada Ketua Jabatan Matematik dan juga pesaingnya iaitu Hansen bahawa teori yang telah dikemukakan seorang pakar ekonomi terdahulu iaitu Adam Smith bahawa 'setiap orang hanya untuk diri mereka sendiri' di dalam ekonomi adalah tidak wajar.Beliau kemudiannya cuba mengemukakan idea lain yang benar-benar tulen. Beliau tinggal bersama seorang kawan  yang juga teman sebilik di University iaitu Charles Herman.Charles Herman mempunyai seorang anak saudara bernama Marcee. Pada suatu hari beliau telah mendapat idea yang tulen dengan secara tidak sengaja di sebuah bar apabila Hansen mencabarnya untuk cuba memikat gadis berambut perang dengan ayat-ayat yang memikat.Walaubagaimanapun, beliau hanya mengucapkan terima kasih kepada gadis rambut perang tersebut tanpa memikatnya dan terus beredar dari bar tersebut.


Beliau kemudiannya ditawarkan temujanji oleh MIT(Massachusetts Institute of Technology) kerana keberhasilannya menemukan idea tulen tersebut .Dua orang yang lain iaitu Sol dan Bender juga turut serta bersama beliau.Beberapa tahun kemudian, Pentagon memanggil John Nash untuk memecahkan kod yang digunakan oleh kerajaan Soviet iaitu Rusia.Beliau berhasil melakukannya dengan hanya menggunakan fikirannya.Kod tersebut sebenarnya adalah koordinat bagi menghantar bom oleh Soviet.Kehebatan Nash mengejutkan beberapa orang pemecah kod lain yang juga di biaya Pentagon ketika itu. Semasa di sana, John Nash ternampak seorang pegawai yang sedang memerhati beliau dari jauh.Beliau segera menanyakan pegawai di situ tetapi tiada jawapan di terima. Semasa di luar Pentagon, beliau telah disapa oleh pegawai yang memerhatikannya tadi dan menawarkan beliau menjadi agen kepadanya.Oleh kerana beliau merasakan tugas beliau di MIT tidak menarik, maka beliau memilih untuk menjadi agen kepada pegawai tersebut.Pegawai tersebut bernama William Parcher.Semenjak itu John Nash diberikan tugas oleh Parcher untuk menjadi pemecah kod yang dihantar Soviet dalam bentuk majalah dan juga akhbar.Pada suatu hari, beliau telah terjebak dalam pergaduhan antara Parcher dan juga agen Soviet yang menyaksikan Parcher berjaya membunuh agen Soviet tersebut. Akibat ketakutan, Nash mengambil keputusan untuk berhenti dari menjadi agen kepada Parcher.


TIdak lama selepas itu , Nash berkenalan dengan seorang gadis yang juga merupakan pelajarnya iaitu Alicia (lakonan Jennifer Connely). Mereka kemudiannya sering mengadakan temujanji selepas itu.Suatu hari Nash bertemu semula dengan rakannya iaitu Charles Herman bersama anak saudaranya Marcee. Beliau meminta pendapat Herman untuk mengahwini Alicia dan Herman memberikan reaksi yang positif. Akhirnya Nash berkahwin dengan Alicia.


Pada suatu hari, Nash diundang oleh Princeton Univesity bagi menyampaikan syarahannya kepada awam. Turut hadir ketika itu ialah Charles Herman dan anak saudaranya.Semasa menyampaikan syarahan, beliau ternampak beberapa agen Soviet sedang memerhatikannya. Tanpa sempat menghabiskan syarahannya, beliau tergesa-gesa masuk ke belakang pentas dan melarikan diri. Semasa cuba melarikan diri, beliau sempat melepaskan tumbukan kepada salah seorang agen tersebut. Walaubagaimanapun, Nash akhirnya berjaya ditangkap.Semasa dalam tahanan, agen tersebut menyoal siasat John Nash. John Nash cuba menyembunyikan segala pengetahuannnya dengan menafikan pekerjaan yang pernah dilakukannya sebelum itu.Tiba-tiba Nash ternampak Charles Herman ada bersama di dalam bilik tahanan tersebut.Nash tiba-tiba menjadi berang dan tidak terkawal. Beliau kemudiannya dibawa keluar dari situ dan dari luar bilik tahanan tersebut barulah kelihatan tempat sebenar John ditahan iaitu di salah sebuah hospital psikitari. Untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut bolehlah menonton sendiri filem the Beautiful Mind ini.




Kalau nak tau ni lah John Forbes Nash Jr. yang sebenar. Dilahirkan pada 1928 di West Virginia, Amerika Syarikat dan masih lagi hidup hingga sekarang. Umurnya sekarang ialah 84 tahun. Tapi aku tak pasti la kenapa gambar ni hitam putih padahal ni sepatutnya bukan gambar lama :)




Tengah search kat Google akhirnya dapat juga gambar dia yang ada kaler. Harap-harap ni memang gambar baru la, bukan edited picture bagi ada kaler macam dalam salah satu filem James Dean tu.

0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg