Постоянные читатели

on Leave a Comment

'AGGRESSION' ADALAH PENTING DI DALAM BOLASEPAK NEGARA



Saya merupakan peminat fanatik bolasepak. Pasukan kelab Eropah yang saya minat adalah Liverpool dan saya juga meminati pasukan bolasepak negara kita iaitu pasukan Harimau Malaya. Saya terpanggil untuk mengemukakan pendapat tentang cara permainan pasukan Harimau Malaya dari segi taktikal dan corak permainan memandangkan konsintensi bolasepak Malaysia  tidak konsisten dan sentiasa turun naik. Saya sedar bahawa diri ini bukanlah sesiapa untuk memberikan pandangan tentang bolasepak Malaysia apatah lagi untuk menyampaikan perkara ini secara langsung kepada coach yang amat kita hormati iaitu Dato' K Rajagobal. Jadi saya ambil kesempatan dengan menggunakan medium blog ini untuk memberi pendapat dan berharap akan ada lah kiranya 'orang kuat' FAM atau anda yang juga seperti saya ini, membaca entry saya yang tak seberapa ni :).
So saya tengok dari segi permainan bolasepak negara kita yang begitu 'menjadi' sejak akhir 2010 di mana kita memenangi emas dalam sukan Sea, cara permainan adalah lebih mirip 'counter-attack'. Sememangnya kesebalasan yang kita ada sekarang termasuk pemain simpanan adalah yang terbaik dalam melakukan corak permainan sebegini. Namun begitu kelemahan yang paling ketara saya lihat ialah apabila 'long-pass' atau hantaran jauh. Dalam 'counter-attack' perkara ini amat penting tetapi kita biasanya kehilangan bola apabila melakukan hantaran sebegini. Apabila berlawan dengan pasukan serantau, perkara ini mungkin tidak begitu dibimbangi kerana risiko kehilangan bola iaitu terlepas bola ke pihak lawan adalah tipis. Namun apabila kita berlawan dengan pasukan-pasukan elit seperti pasukan dari Eropah dan sebagainya, perkara sebegini harus di atasi dengan segera. Pada hemat saya, short-pass adalah bagus untuk dipraktikkan tetapi kita harus mengambil kira 'aggression'  atau tindakbalas pemain. Rata-rata pemain asia kecuali Korea, Jepun dan mungkin China memiliki 'aggression' yang kurang. Manakala pihak lawan seperti kelab-kelab dari Eropah sebagai contoh, seolah-olah semulajadi memiliki 'aggresion' yang tinggi. Namun perkara ini mungkin boleh diubah dengan latihan dan kajian yang berterusan terhadap bola sepak negara. 'Aggresion' adalah penting supaya pemain tidak akan akan sewenang-wenangnya kehilangan bola terhadap pihak lawan. Antara 'aggression' yang paling ketara ialah cara memegang dan menyimpan bola dalam jangkamasa yang ideal untuk di hantar kepada rakan sepasukan. Apa yang saya maksudkan ialah apabila pemain menerima bola dari rakan, pemain haruslah meningkatkan keupayaan dalam mengawal bola supaya tidak mudah hilang bola kepada lawan. Mungkin pemain boleh menggunakan badan untuk menutup ruang dari pihak lawan untuk merampas bola. Pemain biasanyan gagal dalam hal ini secara hampir konsisten bila bertembung dengan pasukan yang telah saya sebutkan tadi. Bagi negara-negara asia lain seperti Korea dan Jepun, perkara ini hampir tidak menimbulkan persoalan. Jadi bagaimanakah mereka berjaya menangani perkara ini? Saya menganggap setiap 'region' seperti Asia, Amerika, Eropah dan sebagainya mempunyai corak permainan di kelas yang tersendiri. Oleh itu tiada sebabnya kita tidak boleh memiliki mutu permainan seperti negara Asia dari Korea, Jepun, China dan sebagainya.


0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg