博文

目前显示的是 十月, 2012的博文

BELAKANG RUMAH...

Belakang rumah....situlah dulunya tempat aku bermain bola bersama kawan-kawan. Sekarang ramai di antara mereka yang dah bekerja, merantau, berkahwin , berhijrah dan sebagainya. Tiada lagi permainan bola sepak.

Belakang rumah..di situlah mengalirnya 2 batang sungai. Salah satunya mempunyai nama yang unik. Sungai Derhaka namanya. Aku pernah sekali lemas di dalamnya. Mujur aku tak apa-apa.

Belakang rumah...di situ jugalah terpahat namanya setelah dirasmikan oleh Tun Hussein Onn.

Belakang rumah, meninggalkan seribu kenangan buat diriku. Semakin menginjak dewasa, aku hanya beriadah di situ setiap petang.

Kini padang yang luas di belakang rumah sudah tiada. Ia telah dibangunkan menjadi sebuah tempat beriadah. Kerajaan Negeri juga telah berganti buat pertama kalinya semenjak negara ini bebas dari penjajahan orang putih. Sekarang sudah hampir 4 tahun kerajaan baru ini memerintah. Inilah sebabnya belakang rumah berubah dan semakin ramai orang beriadah.

ARTIS LUAR YANG BERBAJU KURUNG

图片
Kumpulan Wonder Girls dari Korea ini kelihatan sungguh ayu apabila mengenakan baju kurung di dalam persembahan mereka. Mungkin ini boleh dijadikan strategi serampang dua mata bagi kempen menutup aurat muslimah apabila mereka dijemput ke Malaysia . Berbaju kurung atau apa saja fesyen yang seangkatan dengannya memanglah bukan sepenuhnya menutup aurat, akan tetapi baju kurung dilihat lebih sopan dan tidak terlalu menonjolkan bentuk tubuh seperti halnya memakai pakaian yang ketat. Sekurang-kurangnya mereka telah mengambilkira sensitiviti agama Islam di negara kita. Wanita di negara ini yang gemar berpakaian menjolok mata seharusnya merasa rendah diri dan malu kepada artis dari Korea ini yang bukan sahaja tahu menilai adat dan budaya orang Melayu tetapi juga secara tak langsung mempamerkan nilai Asia Timur yang tinggi di mana bangsa kita kita terkenal dengan sifat sopan-santun  . Seharusnya wanita Islam yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna mengelakkan menggunakan terma 'hipo…

SEKEJAPNYE MASE

Tengah dok repair2 rambut depan cermin, tibe-tibe teringat masa aku main-main rambut patung kanak-kanak kat dalam supermarket. 'Time' tu kalau tak silap aku sekolah rendah lagi. Tapi rase macam baru sangat aku main rambut patung tu. Rasa macam baru beberapa hari lepas je. 'Time' tu arwah abah masih ada. Teringat aku kat dia. Dia la yang bawak aku ngan adik-adik gi supermarket tu. Sekarang adik aku tu dah kawin pun, hujung tahun ni bakal menimang cahaya matanya yang pertama. Aku pulak, macam ni la . Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah nak rasa gembira . Aku sekarang bukannya muda lagi. Tahun depan genap la umur aku 3 dekad. adoi. Nape la mase cepat sangat. Waktu yang berlalu aku rasa teramat pantas. Kadang-kadang aku rasa orang-orang yang bahagia tu memang telah ditakdirkan bahagia. Ntah la. Aku memang tak pandai sangat bab takdir ni. Kalau yang macam ustaz-ustaz selalu cakap tu aku tau la. Tapi ilmu agama ni ada lagi peringkat yang lebih tinggi. Bukan apa, aku tercar…
Puas sudah kau melukakan, tiada pernah kau meyakinkan hati ini yang selalu mengharapkan kasihmu. Kau biarkan ku melara mengemiskan cinta suci, apa daya hati ini telah jatuh di lambung cinta. Mengapa aku disiksa, apakah tujuan ia. Mungkin kerna dia pernah dikecewakan cinta. Katakan padaku aku kan membalut luka. Jangan kau simpan dendammu dan aku jadi mangsanya. Aku cinta kepadamu , hanya itu yang ku tahu. Lupakanlah kenangan pahit, kita bina hidup baru..

LELAKI CINA SAMAN ISTERI KERANA PERNAH HODOH

图片
Seorang lelaki di wilayah utara China menyaman isterinya kerana pernah hodoh sebelum ini. Lelaki tersebut mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap isterinya setelah mereka menerima kelahiran bayi mereka yang pertama. Lelaki ini amat terkejut apabila melihat wajah anaknya yang baru dilahirkan terlalu hodoh dan langsung tidak menyerupai wajah kedua-dua mereka suami isteri. Pada mulanya lelaki tersebut menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain namun setelah disoalsiasat barulah isterinya mengaku bahawa beliau pernah menjalani pembedahan plastik yang menelan belanja sebanyak 100 ribu dollar. Oleh kerana merasa dirinya ditipu selain menganggap isterinya telah memerangkapnya supaya berkahwin dengannya, lelaki tersebut kemudiannya memfailkan saman terhadap isterinya di mahkamah. Oleh kerana bersimpati ke atas nasib yang menimpa lelaki tersebut, mahkamah membenarkan 120 ribu dollar sebagai saman.

SAKIT GILE

Tadi tak semena-mena belakang aku sakit gile. Macam ada angin yang terperangkap dalam badan dan tak leh keluar langsung dari mana-mana rongga badan .(takleh nak buang angin mahupun sendawa). Tak tau le angin ke apa. Memang tak keruan aku dibuatnya tadi. Last-last aku ternampak buah mata kucing. Aku pun try makan , mane tau kot-kot leh jadi penawar. Elok aku telan je sebiji, terus sakit belakang aku ni beransur lega. Pastu aku pun minta tolong adik bongsu aku sapu minyak angin dan urut. Sedap tol dia urut. Ada bakat mengurut. Sekarang dah lega banyak. Alhamdulillah....
tadi gi kenduri sempena raya korban. tuan rumah jamu daging korban. nasi and daging and water, semua sedap belaka. tapi walaupun sedap makanannya, perasaan aku tak sedap mana pun . lepas hantar makan kat adik aku dan hantar mak aku balik, aku keluar balik ngan adik bongsu .kitorang gi merayau kat mall lagi. aku nak belikan dia roller-blade. aku ingatkan murah je .sekali tokey dia cakap RM500 lebih. terus cancel. pastu ingat nak beli helicopter control gantikan adik aku tu punya yang lama sebab aku bagi rosak. tengok-tengok lagi mahal dari first seurvey aku kat mall yang lain. pun aku terpaksa cancel jugak. amoi kat kedai tu tak la lawa sangat, biasa saja. tapi aku terasa hati sebab dia cakap ngan aku macam nak marah. memang la kat aku ni takde ape yang menarik, tapi jangan la hina aku camtu. semua pempuan kalau ada rupa , suke sangat cakap ngan aku macam aku takde kat depan dia. bukan aku nak ngorat, cumanya lumrah la kalau barang cantik orang akan rasa senang hati. tapi tak semestiny…

FINDING NEMO | SELAMATKAN PENYU-PENYU DI MALAYSIA

Seronok kartun Finding Nemo ni. Memang layan habis kalau tengok. Kisah seekor bapa ikan yang sangat penyayang telah kehilangan anaknya apabila anaknya tersangkut pada pukat seorang nelayan lalu di jual kepada sebuah kedai akuarium (nemo-ornamental fish). Oleh kerana sifat penyayang si bapa dan rasa tanggungjawab yang tinggi, si bapa berusaha juga menjejaki anaknya yang hilang. Dalam masa yang sama , bapa ikan ini dibantu oleh seekor ikan Dory yang sangat pelupa .Namun bapa ikan tetap bersabar dan meneruskan juga misinya bersama ikan Dory tersebut. Pelbagai kejadian lucu dan mencemaskan berlaku di sepanjang pengembaraan mereka. Berjayakah misi bapa ikan tersebut? KLIK di sini untuk menyaksikan 'trailer' Finding Nemo. Setiap KLIK yang terhasil akan menyumbang kepada misi menyelamatkan telur-telur penyu yang terancam di Malaysia. Sokongan anda adalah amat dihargai.

SUNAN PENDEKAR TERBILANG

Laksamana Sunan adalah watak utama di dalam karya pengarang Ramli Awang Murshid. Sunan merupakan seorang pendekar yang bukan sekadar pendekar tetapi juga seorang yang warak. Di penghujung usianya Sunan banyak menghabiskan masa menghambakan dirinya kepada Sang Pencipta manakala semasa usia mudanya pula beliau sering membanteras segala kebatilan dan kejahatan penyembah syaitan. Antara karya yang menceritakan kehebatan Laksamana Sunan ini antaranya ialah 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu' 'Hijab Sang Pencinta' dan penutup segala cerita 'Sunan Musafir'. Dapatkan karya-karya terbaik Ramli Awang Murshid ini di pasaran.

SEOLAH-OLAH TAK WUJUD

Kesian blog aku ni, dah la ada 2 saja follower, pastu visibility score google pun baru je naik dari 30 peratus lebih ke 60 peratus lebih. Seolah-olah blog aku ni tersorok kat celah-celah hutan belantara. Sadis. Wahai blog, kesian kat ko. Tak pe la blog, selagi aku hidup , aku akan terus update ko. Don't worry. Sape-sape yang memang nampak blog aku tapi buat-buat tak nampak, aku hormati pendirian korang. Dah nak wat cane kan? Takkan aku nak paksa pulak . Kepada En. Ben Ashaari yang mula-mula jadi member kat blog saya, terima kasih banyak-banyak. Budi En.Ben hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Akhir kata, sambutlah salam blogger kepada semua blogger di Malaysia dan di saentaro.

SATU MOUSE KLIK DAPAT 20 SEN HINGGA 40 SEN (BUKAN 'SCAM')

Penah dengar says.com? Says.com adalah sebuah syarikat pengiklan di internet. Setiap iklan yang anda siarkan untuk says.com akan dibayar 20sen hingga 40 sen untuk setiap KLIK yang unik(bukan diri-sendiri). Anda hanya perlu siarkan iklan-iklan ini di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Jika anda bercadang untuk menambah pendapatan sampingan, inilah masa yang sesuai untuk anda mendaftar sekarang sebagai ahli.


KLIK di sini untuk mendaftar

KENAPA PEREMPUAN BIASANYA CENDERUNG UNTUK DIAM DAN MENGALAH

Faktor seperti golongan yang lemah, tidak mahu bergaduh dan mahu selesai secara aman adalah penyebab yang 'cliche' mengapa golongan Hawa ini selalu mengalah dalam banyak-banyak hal kepada lelaki. Di sini saya senaraikan sebab terkini (era moden) mengapa perempuan selalu cenderung untuk diam dan mengalah :


Dah takde 'main-point' (mati kutu) untuk terus berhujahDah tabiat suka memarakkan api dan kemudian padam semula api tersebutAPTBSyok sendiriPerasan bagusEgoDaifBerpura-pura jadi mangsa keadaanNak tunjuk 'naive'Cuba untuk jadi seperti talam yang mempunyai 2 muka lalangdan yang last sekali ni adalah yang paling tak boleh blah...
Ingat diri-sendiri dah menang hujah / debatSekian saja info untuk kali ini. Jumpa lagi pada masa akan datang dengan info yang lebih menarik :)

APA 2012 SEBENARNYA?

图片
PRAKATA : Entry saya ini adalah pandangan peribadi, tidak bermaksud untuk mengaut apa-apa keuntungan peribadi dan hanya sekadar perkongsian pendapat semata-mata. 

Melalui pembacaan saya tentang '2012' ni, apa yang dapat saya simpulkan adalah ianya bukan hari kiamat sebaliknya merupakan suatu peristiwa besar yang akan mengubah keadaan dunia hari ini. Kaum Mayan tidak menyatakan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka hanya meninggalkan seribu persoalan tentang kenapa Kalendar mereka berakhir pada 21 Disember 2012. Sebagai orang Islam, adalah berdosa sekiranya kita mempercayai ramalan. Namun hakikatnya kaum ini bukanlah melakukan ramalan sebaliknya melakukan kenyataan ataupun hipotesis daripada bukti-bukti serta kajian yang telah mereka lakukan. Dunia telah menyaksikan peradaban manusia sering turun naik. Contohnya pembinaan piramid di Mesir di mana teknologi kejuruteraannya yang menimbulkan persoalan sehingga ke hari ini kerana adalah mustahil manusia pada zaman dahulu mempunyai tek…

TAK BOLEH MAKAN SEDAP-SEDAP LAGI

Baru- baru ni mak aku bawak aku pegi jumpa sorang pengamal perubatan Islam. Puncanya sebab dari aku sendiri yang selalu rasa tak sedap badan. Macam ada gangguan. Korang tau tak, aku kalau makan benda yang berangin terutama petai, mesti bangun pagi esok dalam badan aku macam kena cucuk-cucuk ngan benda tajam. Mungkin angin la, tapi sakit gila. Tak tahan aku. Tapi ada beberapa sebab lain lagi la yang aku tak dapat bagitau kat sini. So lepas jumpa pengamal perubatan tu, dia pun bagi satu jenis air yang diperbuat dari daun ape tah aku pun dah tak ingat. Daun tu dah diproses dan air tu memang confirm le kaler hijau. Aku tengok senario kat tempat berubat tu. Ada yang pengamal tu bagi minum on the spot, ada juga yang dia suruh bawak balik . Yang minum on the spot tu biasanya kes-kes yang serius. Macam aku ni dia suruh minum dulu dan dia dapat agak yang aku takkan muntah on the spot and maybe tak muntah langsung. So dia kasi aku bawak balik air tu. Dalam hati aku mase tu tak bape nak pecaya s…

A PART OF MY LIFE STORY

Bunyi salakan anjing, jalan lengang, sekali-sekala bunyi moto. Itulah suasana waktu malam kat kawasan rumah aku. Aku boleh tengok dari balkoni rumah aku je. Tapi sebenarnya aku segan nak duduk lama-lama kat balkoni sebab ada orang yang boleh nampak aku dari setiap sudut. Mana tau kot-kot ada yang tengah main teropong kat flat nun jauh lebih kurang 0.5km dari rumah aku. Sini macam-macam bangsa ada. Melayu,Indon, India, Cina, pendek kata semua lah ada. Aku tinggal sini dah lama gile. Sejak usia aku 4 tahun, lebih kurang 25 tahun yang lalu. Baris rumah aku dan depan rumah adalah fasa yang pertama sejak perumahan ni dibina. Sekarang dah taraf bandar. Tapi yang masih mengekalkan sentimental value adalah padang yang kat belakang rumah. Dulu hanya sebuah padang rumput. Dah bertahun macam tu. Cuma baru-baru ni dalam tahun ni jugak ia telah dinaiktaraf menjadi sebuah tempat beriadah yang sangat cantik. Ada jogging dan trek basikal. Kemudian selepas padang tu ada sungai dan selepas sungai tu pu…

Terapi Kesedihan

Selain daripada meditasi, mendengar lagu ataupun muzik juga dapat menenangkan jiwa. Dari sudut meditasi, ketenangan jiwa didapati apabila fikiran dikosongkan dan segala aura yang baik akan meresap masuk ke dalam tubuh badan lalu jiwa akan rasa tenteram. Konsep yang sama juga digunapakai dengan menjadikan muzik sebagai terapi kesedihan. Walaubagaimanapun tidak semua lagu boleh dijadikan terapi kesedihan. Jika anda inginkan maklumat lanjut berkenaan terapi muzik, bolehlah email saya di mr.skyjuice@yahoo.com atau tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen.

Kenapa saya perlukan MRT?

图片
Just nak share ngan korang. Kat sini ada peraduan 'kenapa saya perlukan MRT'. Hadiah sehingga  RM 5000 menanti pemenang. Hanya 'upload' gambar dan cipta slogan.

KLIK sini jika anda ingin 'join' peraduan-----> kenapa saya perlukan MRT

P.S : Pastikan anda mendapat jumlah vote yang tinggi bagi mencerahkan peluang anda untuk menang di dalam peraduan ini.


Miscellaneous
 Korang nak tak pendapatan sampingan bagi setiap iklan yang korang siarkan di facebook dan twitter? Syarikat-syarikat pengiklanan ini akan membayar korang 20 sen hingga 40 sen bagi setiap KLIK yang terhasil melalui iklan yang korang siarkan . Kalau korang berminat, KLIK sini says.my untuk register


GAMBAR APARTMENT DENGAN CIRI HIASAN DALAMAN YANG MENARIK DAN JUGA LOKASI YANG STRATEGIK









Banyak lagi rekabentuk dalaman yang menarik. Selain itu, anda juga boleh mencuba design rekabentuk rumah dengan GAME ini

Karangan English gue

This is my 'karangan' after correction
TITLE : Why do people donate to charitable organizations

Many people donate for many reasons. Among the reasons are to help the less fortunate, to get tax deductions, to boost one's image or reputation, to be famous, expect favours in return, for political gain like positions, titles and contracts, to leave a name behind and to be blessed by God.
People who donate to help the less fortunate are people who love the poor and have a genuine heart. For example there is a story of Mother Teresa which happened in India, who loved to help the poor and because of her genuine heart, she received a noble prize. A public holiday was declared which is rare in India for her funeral.

There are also people who donate to boost their image or company reputation. By doing this the company intends to attract shareholders to invest. This is a donation with a motive.
Among the other motives are expecting favours, political gains and to get their names made pub…

KEBAIKAN MEROKOK

图片
Siapa kata merokok tidak mendatangkan faedah? Selain daripada World Health Organisation (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagainya, merokok sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri yang tidak dapat diperjelaskan oleh sains. Berikut adalah 5 kebaikan merokok :

1) Merokok dapat mengurangkan risiko menjalani pembedahan lutut.

Seorang perokok mungkin pokai kerana kehabisan wang membeli berkotak-kotak rokok, namun mereka masih boleh menyelamatkan wang mereka pada masa hadapan daripada menjalani pembedahan lutut. Ini kerana kajian yang telah dilakukan mendapati mereka yang merokok kurang mengalami risiko pembedahan tisu penyambung di bahagian lutut berbanding mereka yang tidak merokok. Kajian ini telah dilakukan di Universiti Adelaide, Australia dan telah disiarkan di jurnal Arthritis & Rheumatism isu keluaran Julai 2011. Namun bagaimanakah kaitannya? Pembedahan penggantian tisu lutut biasanya terjadi di kalangan mereka yang obes dan juga mereka yang gemar berjogging. Walaubagai…

TERMINAL BAS AMAN JAYA, MERU, IPOH

图片
Baru beberapa bulan saja aku tinggalkan Ipoh, dah macam-macam projek pembinaan  siap dibangun bagai cendawan tumbuh. Antaranya ialah terminal bas Aman Jaya ni, dah macam terminal lapangan terbang aku tengok. Antara terminal bas tercanggih jugak la. Projek ni bernilai RM38 juta dah siap sepenuhnya bulan Jun 2012. Aku singgah sini sebagai transit sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.


 Dari luar Terminal  Bahagian dalam terminal  Food Court terminal (sorry sebab gambar blur, tangan tak diam haha)  Ada arcade game kat dalam terminal  Pemandangan dari  atas terminal  Pasaraya Mydin ni pun baru dibina, betul-betul di hadapan terminal Aman Jaya Siap ada screen yang ada status Departure, Delay, Arrival. Macam terminal lapangan terbang  Brader jaket hijau tu dah macam pegawai imigresen yang cek passport kat lapangan terbang Macam boarding area kat lapangan terbang
Sekian sahaja berita travels saya untuk kali ini. Jumpa lagi!

AKU

Aku tak sedih, tak ambil hati pun atas apa yang dah berlaku. Mungkin mereka yang pernah membenci aku suka dengan keadaan aku sekarang. Aku tak kisah. Korang takkan tau perasaan aku yang sebenar. Aku sekarang lebih tenang daripada waktu aku bekerja dulu. Korang pasti hairan, tapi itulah hakikatnya. Korang bertungkus-lumus cari rezeki untuk mengisi perut sendiri, isteri dan anak-anak korang, tapi aku tak perlu semua tu. Aku tak makan sampai petang pun boleh tahan lagi. Korang mungkin bahagia dengan keadaan korang, tapi korang tak tau apa maksud kebahagiaan yang sebenarnya. Aku takkan bercakap dengan orang yang tak pernah nak faham. Biarkan aku begini, kerana korang tak perlu salahkan aku lagi :)

HARI INI YANG TELAH PASTI

Selesai sudah temuduga untuk aku. Segala penat lelah aku tak berbaloi. Aku sampai kat tempat temuduga pun berpeluh-peluh dan tercungap-cungap. Bila tiba giliran, aku pun mula ditemuduga. Soalan pertama :

1) Sila perkenalkan diri anda dalam Bahasa Inggeris. 
jawapan : aku pun bla,bla, bla cerita sampai la aku sekarang

2) Kenapa anda memilih kerja ini
jawapan: sebab aku nak kerja yang lebih mencabar. Kerja aku sekarang tak berapa mencabar bla, bla, bla

3)Apa jawatan anda di tempat kerja anda sekarang?
jawapan : ................. dan saya inginkan kerja yang bersesuaian dengan kelayakan saya

4)Sekarang masih kerja di situ lagi?
jawapan: dah berhenti.

5)Jadi sekarang awak buat apa?
jawapan: saya sambung belajar

6)Degree?
jawapan: err...ya! (terasa dah nak kantoi)

7)Awak kata nak kerja yang sesuai dengan kelayakan, kalau awak sambung belajar degree dah tak sesuai dengan kelayakan untuk jawatan ni
jawapan: (aku dah mula gelabah...kantoi. Sepatutnya aku tak boleh cakap  sambung belajar). Saya akan kerja b…

HARI ESOK YANG MASIH MENJADI TEKA-TEKI

Lusa adalah hari yang amat genting buatku. Ini kerana aku akan menghadapi satu temuduga. Berdasarkan pengalaman aku, aku boleh dikatakan sering gugup ketika temuduga.  Panel yang temuduga aku pun mungkin perasan yang wajahku sedikit berkerut seolah-olah risau. Kadang-kadang soalan yang diajukan panjang tetapi jawapan yang mampu keluar dari mulutku amat ringkas dan tak berapa padat. Itulah aku kebiasaannya. No wonder la dalam banyak-banyak temuduga hanya beberapa saja yang berjaya (aku dah banyak pengalaman kerja sebenarnya). Tapi kali ni agak berbeza kerana ada 2 sesi sekaligus. Jika aku berjaya lepas yang pertama, temuduga yang kedua pula menanti. Aku tak tau adakah aku berjaya untuk temuduga kali ni kerana aku sepatutnya sudah banyak pengalaman dan tahu selok-belok atau lenggok soalan yang aku ditujukan kat aku nanti. Sama-samalah kita tunggu. ( saya, anda dan mereka )

MAI SINGGAH PENANG

图片
Antara keunikan Pulau Mutiara ini salah satunya ialah kerana ferinya. Kebetulan hari tu aku jadi penumpang yang 1st skali sampai kat tol dan juga 1st skali naik feri. So aku boleh ambil gambar dari dalam kereta saja (segan jugak kalo orang tengok aku asyik dok 'snap' je gambar). Lagipun dah berpuluh-puluh kali aku naik feri Pulau Pinang ni . Dah lali. Tapi kenapa naik feri tak mabuk laut macam kita selalu naik bot eh? Selain feri Pulau Pinang, ada juga feri pulau-pulau lain. Contohnya Pulau Undan, Pulau Talang-Talang, macam-macam lagi lah. Semua feri-feri ni akan menuju ke Pulau Pinang . Nama-nama pulau tu hanyalah nama yang diberikan untuk setiap feri sebenarnya. Kat bawah ni adalah gambar yang sempat aku 'snap'. Memang hari tu semuanya 1st untuk aku. Sampai tol pun 1st (yang sebelum aku feri dah jalan), naik feri pun 1st, turun feri pun 1st. Seronoknyee...[macam dubak-dubak haha. Semuanya nak 1st!]


Perasan tak ada lampu merah? Bahagian depan feri Perselisihan antara fer…

HIDUP AKU YANG SENTIASA KESEORANGAN

图片
Hidup kesorangan? Tragis ke? Tak tragis aku rasa selagi tuan punya badan bleh 'cope' dengan situasi begitu. Oleh kerana sering kesorangan, aku merayau ke mana-mana pun berseorangan. Ada satu mall kat tempat aku ni yang sering aku kunjungi. Bukan apa, bila gi kat mall ni aku rasa tenang dan selesa. Lagipun 'probability' 'orang gila' yang dah la tak kenal aku tiba-tiba nak cari pasal ngan aku tu kurang. Lagi satu mall ni banyak kenangan . Mall ni dibuka sejak aku sekolah menengah lagi. Waktu tu arwah abah masih ada. Ingat lagi kenangan shopping time nak dekat raya kat mall ni dengan arwah. Masa di buka dulu, mall ni la yang terbesar sekali. Kalau tak silap aku yang terbesar kat Malaysia.Dia nampak besar sebab dia bergabung dua mall sekali sebenarnya. Tapi rekod sebagai mall terbesar kat Malaysia tak kekal lama sebab banyak pesaing especially kat area KL. Dan memang beberapa tahun pastu mall terbesar dibina kat KL. Lepas mall ni baru la mall-mall yang lain muncul …

REVIEW PERMAINAN VIDEO 'SHADOW OF THE COLLOSUS'

图片
Kalau korang nak main permainan video yang top ranking di pasaran, aku 'recommand' game ni 'Shadow of The Collosus'. Pada  pandangan peribadi aku, game ni antara yang terbaik selepas Grand Theft Auto. Aku memang minat game-game yang mencabar minda dan juga mempunyai jalan cerita yang menarik macam shadow of the collosus ni. Aku tag game ni sebagai 'pengorbanan' . Jumlah bintang yang aku bagi ialah 5 bintang. Terdapat beberapa 'reason' kenapa aku kata game ni best. Berikut adalah faktor yang terdapat dalam game yang menyebabkan ianya best.
Hubungan yang erat antara manusia dan haiwan iaitu kudaCinta sejati yang tidak berbelah bagi sehingga nyawa menjadi taruhanPenuh strategi di samping penyampaian cerita yang menarik'Motion' yang 'smooth' dan kreatif. Grafik yang sangat teliti.Nak main game ni kena banyak sabar. Kalau dah rasa tak sabar dan malas nak fikir lagi cane nak menang level, boleh la ke www.youtube.com dan tengok upload video oran…

THEY ARE VAMPIRES!!

图片
Boleh tahan jugak la cerita 'the twilight'. Aku cuma dah tengok Saga, New Moon dengan Breaking Dawn pt1 je. Tah bila baru nk tengok pt2 pulak. Tak silap aku filem ni diolah dari sebuah novel dan pengarangnya seorang wanita. Patut la ada jiwa2 sikit, hehe..Maaf ye kalo ade pihak terase. Takde niat. So aku dah dapat 'shot' yang paling aku nak . Comel kan gambar kat atas ni.(comel sebab perempuan ke? tahla). Tapi yang pasti tetiba lak ada lebihan ruang kat bawah tu dan aku malas nak edit. Sebenarnya takde apa sangat entry kali ni, sebab tu taruk gambar kat atas ni alang-alang dah terjumpa kat dalam document.

KEGEMBIRAAN SEBENAR BUKAN DI SINI

Tadi bawak adik gi tengok wayang citer 'Hotel Transylvania'. Boleh tahan gak harga tiket sebab 3D. Tu pun dia dapat harga murah sikit sebab bebudak. Bernafas la sikit aku hehe. Tengah tengok filem ni tiba-tiba datang pulak ilham nak menulis kat blog. Berkenaan tajuk kat atas tu, aku cuma nak memetik kata-kata seorang ustazah yang penah ajar aku suatu masa dahulu, untuk dikongsikan bersama saudara-saudari, muslimin muslimat wa akhi wa ukhti . Aku cuba bagi simple maksud kata-kata ustazah aku ni. Dia kata, kegembiraan yang kita alami bukanlah kegembiraan sebenar. Yang kita alami di dunia ini hanyalah ketenangan. Maksud ustazah aku ialah, kegembiraan sebenar kita ialah apabila kita berada 'di sana' nanti.(tu pun kalau kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya dalam erti kata sebenar la) Sebagai info,aku ni seorang yang tak penah gi clubbing, hiburan konsert pun jarang dan sebagainya. Dalam hidup aku boleh dikira berapa kali aku pegi tengok konsert. Biasanya t…