BELAKANG RUMAH...

Belakang rumah....situlah dulunya tempat aku bermain bola bersama kawan-kawan. Sekarang ramai di antara mereka yang dah bekerja, merantau, berkahwin , berhijrah dan sebagainya. Tiada lagi permainan bola sepak.

Belakang rumah..di situlah mengalirnya 2 batang sungai. Salah satunya mempunyai nama yang unik. Sungai Derhaka namanya. Aku pernah sekali lemas di dalamnya. Mujur aku tak apa-apa.

Belakang rumah...di situ jugalah terpahat namanya setelah dirasmikan oleh Tun Hussein Onn.

Belakang rumah, meninggalkan seribu kenangan buat diriku. Semakin menginjak dewasa, aku hanya beriadah di situ setiap petang.

Kini padang yang luas di belakang rumah sudah tiada. Ia telah dibangunkan menjadi sebuah tempat beriadah. Kerajaan Negeri juga telah berganti buat pertama kalinya semenjak negara ini bebas dari penjajahan orang putih. Sekarang sudah hampir 4 tahun kerajaan baru ini memerintah. Inilah sebabnya belakang rumah berubah dan semakin ramai orang beriadah.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)