HARI INI YANG TELAH PASTI

Selesai sudah temuduga untuk aku. Segala penat lelah aku tak berbaloi. Aku sampai kat tempat temuduga pun berpeluh-peluh dan tercungap-cungap. Bila tiba giliran, aku pun mula ditemuduga. Soalan pertama :

1) Sila perkenalkan diri anda dalam Bahasa Inggeris. 
jawapan : aku pun bla,bla, bla cerita sampai la aku sekarang

2) Kenapa anda memilih kerja ini
jawapan: sebab aku nak kerja yang lebih mencabar. Kerja aku sekarang tak berapa mencabar bla, bla, bla

3)Apa jawatan anda di tempat kerja anda sekarang?
jawapan : ................. dan saya inginkan kerja yang bersesuaian dengan kelayakan saya

4)Sekarang masih kerja di situ lagi?
jawapan: dah berhenti.

5)Jadi sekarang awak buat apa?
jawapan: saya sambung belajar

6)Degree?
jawapan: err...ya! (terasa dah nak kantoi)

7)Awak kata nak kerja yang sesuai dengan kelayakan, kalau awak sambung belajar degree dah tak sesuai dengan kelayakan untuk jawatan ni
jawapan: (aku dah mula gelabah...kantoi. Sepatutnya aku tak boleh cakap  sambung belajar). Saya akan kerja bersungguh-sungguh kalau saya dapat kerja ni puan...

8)Penemuduga kedua - Sebelum awak berhenti kerja, jawatan awak tu tetap ke?
jawapan: err...ya! (kantoi untuk kedua kalinya)

Kemudian penemuduga pertama bertanya penemuduga kedua dan aku dengar samar-samar penemuduga kedua tu  berkata 'no!'..Akhirnya aku pun melangkah keluar dari bilik temuduga tersebut dengan perasaan yang hampa sekali . Dah la tempat tu tinggi nak mampos. Ciss!

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)