LELAKI CINA SAMAN ISTERI KERANA PERNAH HODOH


Seorang lelaki di wilayah utara China menyaman isterinya kerana pernah hodoh sebelum ini. Lelaki tersebut mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap isterinya setelah mereka menerima kelahiran bayi mereka yang pertama. Lelaki ini amat terkejut apabila melihat wajah anaknya yang baru dilahirkan terlalu hodoh dan langsung tidak menyerupai wajah kedua-dua mereka suami isteri. Pada mulanya lelaki tersebut menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain namun setelah disoalsiasat barulah isterinya mengaku bahawa beliau pernah menjalani pembedahan plastik yang menelan belanja sebanyak 100 ribu dollar. Oleh kerana merasa dirinya ditipu selain menganggap isterinya telah memerangkapnya supaya berkahwin dengannya, lelaki tersebut kemudiannya memfailkan saman terhadap isterinya di mahkamah. Oleh kerana bersimpati ke atas nasib yang menimpa lelaki tersebut, mahkamah membenarkan 120 ribu dollar sebagai saman.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)