SEKEJAPNYE MASE

Tengah dok repair2 rambut depan cermin, tibe-tibe teringat masa aku main-main rambut patung kanak-kanak kat dalam supermarket. 'Time' tu kalau tak silap aku sekolah rendah lagi. Tapi rase macam baru sangat aku main rambut patung tu. Rasa macam baru beberapa hari lepas je. 'Time' tu arwah abah masih ada. Teringat aku kat dia. Dia la yang bawak aku ngan adik-adik gi supermarket tu. Sekarang adik aku tu dah kawin pun, hujung tahun ni bakal menimang cahaya matanya yang pertama. Aku pulak, macam ni la . Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah nak rasa gembira . Aku sekarang bukannya muda lagi. Tahun depan genap la umur aku 3 dekad. adoi. Nape la mase cepat sangat. Waktu yang berlalu aku rasa teramat pantas. Kadang-kadang aku rasa orang-orang yang bahagia tu memang telah ditakdirkan bahagia. Ntah la. Aku memang tak pandai sangat bab takdir ni. Kalau yang macam ustaz-ustaz selalu cakap tu aku tau la. Tapi ilmu agama ni ada lagi peringkat yang lebih tinggi. Bukan apa, aku tercari-cari akan cara nak mengubah sikap aku ni. Sikap aku la yang sebenarnya menyebabkan aku tak gembira. Aku selalu mohon ke hadrat Ilahi agar Dia tunjukkan aku jalannya untuk aku berubah, tapi mungkin belum masanya untuk Dia perkenankan. Mungkin masih banyak yang perlu aku perbaiki lagi. Jujurnya , semakin meningkat usia ni, semakin aku kurang keghairahan aku untuk terus berjuang dalam hidup. Lumrahnya begitulah. Faktor usia. Aku pun tak terlepas dari situasi begitu. Tambahan pula pengalaman aku yang lalu tak banyak yang memberangsangkan. Walau macam manapun, selagi hidup, aku akan kumpulkan segala sisa-sisa semangat yang tinggal ni. Mungkin aku boleh berhujah di sana kelak sekiranya aku gagal untuk berubah juga.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)