Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

KOMEN DAN BACKLINKS DI SINI

Salam semua. Anda boleh komen dan backlink di sini.

BAHAYA 'ADD FRIEND' YANG KITA TAK KENAL DARI FACEBOOK

Kat sini aku cuma nak bincang satu sebab je kenapa 'add' orang yang kita tak kenal dari facebook ni bahaya. Maksud bahaya aku ni adalah dari segi pendedahan maklumat peribadi kita. Bayangkan jika kita ada mempunyai suatu rahsia yang kita rasakan amat penting bagi diri kita untuk tidak diketahui umum. Contohnya mengenai khabar angin tentang sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dan dalam masa yang sama , kita tahu saudara terdekat kita mengetahui tentang khabar angin tersebut. Jika saudara kita, sudah tentulah mereka sebolehnya tidak akan membincangkan langsung mengenai khabar angin tersebut. (Kecuali darurat). Tapi bagaimana pula bagi orang-orang yang 'desperate' ala-ala journalist tak bertauliah dan takde kaitan sedara, cuba juga untuk mencari kebenaran berita yang dah memang tak benar tentang diri kita? Akhirnya khabar angin pun bertukar menjadi berita semasa. Tak ke itu akan mengaibkan diri kita akhirnya? Oleh itu, fikir-fikirkanlah sebelum 'add' anynomous atau orang yang takde kaitan ngan kita dari facebook.

P.S : Who eat chili, they will taste the hot...

HOW TO BECOME AN EXPERT IN SOME FIELDS

Being an expert is not an easy task. You need to use all the time available so that you really become an expert. Simple tips to become an expert is by learning from someone who was an expert in the field. For example, if you want to become a culinary specialist, you should learn from experts in the culinary field. In addition, recurrent training, reading books and taking certain courses can make you an expert. However, a person may be born with certain talents which facilitate him to become an expert. For example, people interested in music since childhood will have a high tendency to be a singer, instrument player and so on. This is called natural talent will help him towards being a music specialist. Every man is endowed with a distinctive flair. With the talent, they can teach others to be a talented as they are, thus making the person expert in the field. Here I would like to tell about some of the expertise that I have. Please log http://internetbasedsolution.blogspot.com to know

WARKAH BUAT SAUDARA-SAUDARA ISLAMKU DI PALESTIN

Bersabarlah wahai saudaraku, sesungguhnya janji Allah itu pasti. Kami di sini sentiasa mendoakan kejayaan Islam . Allah sedang menguji kita semua wahai saudaraku. Dia pasti akan menolong agama ini. Bukan kita tidak mampu untuk menentang Yahudi laknatullah itu, tetapi kita sedang mengumpulkan segala kekuatan yang kita ada. Ingatlah , Allah pernah berjanji yang kemenangan itu bakal pasti milik kita jua. Bersabarlah saudaraku. Kita akan bersama menentang Yahudi itu, sehingga tidak akan tinggal satu pun dari warisan mereka nanti. Sesungguhnya Allah telah menentukan yang terbaik untuk hambaNya iaitu kita , umat Islam. Kita belum ditakdirkan untuk menang, kerana qadar dari Nya belum berkehendakkan. Mungkin tersembunyi hikmah yang hanya Dia sahaja yang tahu. Aku dapat merasakan bahawa kemenangan semakin menghampiri kita. Bertahanlah selagi mampu. Kita akan berjuang bersama-sama nanti. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!

PERKARA-PERKARA YANG AKU NAK BUAT HARI NI | TU PUN NAK BAGITAU SATU DUNIA HAHA

  • Repair wiper belah kanan aku. Moto wiper rosak , dah tak fungsi. Repair honk sekali
  • Telefon Lembaga Air nak tuntut balik wang cagaran
  • Pergi OSK, berkenaan arwah (kalau sempat)
  • Repair ekzos moto
  • Econsave
  • Gym (option)
  • Nokia's website
  • BUKU LIBRARY!!! Baru teringat, nasib bek
  • Loitering kot....Megamall
  • So I stumble there, along the railings and the fences. I know I'm with her face to face, that she'll come to her senses. Every drunk step and path leads me to her door, if she sees how much I'm hurting, she'll take me back for sure.....

KENAPA SESEORANG ITU PENDIAM ATAU SENGAJA DIAM

Berikut adalah sebab kenapa seseorang itu pendiam atau sengaja diam :

  • Mungkin ada 'gangguan' yang menyebabkan dia begitu
  • Masalah penyakit jiwa
  • Tidak mahu menonjolkan diri
  • Takut ditertawa
  • Selesa untuk tidak menjadi tumpuan ramai
  • Pemalu yang terlampau
  • Khuatir pendapatnya di salah ertikan
  • Berada di kelompok orang yang berpengaruh sedangkan dirinya hanya orang kebanyakan
  • Merasa diri 'junior' dan takut di buli kerana cuba berlagak tahu segalanya
  • Tidak pandai mengampu
  • Rasa tidak ada benda penting untuk disampaikan
Dan berikut adalah jawapan terakhir dan paling masuk akal kenapa seseorang itu pendiam atau sengaja diam

  • Sedang berada di dalam 'bank' bagi tujuan 'pelaburan'.....

KELEBIHAN ORANG YANG TAK TAU MANA-MANA

Terdapat beberapa kelebihan bagi orang yang tak tahu mana-mana (loghat Kedah, maksudnya tak tau apa-apa yang sedang dikatakan atau dikaitkan dengan dirinya)

  • Dia tak payah risau samada orang tu suka atau tak kat dia
  • Sentiasa berfikiran positif kerana menyangka kebanyakan orang sukakannya
  • Kurang risiko terkena penyakit kronik akibat terlalu memikirkan percakapan orang
  • Tidak lekas melatah
Walaubagaimanapun, terdapat juga keburukannya. Antaranya:

  • Kurang peka atau lemah dalam menafsirkan sesuatu
  • Tiada kebolehan meramal sesuatu dengan tepat
  • Cenderung di benci oleh orang-orang tertentu
Sekian.
Aku cemburu akan pasangan yang bahagia, kerana aku tak pernah bahagia. Aku juga cemburu kepada semua lelaki yang mempunyai isteri yang baik dan cantik, kerana aku tidak mempunyai isteri mahupun bakal isteri. Aku tak memilih lagi siapa yang bakal jadi isteri aku, aku tidak mencari jodoh, kerana aku hanya biarkan saja jodoh itu datang jika ia memang ada. Aku tak tahu lagi menilai kecantikan, walaupun ia juga kriteria penting dalam mencari jodoh. Aku hilang keupayaan untuk menilai sebuah kecantikan. Semua yang terjadi adalah kerana kesedihan lalu yang masih belum terpadam dari ingatanku. Kesedihan yang sekaligus mematikan segala kepercayaan yang aku percaya selama ini. Kesedihan yang perlahan-lahan memusnahkan segala yang ada di dalam diri ini. Kesedihan yang mungkin akan berakhir suatu masa nanti.

DAN KESEDIHAN ITU MENJADI SEBAHAGIAN DARI DIRIKU

Aku selalu pergi gym. Dia selalu senyum kat aku. Aku pun senyum, tapi aku tak berani cakap dengan dia. Aku, pelik. Dulu pun pernah ada yang dekat-dekat dengan aku, banyak yang aku cakap. Tapi dia tetap pergi. Aku tak tau kenapa. Mungkinkah percakapan aku kasar? Mungkinkah dia hanya nak duga aku? Mungkinkah kerana 'follower' aku. Expose mistik betul. Dulu aku dah ke tempat tu. Aku dah sujud di tanah itu. Aku dah tenang di situ. Tapi itu semua dahulu. Dan tak banyak yang membantu. Lalu aku bawa diriku sejauh-jauh yang mungkin.

APA AKU BUAT WAKTU BOSAN AKU

Kalau aku bosan, aku study. Kalau aku bosan, aku pegi merayau. Kalau aku bosan, aku tido. Kalau aku bosan, aku taip blog. Kalau aku dah bosan gile dan tak tau nak wat pe, aku duduk diam-diam.....

PENGAKUAN

Aku ada satu 'addiction', tapi maybe bukan 'addiction', mungkin lebih kepada 'habits' . Aku sekarang dah jadi seorang perokok. Dulu aku merokok 'just occasionally' , sekarang boleh kata hari-hari dan banyak kali. I think I'm heading to breakdown. Aku dah tak dapat 'cope' lagi dengan keadaan aku sekarang. Mungkin kerana kekecewaan yang sering berlaku menyebabkan keadaan aku jadi macam sekarang. Seperkara lagi, sakit dalam dada aku ni tak pernah reda walaupun aku tak merokok. Jadi padaku sama saja walau aku merokok ataupun tidak. Bukan masalah merokok yang menjadi punca, tapi kerana kepercayaan aku kepada semua pengamal perubatan yang telah aku jumpa. 'Gangguan' lah yang  menyebabkan aku sering sakit-sakit. Setakat ni belum lagi aku berjumpa 'jodoh' dengan pengamal perubatan yang benar-benar dapat menyembuhkan penderitaan yang aku tanggung sejak sekian lamanya ni. Aku masih muda, tapi gerak hati aku seolah-olah mengatakan aku takkan lama. Ya, aku memang 'weirdo' . Tak perlu diucapkan lagi kerana aku sering dicap begitu. But who can really know what I'm going through. Someday when I'm gone, they will know what has happened in this tragical life of mine.
Aku ni minat gile lagu-lagu yang berentak rap campur pop. Ala-ala indie gitu. Contohnya macam lagu 'lighters' dari Bruno Mars feat. Eminem . Memang terbaik... So hari ni citer dia aku and family akan ke kampung tempat kelahiran aku lebih kurang hampir 30 tahun yang lalu.'Lebih kurang hampir' ingat perkataan tu. Perbendaharaan kata baru. Maksudnya lebih kurang dan mungkin juga hampir 30.(Acah je, DBP pun takde kuarkan perkataan ni). OK lah, stop melalut. So , tujuan kami kesana adalah bagi meraikan perkahwinan sepupu aku yang paling tua di kalangan sepupu-sepupu yang ada dari sebelah mak aku. Dan yang nak diceritakan di sini adalah, akulah yang telah terpilih untuk 'mengapit' nya. Wow! tak sangka , sebabnya semalam dah la baju melayu untuk aku pakai mengapit hilang tah ke mana, tercari-cari aku sampai tersimpul urat dalam tengkorak aku Itu la yang paling aku menyampah iaitu 'mencari benda yang dah memang confirm hilang' . Ape kaitan antara pengapit dan baju hilang ye tak? Entah la, cumanya aku heran, cane baju tu boleh hilang . Pagi ni pulak, oleh kerana kunci kereta mak aku pun hilang, orang yang nak masuk Homestay pun jadi lambat sebab kunci homestay ada dalam kete tu. Abis semua plan jadi lambat. LETEYYYYY....baru teringat semalam bunyi benda jatuh mase aku nak ubah seluar. itu la kunci kete. memang dah takdir dan aku tak tau ape hikmahnya. yang aku tau semua plan akan jadi lambat dan kepala pening, jantung pam lagi laju, darah tinggi. Sebab tu la antara perkara yang aku paling menyampah adalah 'rushing'! Oh ya, semalam aku mimpi ex aku. Dalam mimpi tu mak dia layan aku dengan baik. dan aku pun ambik hati bakal mak mertua aku yang tak kesampaian tu macam mak aku sendiri, mungkin lebih dari mak sendiri. Tapi yang aku paling ingat tentang mimpi tu, aku menangis dan air mata aku mencurah-curah sehingga membasahi leherku. Siap menitik-menitik macam peluh. Memang aku menangis gile dalam mimpi aku tu. Dah habis nangis, sambung lagi. Dan seterusnya, sampai nak sembab mata aku. Apa makna mimpi aku ni agaknya
Tiba-tiba rasa 'excited' nak jalan-jalan kat luar. Biasanya aku ni susah nak keluar rumah, malas . Aku akan sambung taip bila aku balik nanti. Kat sini juga. Tunggu..................'

Aku tertido. Hari dah pun malam. Nasib bek dan solat Asar. Dah takde mood nak jalan.

Perasaan aku ketika ini ialah 'MASAM'!!

Masam...eiii. Cuka tamar yang aku minum tadi masamnyerr. Rase macam jus gaster. Cube korang minum tengok . Aku minum sampai setengah gelas sampai tegeleng-geleng kepala aku menahan masamnye.Kelebihan cuka tamar ni kata Saidina Ali, dapat membunuh bakteria-bakteria tak baik di dalam perut. Bagus tu sebab sesetengah pengamal perubatan cakap segala penyakit bermula dari perut. Tapi kalau banyak sangat minum, rase len macam gilew. ewww......
Memang entry aku ni tak penah ada yang bermotivasi langsung. Semuanya menceritakan perkara-perkara yang menyedihkan. Tapi itulah aku. Telah aku berusaha untuk gembira, tapi aku tak berdaya. Berubah....aku dah letih dengar perkataan tu. Lebih mudah bercakap daripada menanggung dan merasainya sendiri. Kepada yang tak penah faham kenapa aku macam ni, lepas tu ambil kesempatan di atas sikap aku yang tak kisah apa orang nak buat kat aku, jangan ingat aku sesenang je nak maafkan OK. Kalau diberi pilihan, aku akan pilih untuk menjalani kehidupan macam orang biasa. Tapi pilihan tu tak diberi kepada aku. Aku hanya layak untuk menanggung dugaan demi dugaan. Lihatlah keadaan aku sekarang. Tak bersemangat, mudah mengalah, kadang-kadang aku biar je orang ambil kesempatan kat aku. Aku nak buat sesuatu yang baik untuk aku sendiri pun kadang-kadang tak dapat . Tak tau la kenapa. Akan ada je halangan. Kat sape la aku nak cerita masalah aku ni. Kalaulah ada....
Fuh! Lega betul hari ni. Lepas juga beban yang aku tanggung. Boleh kata 80% kerja aku hari ini 'smooth' . Tapi jiwa kosong ni macam biasa la, tak ku rawan. Habis kerja budak-budak ajak gi minum pulak. Tak ape la sebab aku dah penah janji nak minum ngan dorang, so aku pun join. Tapi macam biasa la, peranan aku sebagai pendengar dan pemerhati. Sekali-sekali bersuara, tu pun kalau ada pertanyaan. 'Time' nak balik tiba-tiba ada sorang driver pempuan 'honk' kat aku. Pastu dia tunjuk-tunjuk kete aku. Ingatkan apa dia, rupanya ada fail ngan pencil case aku kat atas bumbung kete, lupe ambik. Haha. Selambe katak je aku bawak kete. Ingatkan ape la. Tengok kat belakang kete takde ape pun. Yang best tu, aku ingat pempuan tu nak ngorat aku ke ape ( bajet hot le aku kan hehe). Aiseh.Sampai umah adik aku ngan sepupu tengah dok 'prepare' hantaran nikah. Mesti 'excited' sepupu aku tu. Sepatutnya la, takkan tak excited pulak kan nak kawin. Pastu sepupu aku tu cakap dia nak balik kampung esok. Aku pun selambe je jawab 'balik la'. Pastu dorang ketawa.
Hari ni aku rase macam 'loser' gile. Saat semua orang mempersendakan aku, aku hanya mampu terdiam. Sedih hati ini hanya tuhan saja yang tahu. Kenapa aku ditakdirkan begini? Kenapa fikiran aku tak pernah fikir yang baik-baik? Kenapa aku sering rasa aku ni 'useless' ? Sedihnya. Aku juga manusia, tak sepatutnya korang layan aku macam tu. Dulu aku sering berharap dan dapat rasa yang suatu hari nanti akan ada sinar di hadapanku. Malangnya semua tu seolah-olah dah berlalu. Ya Allah, berat sungguh ujianMu terhadap hambaMu ini sedari dulu. Aku tak berdaya ya Allah. Aku tak berdaya tanpa petunjuk dan bantuan dariMu. Kasihanilah hambaMu ini. HambaMu ini dah tak percaya apa-apa lagi. Kasihanilah ya Allah. Kasihanilah........

DIGITAL TASBIH

Salam. Di sini saya ada menjual sebuah produk iaitu Digital Tasbih. Produk adalah sama seperti di dalam gambar di atas. Digital tasbih ini mempunyai beberapa kegunaan tertentu. Antaranya ia boleh digunakan sebagai :

-cenderahati perkahwinan, kenduri akikah dan majlis pertunangan.
-Zikir harian
-mengira pusingan tawaf
-mengira stok
-aktiviti sukan dan fizikal
 

Ciri-ciri:
 

.terdapat pelbagai warna menarik (oren, putih, hijau, biru, coklat)
.sehingga 5 digit (1-99999)
.dipakai dijari (seperti jam)
.auto-off
.ketahanan bateri sehingga 1 tahun (bateri boleh di tukar di kedai jam)
.butang OFF/ON: butang besar untuk mengira, dan butang kecil untuk reset.


Harga tidak termasuk pos. Kos pos ialah RM 7 seluruh Malaysia.

Untuk memesan, email kan kepada saya butir-butir anda ke mr.skyjuice@yahoo.com

LINE PROBLEM LAGI

Dah masuk hari ketiga, line telekom tak elok jugak. Ape teruk beno servis diorang ni? Lantak la kalau ada orang telekom yang baca ni, memang nak bagi baca pun. Dah tiga hari, can you imagine? Hari first tak datang takpe la, mungkin sibuk ke apa. Hari kedua kata dia hantar technician, satu hari aku tunggu, tak datang juga. Hari ketiga datang , dia cakap tak boleh panjat sebab pokok depan rumah halang. Ni tak termasuk hari yang aku report guna internet. Mau dah 5 hari termasuk hari ni. Aku report hari Ahad itu hari, hari Isnin malam baru call aku cakap tak dapat datang sebab hujan lebat. Pastu kata esok pagi-pagi lagi nak datang, sampai ke petang aku tunggu baru call tanya aku ada tech datang ke tak. Pastu esoknya Rabu dia datang sendiri. Tak boleh jugak buat sebab pokok halang. Hari ni tak tau la datang ke tak. Boleh buat ke tak. Tiga hari la kiranya masalah line ni kan?

BERHATI-HATI KETIKA POST ENTRY

Tadi terfikir juga apa jadi kalau ada entry aku yang berunsur umpatan, kejian dan sebagainya. Kadang-kadang kita tulis nak tarik perhatian orang datang ke blog kita, tapi tanpa sedar kita dah buat dosa kering. Oleh itu pesananku kepada para blogger sekalian,  hati-hatilah ketika post entry. Takut ada yang tersinggung dan sebagainya. Bukan senang oi. Kita kalau boleh nak elaklah dari perkara-perkara seumpama tu. Takut orang yang kena tu tak maafkan, susah gak kita esok-esok. Tapi kita juga harus tahu membezakan antara entry yang berunsur pengajaran atau sebaliknya. Kalau niat kita betul, InsyaAllah tuhan akan tolong kita tunjukkan jalannya agar kita terselamat. So sebagai penutup kata, sebelum post entry tu fikir-fikirkanlah terlebih dahulu kebaikan dan keburukan entry yang hendak di post. Wa akhiru qauli haza, wa astaghfiruka li walakum. Walhamdulillahi rabbil 'alamin. Salam.

HARI YANG MENGECEWAKAN

Setelah apa yang berlaku, hari ni aku putuskan aku nak berenti sekejap dari bekerja dengan internet. Tadi bangun-bangun pagi aku tercari-cari spec mata aku. Last-last aku terpijak spec aku sendiri sampai patah. Spec dah la mahal. Pastu dah lama tak kena 'dhiorrhea' ,pagi ni pulak boleh terkena. Memang tak selesa gile sekarang. Hari ni kalau aku pakai internet pun just untuk aku siapkan tugasan aku ni. Dah tua-tua camni pun tak habis belajar lagi. Nak buat camno, lain orang , lain tulisan hidupnya. Telah tertulis yang aku masih belajar pada umur yang dah dikategorikan pertengahan ni. Cepatnya masa berlalu... Internet ni memang banyak faedah sebenarnya kalau digunakan dengan cara yang betul. Tapi tak semua yang menggunakan dengan betul. Sebab tu internet juga boleh berubah kepada keburukan jika disalahguna.

CIRI HIASAN DALAMAN BAGAIMANA YANG SAYA IMPIKAN

Hiasan dalaman amat penting bagi setiap orang yang memiliki kediaman sendiri. Namun bagaimana menentukan hiasan dalaman yang terbaik? Pertama kalinya kita harus memikirkan 'tema' penginapan yang kita inginkan. Termasuk di dalam tema ini ialah warna, suasana dan juga corak. Ketiga-tiga perkara ini adalah perkara paling asas dalam penentuan sesebuah tema. Perkara-perkara di dalam tema ini juga haruslah mempunyai saling kaitan di antara satu sama lain. Contohnya jika anda memilih tema suasana alam semulajadi, maka  warna terma yang paling sesuai adalah hijau. Bagi corak pula adalah terpulang kepada imaginasi dan kekreatifan individu. Ini kerana corak adalah bahagian terakhir selepas penentuan warna dan suasana. Corak adalah hanya sebagai nilai tambah kepada tema yang telah dihasilkan. Jika anda tidak mempunyai sebarang corak yang sesuai untuk dipadankan dengan tema, memadailah dengan hanya menggunakan warna asal tanpa mengenakan sebarang corak. Di sini saya sertakan beberapa contoh hiasan dalaman yang menarik dan mungkin dapat memberikan anda idea dalam penentuan hiasan dalaman yang sesuai.

 1) Ciri hiasan dalaman menggunakan gabungan 2 warna asas . Sesuai bagi mereka yang meminati ciri kepelbagaian di dalam hiasan dalaman .
 2) Warna hitam dan coklat. Sesuai bagi mereka yang menginginkan rekabentuk hiasan dalaman yang klasik dan versatile. Kelihatan sangat elegant dan eksklusif.
 3) Warna purple atau ungu muda ini amat menyejukkan. Sangat sesuai apabila ruangan mempunyai tingkap yang mempunyai pemandangan kehijauan di luar.
 4) Warna merah adalah warna yang garang. Gabungan warna merah hitam atau merah putih akan menyerlahkan lagi identiti penghias dalaman.

5) Warna hijau pucuk pisang akan menambahkan seri sesuatu ruang dalaman. Sesuai untuk ruang dalaman seperti bilik bacaan dan bilik rehat. Warna purple dan putih merupakan warna sejuk yang dapat memberikan kerehatan minda apabila digayakan di ruang tamu yang santai.

Di sini ada GAME design bentuk rumah. Anda boleh terus layari halaman ini untuk bermain sekarang.


KENAPA PEMIKIRAN LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN BERBEZA

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan dua kaedah pemikiran antara lelaki dan perempuan.  Pemikiran perempuan lebih 'direct' sementara pemikiran lelaki pula 'indirect' atau dengan kata lain pemikiran lelaki adalah lebih kreatif berbanding perempuan.

Dengan ini boleh lah dikatakan daya imaginasi lelaki lebih baik berbanding perempuan. Namun begitu baik lelaki mahupun perempuan masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Pemikiran 'direct' perempuan boleh dikaitkan dalam suatu keadaan. Contohnya apabila diberikan suatu teka-teki iaitu 'bas apakah yang paling pandai', ramai perempuan biasanya akan menjawab secara 'direct' iaitu 'bas sekolah'.

Bagi lelaki, mereka tidak akan terus memberikan jawapan sebaliknya otak orang lelaki akan ligat menganalisis beberapa kemungkinan jawapan. Ini termasuk memikirkan samada soalan teka-teki ini berupa tipu-helah ataupun hanya soalan teka-teki yang 'direct'.

Walaubagaimanapun pemikiran 'direct' orang perempuan mempunyai kebaikan untuk orang lelaki juga. Disebabkan pemikiran direct orang perempuan, maka mereka biasanya menjadi golongan yang 'setia pada yang satu'.

Ini kerana mereka jarang menggunakan daya imaginasi secara berlebihan berbanding lelaki. Contohnya apabila si isteri telah mulai berusia, seorang lelaki yang merupakan suami mungkin akan tercetus di fikirannya iaitu 'isteri aku ni dah mulai tua, kalaulah dia macam muda-muda dulu kan baik'.

TEKAN PLAY, TENGOK LIRIK, JOM NYANYI SAMA-SAMA



"Lights" by Ellie Goulding 

I had a way then losing it all on my own
I had a heart then but the queen has been overthrown
And I'm not sleeping now the dark is too hard to beat
And I'm not keeping now the strength I need to push me

You show the lights that stop me turn to stone
You shine It when I'm alone
And so I tell myself that I'll be strong
And dreaming when they're gone

'Cause they're calling, calling, calling me home
Calling, calling, calling home
You show the lights that stop me turn to stone
You shine It when I'm alone

Home

Noises, I play within my head
Touch my own skin and hope that I'm still breathing
And I think back to when my brother and my sister slept
In an unlocked place the only time I feel safe

You show the lights that stop me turn to stone
You shine it when I'm alone
And so I tell myself that I'll be strong
And dreaming when they're gone

'Cause they're calling, calling, calling me home
Calling, calling, calling home
You show the lights that stop me turn to stone
You shine it when I'm alone

Home

Yeah, hee

Light, lights, lights, lights
Light, lights, lights, lights
Light, lights, lights, lights
Light, lights

You show the lights that stop me turn to stone
You shine it when I'm alone
And so I tell myself that I'll be strong
And dreaming when they're gone

'Cause they're calling, calling, calling me home
Calling, calling, calling home
You show the lights that stop me turn to stone
You shine it when I'm alone

Home, home
Light, lights, lights, lights
Light, lights, lights, lights

Home, home
Light, lights, lights, lights
Light, lights, lights, lights

Home, home
Light, lights, lights, lights
Light, lights, lights, lights

Home, home
Light, lights, lights, lights
Light, lights, lights, lights

PEREMPUAN DI NEGARA MALAYSIA ANTARA PEREMPUAN YANG HIDUP MEWAH BERBANDING NEGARA LAIN

Sorry kerana penulisan saya agak skema. At least saudara saudari cikibung akan mengenali saya dengan lebih rapat selepas ini. Actually, penyampaian saya semasa bercakap dan menulis teramatlah berbezanya dengan ketara sekali. So berbalik kepada tajuk di atas (tak mula pun lagi haha) hanyalah pandangan dan pemerhatian peribadi saya sebenarnya. Jika kita lihat di negara kita yang tercinta ini, peluang pekerjaan yang ada samada di rank paling bawah atau yang teratas super limit ke semuanya tidak memerlukan kerahan tenaga fizikal yang ketara. Boleh dikatakan pekerjaan di Malaysia ini lebih banyak menjurus kepada menggunakan tenaga akal ataupun yang kita panggil sebagai tenaga akal (kecuali 3 pekerjaan utama iaitu petani, nelayan dan buruh). Bermula dari rank yang paling bawah sekali, kerani biasanya sehinggalah kepada pegawai ataupun SEO syarikat, semuanya lebih kepada kerahan tenaga akal. Tapi bagi lelaki pula, pekerjaan di rank paling bawah sekali adalah pekerjaan yang lebih menjurus kepada kerahan tenaga iaitu pion atau champion despatch. Jarang sekali kita lihat dan tak mungkin kita lihat perempuan pula yang mengambil alih tugas despatch. Ini langsung berbeza dengan wanita-wanita arab di Asia Barat seperti di Palestin sebagai contoh. Mereka amat tabah, bekerja keras dan mengambil alih tugas dan tanggungjawab suami semasa suami keluar mencari nafkah. Tugas-tugas seorang surirumah yang biasa di Malaysia adalah sangat luar biasa di sana. Antaranya mereka boleh mengangkat benda-benda berat seorang diri tanpa pertolongan kaum lelaki apabila kaum lelaki keluar bekerja. Contoh benda berat yang saya cuba sampaikan di sini ialah tong gas. Tong gas bukan nya ringan cik oi. Tapi blogger-blogger kat Malaysia ni ramai yang perempuan la. Student lagi pulak tu. Sebab tu la mewah.
Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->