BERHATI-HATI KETIKA POST ENTRY

Tadi terfikir juga apa jadi kalau ada entry aku yang berunsur umpatan, kejian dan sebagainya. Kadang-kadang kita tulis nak tarik perhatian orang datang ke blog kita, tapi tanpa sedar kita dah buat dosa kering. Oleh itu pesananku kepada para blogger sekalian,  hati-hatilah ketika post entry. Takut ada yang tersinggung dan sebagainya. Bukan senang oi. Kita kalau boleh nak elaklah dari perkara-perkara seumpama tu. Takut orang yang kena tu tak maafkan, susah gak kita esok-esok. Tapi kita juga harus tahu membezakan antara entry yang berunsur pengajaran atau sebaliknya. Kalau niat kita betul, InsyaAllah tuhan akan tolong kita tunjukkan jalannya agar kita terselamat. So sebagai penutup kata, sebelum post entry tu fikir-fikirkanlah terlebih dahulu kebaikan dan keburukan entry yang hendak di post. Wa akhiru qauli haza, wa astaghfiruka li walakum. Walhamdulillahi rabbil 'alamin. Salam.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)