Hari ni aku rase macam 'loser' gile. Saat semua orang mempersendakan aku, aku hanya mampu terdiam. Sedih hati ini hanya tuhan saja yang tahu. Kenapa aku ditakdirkan begini? Kenapa fikiran aku tak pernah fikir yang baik-baik? Kenapa aku sering rasa aku ni 'useless' ? Sedihnya. Aku juga manusia, tak sepatutnya korang layan aku macam tu. Dulu aku sering berharap dan dapat rasa yang suatu hari nanti akan ada sinar di hadapanku. Malangnya semua tu seolah-olah dah berlalu. Ya Allah, berat sungguh ujianMu terhadap hambaMu ini sedari dulu. Aku tak berdaya ya Allah. Aku tak berdaya tanpa petunjuk dan bantuan dariMu. Kasihanilah hambaMu ini. HambaMu ini dah tak percaya apa-apa lagi. Kasihanilah ya Allah. Kasihanilah........

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)