博文

目前显示的是 十二月, 2012的博文

Kisah tahun baru aku

Nak tau ape kisah tahun baru aku? Malam ni aku duk sorang-sorang kat rumah bertemankan bintang-bintang di langit dan juga awan...awan malam. Memang la seronok sambut tahun baru, tapi aku tak pernah suka ape-ape sambutan yang ramai orang. Biar la aku duk diam-diam kat sini. Bukan apa, malas..Lagipun aku nak mengharungi ujian getir. Hurmph..
test..test...maafkan aku menganggumu, di lewat malam-malammu

Review filem THE RING

图片
Lakonan pelakon cantik Hollywood, Naomi Watts sebagai watak utama. Mengisahkan tentang Rachel (Naomi Watts) yang begitu terdesak apabila mendapati sebuah 'video tape' yang boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa saja yang menontonnya dalam masa 7 hari. Antara mangsa video tape tersebut adalah Noah iaitu bekas suaminya sendiri. Kerana khuatir akan malang yang akan menimpa anaknya, dia berusaha menjejaki gadis bernama Samara di dalam video tape tersebut dan juga bagi menyiasat punca sebenar kematiannya.

P.S Kisah seram terbaik yang pernah aku tonton setakat ini. Filem ini dibuat semula dari versi asal iaitu filem'Ringu' dari Jepun.

Rating : 4 bintang
Aduh...semenjak dua menjak ni makin menjadi-jadi pulak sakit aku ni.

Review filem The Artificial Intelligence A.I

图片
Kisah science fiction arahan pengarah filem Hollywood terkenal Steven Spielberg yang biasanya ditayangkan sempena hari ibu. Mengisahkan tentang kehidupan di zaman moden  antara manusia (ORGA ) iaitu singkatan bagi organic dan juga robot (MECHA) singkatan bagi mechanical. Kisah bermula apabila syarikat pembuat robot berjaya menghasilkan sebuah robot kanak-kanak yang hampir 100% menyamai manusia , iaitu robot kanak-kanak yang mempunyai perasaan kasih-sayang dan cemburu seperti manusia. Robot kanak-kanak ini bernama David (lakonan Haley Joel Osment). Sebuah keluarga angkat telah mengambil David tinggal bersama mereka. Namun tidak lama kemudian, kehadiran David di dalam keluarga ini telah menimbulkan masalah apabila anak kandung keluarga ini telah menyebabkan David berasa cemburu dan sering mencabar David melakukan sesuatu yang dilarang kepadanya sebagai robot. Pada suatu hari, secara tidak sengaja David telah menyebabkan anak kandung keluarga angkat ini lemas di dalam sebuah kolam. Sele…

Review filem barat 'Saving Private Ryan'

图片
Filem ini merupakan antara filem bercorak aksi dan ketenteraan yang paling saya minati. Lakonan hebat pemenang oscar awards Tom Hanks dan juga pelakon terkenal lain seperti Matt Damon dan juga pelakon yang namanya sedang meningkat naik pada masa tersebut iaitu Van Diesel. Mengisahkan sekumpulan askar yang sangat berdedikasi dalam menjalankan operasi yang diberikan iaitu operasi membawa pulang seorang askar iaitu private Ryan. Di ketuai oleh kapten Miller (Tom Hanks), operasi mereka tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dilalui mereka dalam menyelamat dan membawa pulang private Ryan. Anda harus menonton filem yang hebat ini.

Rating : 4 bintang

Komen dan Sinopsis Pasal Filem Lagenda Budak Setan

图片
Filem jiwang terbaik dekad ini (bagi aku). Confirm tangkap leleh.. Mengisahkan  tentang seorang budak nakal di sebuah kampus Universiti bernama Kashaf. Kashaf mempunyai kenangan silam yang pahit dengan perempuan. Lalu dia bersama kumpulannya di kampus membuat suatu perjanjian bersama iaitu 'No Woman, No Cry'. Walaubagaimanapun, Kashaf akhirnya melanggar perjanjian tersebut apabila dia berkenalan dengan seorang gadis bernama Ayu. Namun langit tidak selalu cerah. Kisah cinta mereka berakhir dengan sebuah tragedi. Nak tau tragedi apa, saksikanlah sendiri Lagenda Budak Setan ini.

Rating saya untuk filem ini : 4 bintang

I'm Still Here

My sleep in a cradle shadow thousand stars
Love spilled cloud frame
By sheen the sun
I can not understand

Let me send the tide cruise
To my utter helpless
Clear snow my love
Thee oh lover

I wish to prove confidence in myself
Mine had a holy soul
To me entirely my own heaven

Oh its pain struck by the knights
I tied up in waiting
Your sarcasm turbulent romanticness
Missed the platform crashing
But because of your honesty
I could still stand
By the same instinct
We're still here

I wish to prove confidence in myself
Mine had a holy soul
To me entirely my own heaven
For the love and my love
I'm still here

Tutorial Iklan Nuffnang Terapung Dengan Butang CLOSE

Nak buat iklan nuffnang terapung macam saya ni? Mudah saja...

Mula-mula :

1) Go to Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/Javascript
2) Pastu copy paste kod kat bawah ni


<div id="cry1"><div style='display:scroll; position:fixed; top:90px; left:5px;'><a href="#" onclick="document.getElementById('cry1').style.display = 'none';"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-ibcYfr863so/TfeAmFIiARI/AAAAAAAAAqE/uq541mjziYU/s1600/close-button.png" alt="Close" /></a> 

3) Letak Kod nuffnang korang kat sini

4) Letak ---> <div /><div /> <---- sebagai penutup

Siap! Selamat mencuba!!

KISAH DI SEBALIK 'MUSIC VIDEO' HAZARD | RICHARD MARX

图片
Video klip di atas mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bermasalah sejak kecil (lakonan Richard Marx sebagai young Richard Marx). Dia  telah 'membahayakan' ibunya sendiri (hazard) . Hazard sebenarnya nama sebuah tempat di US. 'My mother came to Hazard when I was just seven' bermaksud budak lelaki ini pada usia tujuh tahun telah membakar sebuah rumah di mana ibunya sedang 'berasmara' dengan lelaki lain semasa ketiadaan ayahnya. Tiada bukti kukuh didapati untuk mensabitkan budak lelaki ini dengan kesalahan yang dilakukannya, dan tidak lama selepas itu penduduk Hazard menganggap budak lelaki ni sebagai 'tak betul' kerana telah membakar ibunya sendiri.

Apabila budak ini telah dewasa (grown up Richard Marx), dia berkenalan dengan seorang perempuan bernama Mary di tebing sebuah sungai di Hazard. Mereka sering mengadakan temujanji di situ tidak lama selepas itu. Mary suka melihat matahari terbenam. Mereka bergurau senda dan Mary telah mengikat skafny…

LAGU BERENTAK 'RAP' YANG PERTAMA DINYANYIKAN OLEH SEORANG WANITA

图片
Perkataan 'rapture' di sini bermaksud 'keghairahan' ataupun 'asyik' yang diringkaskan menjadi 'rap' . Dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita berkumpulan iaitu 'The Blondie' dalam tahun 1979 . Kumpulan muzik ini berasal dari USA. Lagu ini telah melonjakkan nama mereka dalam carta 10 lagu terbaik.


SERVIS 'PROOF READING'

Saya menawarkan khidmat 'proof reading' mengikut pakej seperti di bawah :

1) 100 perkataan = RM 10
2) 200 perkataan = RM 20

Dan seterusnya. Terhad sehingga 1000 patah perkataan sahaja . Jika anda berminat, emailkan kepada saya di mr.skyjuice@yahoo.com atau inbox saya di http://www.facebook.com/pages/Aku-Hidup-Dalam-Greens/364257986991152?ref=ts&fref=ts. Sila maklumkan bahawa anda telah berhubung dengan saya di ruangan komen.

MEMORABLE QUOTES FOR 'NO COUNTRY FOR OLD MEN'

图片
Anton Chigurh: What's the most you ever lost on a coin toss.
Gas Station Proprietor: Sir?
Anton Chigurh: The most. You ever lost. On a coin toss.
Gas Station Proprietor: I don't know. I couldn't say.
[Chigurh flips a quarter from the change on the counter and covers it with his hand]
Anton Chigurh: Call it.
Gas Station Proprietor: Call it?
Anton Chigurh: Yes.
Gas Station Proprietor: For what?
Anton Chigurh: Just call it.
Gas Station Proprietor: Well, we need to know what we're calling it for here.
Anton Chigurh: You need to call it. I can't call it for you. It wouldn't be fair.
Gas Station Proprietor: I didn't put nothin' up.
Anton Chigurh: Yes, you did. You've been putting it up your whole life you just didn't know it. You know what date is on this coin?
Gas Station Proprietor: No.
Anton Chigurh: 1958. It's been traveling twenty-two years to get here. And now it's here. And it's either heads or tails. And you have t…
Tah kenapa semalam aku mimpi aku ambil SPM balik. Pastu aku antara sedar dengan tak yang aku memang dah ambik SPM, tapi aku tak pasti kenapa aku kena ambil lagi sekali. Tapi aku rasa, tu la peluang untuk aku ubah keputusan SPM aku menjadi lebih baik. Tapi malangnya, walaupun aku teramat 'confident' menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu tu secara objektif, aku tak sempat menghabiskan 5 soalan terakhir kerana Pak Guard yang jaga exam aku tu dia pegi ambik kertas aku. Ape yang dia nak tengok pun tak tau. Lame pulak tu dia pegang sampai waktu exam pun tamat. Frust gile. Lepas tu tiba-tiba aku kat tempat lain pulak. Mase tu 'kitorang' baru dapat duit .Banyak helai jugak duit RM 50 sorang dapat. Pastu tiba-tiba aku kat tempat lain lagi.(Mungkin sebab aku terjaga dan sambung tido balik) . Aku mimpi aku kerja balik kat tempat lama aku. Walaupun sistem dah banyak berubah, tapi aku kerja juga. Dan pelanggan yang selalu datang , diorang tak pulak tanya aku. Sebabnya aku ingat…

Bolehkah kita meminta balasan kepada orang yang kita rasa telah berbuat zalim kepada kita

1.Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.
Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.
Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

2. Dalam riwayat al…

BADAN BERKEMBANG DENGAN PESAT

Sejak duk umah ni, asyik makan je. Badan pun dah naik oo. Payah betul nak sekat selera makan ni. Bila la aku dapat control balik cara makan aku.

Kajian Mendapati Wanita Umur 59 tahun Perlu Berhenti Memakai Gincu Merah dan Make-up Tebal

图片
Ada masanya kita kelihatan tua tetapi tetap anggun. Sebuah syarikat produk kecantikan di UK iaitu Nurture Replenish Skincare melakukan soal selidik terhadap  2,000 wanita yang berumur lebih 45 tahun dan mendapati bahawa kebanyakan mereka berfikir bahawa tua tetapi tetap anggun adalah pada umur 59. Ini adalah umur yang wanita fikir dia masih sesuai untuk memakai kasut tumit tinggi, gincu merah, pakaian yang ketat, kuku palsu dan cuba untuk jadi 'lebih natural'.

"Artikel dalam YAHOO! SHINE : 5 perkara yang lelaki muda suka dan mencari mengenai wanita seksi yang berusia."
Hasil kajian kami selalu memeranjatkan. Jurucakap Nurture Replenish Skincare memberitahu YAHOO! SHINE. "Kami fikir pertengahan usia sepatutnya lebih lambat, tetapi ramai wanita yang mengatakan pertengahan usia adalah  pada awal tahun 40an dan pada waktu itu banyak 'tona warna' perlu diturunkan".

Kandungan di YAHOO!: Perkara baru dalam melakukan temujanji bagi orang yang berusia

Menuru…

KOLEKSI KATA-KATA USTAZ AZHAR IDRUS

Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah SWT.

Masalah terbesar manusia adalah mereka selalu berfikir bahawa mereka masih mempunyai waktu.

Manusia hanya memikirkan masalah dunia bukannya masalah akhirat.

Jika tak mampu memberi semangat saat jatuh usah bersorak raikan saat berjaya.

Orang senang bukan orang yang berduit banyak tapi orang senang adalah bila dengar azan dia terus solat.

Manusia ni sibuk je memanjang. Tak sibuknya bila dah mati nanti.

Peperiksaan paling susah ialah peperiksaan dalam kubur nanti. Walaupun dapat soalan bocor, belum tentu lagi kita boleh menjawabnya.

Twitter bagus untuk kegunaan yang baik. Manfaatkan Twitter untuk kebaikan bukan untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan.

Pandang terus ke depan. Perjalanan dakwah masih terbentang jauh. 

Jangan tunggu masa lapang baru nak beribadat. Kitalah yang melapangkan masa untuk beribadat.

Jangan cakap "kubur masing-masing" melainkan kamu mandi jenazah sendiri, pakai kafan sendiri, baca yassin sendiri …

MELATIH MIMPI

Untuk pengetahuan anda, mimpi sebenarnya boleh dilatih. Gambaran yang kita nampak semasa mimpi dipanggil 'astral projection'. Astral projection adalah gambaran mimpi yang kita boleh kawal jika kita kita tahu caranya.

Banyak kelebihan sekiranya kita dapat mengawal mimpi. Sebagai contoh, kita selalu melakukan  perkara yang sama berulang kali sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Bayangkan sekiranya kita bermimpi sedang melakukan rutin harian seperti bekerja. Apakah manfaat yang akan kita perolehi? Jawapannya adalah 'kecekapan' melakukan kerja tersebut. Ini kerana tindakan di luar sedar akan menambahkan lagi kecekapan kerja kita kerana proses kerja yang sama masih kita lakukan walau di dalam mimpi.

Seterusnya astral projection juga akan mencungkil bakat kita yang terpendam. Contohnya, di alam nyata kita bukanlah sesiapa, tetapi di dalam mimpi kita mungkin merupakan seorang pahlawan yang handal bersilat. Memang aneh apabila kita mempelajari sesuatu hanya melalui mimpi, tetapi…

CARA NAK MENINGKATKAN PAGERANK ALEXA

SELESAI SUDAH

Alhamdulillah, seminar berjalan dengan lancar. Mula-mula cuak juga sebab audiens masih tiada walaupun segalanya telah diatur. Lebih kurang 15 minit barulah audiens datang membanjiri dewan seminar. Aku pun walaupun tak banyak bagi sumbangan, rasa lega dapat membantu sedikit sebanyak. Bukan tu saja, ustaz Ferdaus tu jugak banyak bagi input yang sekaligus memberi kesedaran dan motivasi kat diri aku.

KISAH TENTANG KUMPULAN 'THE BLONDIE'

图片
Buat pembaca yang budiman sekalian, 'lead singer' kumpulan The Blondie ni bernama Deborah Ann Harry atau nama gelarannya adalah 'Debbie Harry'. Lahir pada 1 Julai 1945 dan boleh dikatakan sezaman dengan actor James Dean dan Elizabeth Taylor. Walaubagaimanapun, beliau lebih berperanan di dalam bidang nyanyian berbanding bidang lakonan.

Debbie Harry
Kumpulan ini terkenal di dalam era 80 dan 90-an.  Antara lagu mereka yang terkenal adalah seperti 'Heart of Glass' dan 'Tide is High' . Kumpulan ini mula menyepi pada pertengahan 80an sebelum kembali aktif pada penghujung 90an setelah 'reunion' kerana dikatakan terlibat dalam masalah ketagihan dadah.

Debbie Harry memulakan kariernya sebagai penyanyi pada penghujung tahun 60an iaitu pada usia awal 20an. Pada mulanya dia menganggotai kumpulan ' The Stillettos'  dan tidak lama selepas itu barulah dia menubuhkan kumpulan The Blondie seperti yang ada sekarang.


Pada masa kini, Debbie yang sudah beru…

SIAPA 'FOLLOWER' BLOG ANDA?

Kadang-kadang blog kita ni takde sape pun nak follow. Salah satu faktornya adalah kerana isi kandungan blog yang tidak menarik perhatian. Tapi macammana pula, tiba-tiba ada 'anonymous' yang tiba-tiba nak jadi follower blog kita? Apa anda rasa? Ada tak kemungkinan dia tu 'spy' kita? (khas untuk blog yang tidak dedah identiti blogger seperti blog saya ni). Besar kemungkinan dia tu 'spy' kita. Tapi cek nak habaq kat sini, kalau hangpa nak kenai sapa kami, hangpa bagitau la sapa hangpa noo...

SEKILAS TENTANG EKSPERIMEN MASA PHILADELPHIA | TEORI KONSPIRASI

The Philadelphia Experiment telah menjadi subjek kontroversi perdebatan paling panjang dan  kabur. Pada asalnya, ia adalah satu eksperimen yang dijalankan oleh Tentera Laut untuk mewujudkan sebuah kapal yang tidak dapat dikesan oleh gelombang magnet dan radar. Dalam erti kata lain, mereka mahu menjadikan kapal yang tidak dapat dikesan musuh.The Eksperimen Philadelphia juga telah dikaitkan dengan projek-projek halimunan dan beberapa eksperimen minda-kawalan. Walaupun kebenaran sebenar di sebalik eksperimen tidak diketahui umum, kita bergantung kepada apa yang sedikit maklumat telah bocor keluar atau yang diberikan oleh orang-orang yang mendakwa untuk menjadi saksi kepada projek ini, dan selebihnya daripada ahli projek itu sendiri.

Permulaan....

Kini, keputusan yang didakwa eksperimen ini adalah sangat pelik, namun rentetan kebetulan dan peristiwa yang berpusat di sekitar Philadelphia Experiment telah dipinjamkan ini kredibiliti beberapa. Keputusan termasuk perkara-perkara s…

PERADUAN RM50

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kat sini saya ada menganjurkan satu peraduan. Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 50. Syarat untuk menyertai peraduan ini adalah anda haruslah menjadi 'follower' halaman KISAH SEORANG PENGEMBARA JALANAN terlebih dahulu. Setelah menjadi follower, anda wajib menjawab 3 soalan yang saya berikan dengan tepat. Mudah kan? Peserta pertama yang dapat menjawab dengan tepat akan memenangi wang tunai sebanyak RM 50. Jawapan kepada ketiga-tiga soalan akan diberikan pada penghujung tahun iaitu sebelum 12 tgh malam , sebelum melangkah ke tahun baru 2013. Walaubagaimanapun, sekiranya peraduan ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan (pada hemat penulis) , maka peraduan ini akan dilanjutkan sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Untuk menjawab soalan peraduan, anda hanya perlu 'balas' jawapan anda tersebut di ruangan komen mengikut turutan soalan. Soalannya berbunyi :

1 ) Tempat yang paling dekat di Malaysia
2 ) Jenis kenderaan yang boleh…