KOLEKSI KATA-KATA USTAZ AZHAR IDRUS

Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah SWT.

Masalah terbesar manusia adalah mereka selalu berfikir bahawa mereka masih mempunyai waktu.

Manusia hanya memikirkan masalah dunia bukannya masalah akhirat.

Jika tak mampu memberi semangat saat jatuh usah bersorak raikan saat berjaya.

Orang senang bukan orang yang berduit banyak tapi orang senang adalah bila dengar azan dia terus solat.

Manusia ni sibuk je memanjang. Tak sibuknya bila dah mati nanti.

Peperiksaan paling susah ialah peperiksaan dalam kubur nanti. Walaupun dapat soalan bocor, belum tentu lagi kita boleh menjawabnya.

Twitter bagus untuk kegunaan yang baik. Manfaatkan Twitter untuk kebaikan bukan untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan.

Pandang terus ke depan. Perjalanan dakwah masih terbentang jauh. 

Jangan tunggu masa lapang baru nak beribadat. Kitalah yang melapangkan masa untuk beribadat.

Jangan cakap "kubur masing-masing" melainkan kamu mandi jenazah sendiri, pakai kafan sendiri, baca yassin sendiri dan kuburkan diri sendiri. 

Pasangan yang baik itu anugerah, tak perlu berserban mahupun berpurdah. Cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah.

Perempuan yang dah terlanjur tak wajib beritahu suami tentang kesilapan yang lalu untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga.

Nak buat supaya umur kita berkat adalah dengan berzikir, banyak baca Quran, banyak bersedekah, jaga hubungan silaturrahim. 

Mna2 ppuan yg mdedahkn aurat diluar rumahny shngga dpt dilihat auratny oleh mata2 ajnabi maka dia akn brjlan dlm kgelapn d akhrat nnt.

 S: Kalau pegang orang yang bukan mahram nak samak dengan apa? J: Tak boleh samak, dah berdosa cepat-cepatlah bertaubat.

 Jika dosa itu berbau, nescaya kita tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuh dikesan orang kerana banyaknya dosa-dosa.




评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)