KISAH DI SEBALIK 'MUSIC VIDEO' HAZARD | RICHARD MARX


Video klip di atas mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bermasalah sejak kecil (lakonan Richard Marx sebagai young Richard Marx). Dia  telah 'membahayakan' ibunya sendiri (hazard) . Hazard sebenarnya nama sebuah tempat di US. 'My mother came to Hazard when I was just seven' bermaksud budak lelaki ini pada usia tujuh tahun telah membakar sebuah rumah di mana ibunya sedang 'berasmara' dengan lelaki lain semasa ketiadaan ayahnya. Tiada bukti kukuh didapati untuk mensabitkan budak lelaki ini dengan kesalahan yang dilakukannya, dan tidak lama selepas itu penduduk Hazard menganggap budak lelaki ni sebagai 'tak betul' kerana telah membakar ibunya sendiri.

Apabila budak ini telah dewasa (grown up Richard Marx), dia berkenalan dengan seorang perempuan bernama Mary di tebing sebuah sungai di Hazard. Mereka sering mengadakan temujanji di situ tidak lama selepas itu. Mary suka melihat matahari terbenam. Mereka bergurau senda dan Mary telah mengikat skafnya pada leher Richard. Pada suatu hari, seorang syerif telah dengan sengaja mengambil gambar mereka, ketika mereka sedang mengadakan temujanji di tebing sungai tersebut.

Syerif ini sebenarnya juga mempunyai perasaan terhadap Mary. Pada suatu hari, Richard ternampak Mary sedang 'berasmara' dengan seorang lelaki lain di dalam sebuah kereta di tebing sungai tersebut (tidak dapat dipastikan motif sebenar Mary berbuat begitu). Sejurus selepas itu syerif pun datang dengan menaiki kereta peronda dan Richard berlari pulang meninggalkan mereka sambil skaf kepunyaan Mary yang dipegangnya telah tersangkut pada ranting sebuah pokok.

Richard sangat kecewa atas segala yang telah berlaku. Pada keesokan harinya, beberapa orang syerif telah merempuh masuk ke dalam 'caravan' yang didiami Richard dan menangkapnya. Richard di soal siasat tetapi Richard mengatakan bahawa bukan dia yang membunuh Mary. Mayat Mary dijumpai didasar sungai yang cetek dan kematiannya adalah akibat dijerut dengan sehelai skaf. Syerif memaksa Richard mengaku membunuh Mary dengan menunjukkan skaf yang mempunyai kesan cap jari Richard.

Richard akhirnya dibebaskan dan kematian Mary tidak mendapat pembelaan. Ini kerana tiada bukti yang cukup bagi mendakwa Richard sebagai pembunuh Mary. Apabila Richard sampai di caravan kediamannya, ia telah musnah kerana dibakar oleh orang-orang di bandar Hazard yang membencinya.

Tiga tahun kemudian, pencerita yang membuat video klip di atas menunjukkan Richard sedang memotong rambutnya sambil melihat dari jauh seorang wanita iaitu Mary yang sedang berdiri melihatnya dengan wajah kesedihan. Richard kemudian berjalan keluar dari sempadan bandar Hazard dan meninggalkan bandar tersebut.





评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)