MELATIH MIMPI

Untuk pengetahuan anda, mimpi sebenarnya boleh dilatih. Gambaran yang kita nampak semasa mimpi dipanggil 'astral projection'. Astral projection adalah gambaran mimpi yang kita boleh kawal jika kita kita tahu caranya.

Banyak kelebihan sekiranya kita dapat mengawal mimpi. Sebagai contoh, kita selalu melakukan  perkara yang sama berulang kali sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Bayangkan sekiranya kita bermimpi sedang melakukan rutin harian seperti bekerja. Apakah manfaat yang akan kita perolehi? Jawapannya adalah 'kecekapan' melakukan kerja tersebut. Ini kerana tindakan di luar sedar akan menambahkan lagi kecekapan kerja kita kerana proses kerja yang sama masih kita lakukan walau di dalam mimpi.

Seterusnya astral projection juga akan mencungkil bakat kita yang terpendam. Contohnya, di alam nyata kita bukanlah sesiapa, tetapi di dalam mimpi kita mungkin merupakan seorang pahlawan yang handal bersilat. Memang aneh apabila kita mempelajari sesuatu hanya melalui mimpi, tetapi itulah hakikatnya.

Untuk mengawal mimpi bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia harus dilakukan dengan latihan yang berterusan. Terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh praktikkan sekiranya anda ingin mengawal mimpi. Anda boleh search  'teknik mengawal mimpi' .

Seperkara lagi yang aneh tentang mimpi adalah, karakter dan jalan cerita mimpi yang kita alami. Kita seolah-olah menjadi 'orang lain' yang kita kenal ataupun tidak, dan melakukan perkara yang bukan sepenuhnya kehendak kita. Di sini 'astral projection' memainkan peranan penting di mana, sekiranya kita dapat mengawal karakter dan jalan cerita mimpi tersebut, kita akan memperoleh kelebihan-kelebihan yang telah saya sebutkan tadi.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)