博文

目前显示的是 一月, 2013的博文

Giveaway kepada entry terbaik

Salam kepada semua bloggers di seluruh tanah air..

Kat sini saya ada menganjurkan satu peraduan menulis entry bertajuk 'Pengalaman paling cemas dalam hidup anda'. Anda boleh menulis entry anda minimum sebanyak 350 patah perkataan dan maksimum 700 patah perkataan. 

Untuk menyertai peraduan ini, anda harus menjadi 'follower' blog Kisah Seorang Pengembara Jalanan ini terlebih dahulu.

Setelah siap menulis entry, sila post kan link entry anda ke ruangan komen. Pastikan nama di follower dan di ruangan komen adalah sama bagi memudahkan saya mengenalpasti entry yang anda telah hasilkan.

Hadiah misteri menanti pemenang yang bertuah . Kriteria pemilihan entry terbaik adalah berdasarkan entry yang mempunyai jalan cerita paling menarik menurut hemat penulis blog ini.

Tempoh peraduan adalah sah bermula saat ini sehingga di beritahu kelak.

Selamat menulis...

Video yang berisiko jika ditonton

图片
Tengok di sini ------------->VIDEO

video kelakar gila abad ini. hehe

Mungkin korang rase tak kelakar mane pun. Tapi itu la bak kata orang, bukan saja kecantikan, lawak pun subjektif sebenarnya. Ada orang gelak, ada orang yang tak gelak...ada juga yang blur. haha. Terperanjat ular tu. Siap boleh reverse balik.


Johan dan Zizan (Raja Lawak) bergaduh

图片
> Jika sebelum ini Johan lebih popular dengan gandingannya bersama Zizan sebagai Jozan, namun sejak kebelakangan ini, pemilik nama Muhammad Yazid Lim ini dilihat lebih selesa bergerak secara individu.

Ada desas-desus timbul kononnya pasangan pelawak yang dilahirkan dari program realiti Raja Lawak ini telah bergaduh dan kini membawa haluan masing-masing. Berpeluang bertemu dengan Johan baru-baru ini digunakan GUA untuk bertanyakan perihal isu yang timbul.

“Hubungan kami tak ada apa-apa masalah. Desas-desus yang kata kami bergaduh itu tidak benar sama sekali. Bukan kami sampai tak bertegur sapa namun masing-masing sibuk dengan program masing-masing.

“Cerita ini juga tidak benar kerana saya baru saja berjumpa dengan dia. Mungkin ada orang yang tidak berpuas hati dengan kami sebab itu timbul cerita ini,” ujar Johan sambil berharap isu ini tidak timbul lagi selepas ini.

Selain muncul dalam program 'Edisi Khas', Johan kini sedang …

Adegan filem Titanic yang tak boleh ditayangkan (lawak)

图片
YANG INI SILAP TENGGELAM BUKAN KAPAL YANG TENGGELAM MUNGKIN INI VAN YANG MEMBAWA PENUMPANG YANG INI YANG BELAKANG TU SEKSI SANGAT YANG INI KERANA ADEGAN DIA NGERI SANGAT

Kisah Yuna dan kekasih mat salihnya, Julian

图片
Saya Tak Tolak Julian Jodoh Saya – Yuna



KUALA LUMPUR – Selepas hubungan cinta penyanyi wanita, Yunalis Zarai dengan pelakon lelaki, Qi Razali terputus di tengah jalan, dikhabarkan Yuna mempunyai pengganti Qi yang bernama Julian. Akan tetapi, Yuna ketika itu tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai kisah tersebut. Selepas berlangsungnya majlis kesyukuran sempena kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) baru-baru ini, Yuna membuka mulut mengenai hubungannya dengan Julian. Kata Yuna, dia tidak menolak sekiranya takdir Tuhan menentukan mereka berdua mempunyai jodoh dan berakhir ke jinjang pelamin. “Jodoh kita tak tahu. Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama. “Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya,” kata Yuna yang dipetik dari Malaysian Digest. Pun begitu, Yuna menegaskan dia tidak mahu memikirkan soal cinta atau mempunyai keinginan bercinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana, Yuna mahu fokus dalam kerjaya nyanyiannya sela…

Jenis SMS tentukan tahap hubungan sesebuah pasangan

Tahukah anda bahawa dengan SMS kita dapat mengetahui sejauh mana hubungan sesuatu pasangan itu? Perkataan yang anda gunakan akan mendedahkan sejauh mana kegembiraan anda bersama pasangan anda. Berikut adalah senarai 'checklist' untuk anda lihat :


1) Saya

Skrol ke bawah senarai SMS yang anda hantar kepada pasangan anda dan lihat berapa kerap anda menggunakan perkataan 'saya' terhadap pasangan anda. Para pengkaji dari Wayne State University mendapati bahawa, semakin kerap seseorang wanita itu menggunakan perkataan 'saya' di dalam SMSnya, semakin bahagia hubungannya dengan pasangan tersebut. Mengapa? Wanita-wanita ini sebenarnya membuka ruang kepada hubungan yang lebih erat dan dalam masa yang sama mengekalkan sifat ketidakbergantungan kepada pasangannya, di mana ia amat penting kepada sesuatu perhubungan yang sihat, ulas seorang pengkaji iaitu Richard Slatcher, Ph.D.

2) Perkataan yang mempunyai unsur perasaan(emosi)

Perkataan yang mempunyai unsur perasaan …

Bloglist Blogger Baharu 2013 | Segmen Tambah Follower !

图片
KLIK banner di atas untuk join segmen Bloglist Blogger Baharu 2013.

blog ID=8322095055920714414

Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

图片
Saya sebenarnya agak konfius sedikit sebab saya dari 2 blog yang berlainan tetapi dari segmen yang sama. Tak pasti samada banner di atas atau banner di bawah. Setelah di selidik, nampaknya ramai yang menggunakan banner seperti di bawah.


Demi menaikkan follower kerana saya merupakan blogger yang baru berkecimpung dalam bidang blogging ni, maka saya join jugak segmen ni.

Maafkan saya kerana kekeliruan ini. Maklumlah, saya ni blogger baru....

Saya sebenarnya dari blog mohdnoorshawal dan mengikutnya saya perlu LIKE kedua-dua fanpage nya. Fanpage yang dimaksudkan adalah Mohd Noor Shawal's blog dan Assalamua'laikum. Mohd Noor Shawal's blog memang saya dah jumpa dan LIKE tetapi saya musykil kerana fanpage Assalamualaikum tu saya tak jumpa.

Fanpage lagi satu tu yang saya jumpa adalah Alhamdulillah. Mungkinkah MohdNoorSyawal telah tersalah taip? Mungkinkah yang dia maksudkan adalah Alhamdulillah, bukan Assalamualaikum?

Jumlah follower blog ini setakat ini adalah 9 orang sehingga …

Pendidikan di Malaysia bakal guna komputer riba kepada semua pelajar

图片
Muhyiddin : Komputer Riba Bakal Menggantikan Buku Teks Pada hari ini, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia – Muhyiddin Yassin kepada Utusan, dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa, ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.
Namun, bilakah perkara ini akan diimplementasikan masih belum diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Facebook kategori media paling popular di Malaysia

图片
Facebook Raja Laman Sosial Di Malaysia – MalaysiaKini Mengungguli Kategori Media Mungkin ramai yang mengenali akan Burson-Marsteller, salah sebuah agensi perhubungan awam dan komunikasi terkemuka di Asia Pasifik. Menariknya adalah dimana kini mereka telah pun mengeluarkan sebuah infografik ringkas, memperlihatkan penggunaan laman-laman sosial dikalangan para pengguna Malaysia dan juga negara Asia Pasifik yang lain.

Secara ringkasnya, kini kadar penembusan internet di Malaysia telah pun melangkaui angka 64.7%, memperlihatkan terdapatnya lebih daripada 16,9 juta orang pengguna internet di Malaysia. Dan seperti sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial paling popular di Malaysia, dengan mempunyai lebih daripada 11.5 juta pengguna tempatan.

Selain daripada Facebook, saluran sosial lain yang popular diikuti oleh Blogspot, WordPress, Twitter, dan menariknya, Metacafe. Dan menariknya, apabila dilihat dari segi media atas talian, MalaysiaKini mengungguli yang lain dengan lebih…

Video cemas perempuan melahirkan anak di dalam bas

图片
(VIDEO) Saat Cemas Wanita Bersalin Dalam Bas Awam!


SEORANG ibu mengandung, Wang Liying, 39, dari Chengdu, China telah pergi ke hospital setelah merasakan badannya tidak begitu sihat
Kalau diikutkan pemeriksaan doktor, dia ada seminggu lagi masa untuk bersalin.
Untuk itu, dia menaiki sebuah bas awam menuju ke hospital tersebut.
Bertemankan anak kecilnya yang berusia tiga tahun, Liying kemudian terasa ‘sesuatu’ sewaktu bas yang dinaikinya itu bergerak.
Tepat jam 8.01 pagi, Liying dapat merasakan yang bayinya itu sudah ‘hendak keluar’.

Tak sampai seminit selepas itu air ketubannya pecah.
Tepat jam 8.09, Liying tiada pilihan lain melainkan melondehkan seluarnya sedikit dan terus melahirkan bayi yang dikandungnya itu.

Mungkin disebabkan sudah ada pengalaman melahirkan anak pertamanya sebelum ini, Liying terus ‘terbalikkan’ posisi bayinya itu dan menepuk punggung bayi hingga ia menangis.
Beberapa orang penumpang kemudiannya dilihat menolong Liying termasuk menyelimutkan anaknya…

Kisah seekor kucing yang setia kepada tuannya yang telah mati

图片
Kucing paling Setia, melawat Kubur Tuannya Dengan Membawa Hadiah setiap Hari


Seekor anak kucing telah melawat kubur pemiliknya setiap hari pada tahun lalu di tanah perkuburan Montagnana, Tuscany, Itali.

Setiap kali dia muncul 'Toldo' sering membawa hadiah untuk lelaki yang menyelamatkan dia beberapa lama dahulu tetapi kini telah dikebumikan di tanah perkuburan.

Renzo Iozzelli meninggal dunia September 2011 pada usia 71. Sejak itu Toldo telah muncul di tapak kuburnya setiap hari, seolah-olah tidak dapat untuk menerima kenyataan bahawa tuan dia sudah mati.



Iozzelli mengambil Toldo dibawa ke rumahnya dan telah memberikan kasih sayang dan penjagaan yang rapi apabila dia menemui anak kucing itu di sepanjang tepi jalan pada tahun 2008.

Tetapi sekarang Renzo telah meninggal, Toldo tidak lupa akan penjaganya yang sangat penyayang itu. Setiap hari dia melawat kubur tuannya, anak kucing itu akan membawa kepadanya hadiah yang terdiri daripada cawan plastik ke kertas tisu, rantin…

Wanita yang mengalami pembesaran luar biasa, meninggal

图片
Wanita Gergasi Menghembus Nafas Terakhir


Lansing (Michigan): Seorang wanita yang mengalami penyakit ganjil yang menyebabkan dia membesar luar biasa, meninggal dunia pada usia 34 tahun, lapor media semalam. Tanya Angus, dari Las Vegas, menghabiskan masa sejak 12 tahun lalu untuk mencari penawar kepada masalah badannya yang tidak berhenti membesar. Ketika berusia 21 tahun, Tanya cuma setinggi 1.76 meter dan beratnya 59 kilogram. Dalam keadaan begitu, Tanya mampu menunggang kuda, belajar menari dan memiliki teman lelaki. Namun, kewujudan tumor di sekeliling kelenjar pituitari di otak wanita itu menyebabkan hormon tumbesarannya terus dihasilkan secara besar-besaran. Kes Tanya dianggap paling ekstrem berlaku setakat ini apabila tubuhnya membesar sehingga 2.1 meter dan seberat lebih 181 kilogram. Dia dipecat daripada tugasnya sebagai penyelia di pasar raya Walmart di Michigan apabila masalah badannya menjadi semakin serius. Tanya juga ditinggalkan kekasih apabila dia disalah ang…

Jom tingkatkan followers sampai lebam

Hai bloggers!

Selamat datang ke blog saya...

Macam-macam info menarik ada kat sini. Jom la join!! dan....

Jom tingkatkan followers sampai lebam!!



Jumlah follower setakat ini : 9 orang

Wanita terselamat dari dirogol kerana amalannya membaca ayat Kursi

图片
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lel…

Aktor terkenal Hollywood Michael J Fox memberitahu Taylor Swift agar menjauhi anak lelakinya

图片
Taylor Swift            Michael J Fox                                 Sam Fox



Untuk makluman pembaca, Taylor Swift merupakan seorang yang gemar bercerita tentang teman-teman lelaki yang pernah dia dampingi di dalam lagunya. Terbaru, Taylor Swift dikatakan telah putus dengan teman lelakinya iaitu Harry Styles, penyanyi kumpulan the One Direction. Harry Styles adalah lebih muda berbanding Taylor Swift dan perbezaan umur antara mereka adalah 5 tahun. Kini Taylor dikatakan merayu kepada Harry Styles agar kembali bersamanya semula.

Pada malam penganugerahan Golden Globe baru-baru ini, pengacara Tina Fey telah bergurau mengenai anak lelaki Michael J Fox dengan mengatakan bahawa Michael meminta agar Taylor Swift menjauhi anak lelakinya. Tidak dapat dipastikan samada Tina Fey mendapat maklumat tersebut dari mulut Michael sendiri atau dia hanya sekadar melakukan gurauan.

Bagi mendapat kepastian daripada Michael dan juga bagi mengetahui pandangan Michael sendiri mengenai gur…

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Selamat tahun baru 2013 kepada semua bloggers di Malaysia tidak kira di mana jua anda berada. Ini merupakan kali pertama aku join contest SEO sebegini dan pada aku, contest yang macam ni memang sangat menarik.

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 . Kalau diikutkan dari segi struktur ayat seolah-olah seperti membuat ucapan selamat tahun baru kepada blog 3 dalam 1 dan juga mewar-warkan cabaran SEO blog tersebut.

Aku merupakan seorang newbies dalam arena blogging ni. Dulu aku selalu berfikir bermacam-macam perkara tetapi tak tahu bagaimana nak mengekspressikan perkara-perkara tersebut. Akhirnya aku mendapat cara yang paling berkesan iaitu dengan menulis blog.

Tentang contest ni, aku rasa semakin banyak keywords Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 ni dalam entry kita, semakin optimizelah website kita untuk berada sebagai top ten first page google.

Bercerita adalah salah satu daripada minat aku. Tapi bukan untuk bergosip. Aku gemar bercerita tentang perkara-perkara yang…

Akaun Bank Lisa Surihani Diceroboh | RM50 Ribu Lesap

图片
Lisa Surihani dan ibunya mengamali kerugian hampir RM50 ribu apabila duit simpanan mereka di sebuah bank hilang. Menurut seperti apa yang Belalang baca di Harian Metro dan Mstar Online, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, menyedari tentang perkara ini ketika mahu mengeluarkan wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. lisa surihani Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya. “Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya. Sumber itu berkata, selepas semakan dilakuk…

Foto Aaron Aziz Dan Isteri, Diyana Halik Di Mekah

图片
Jika sebelum ini, para peminat ditaburkan dengan foto-foto Nora Danish dan Ady Putra menjalani umrah di Kota Suci, Mekah. Kali ini, OHBULAN! pasti para peminat sudah lama menunggu aktor kesayangan, Aaron Aziz pula memuatnaik foto dia dan isteri di Mekah.
Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu semenjak Aaron Aziz dan Diyana Halik meninggalkan tanah air untuk mengerjakan umrah. OHBULAN! pasti mereka berdua bahagia dan lancar menjalani ibadah umrah. Namun tidak banyak gambar yang dikongsikan oleh Aaron Aziz. Jom tengok! – (OHBULAN)

Tak Pasti Nak Ceraikan Isteri – Ady Putra

图片
KUALA LUMPUR – Mohamed Hadi Putera atau Ady Putra memaklumkan belum membuat keputusan tetap sama ada ingin bercerai dengan isterinya atau tidak walaupun telah memfailkan perceraian dengan isterinya, Aida Yusof pada 11 Mei lalu. Dalam laporan berita mStar Online, Ady berkata, dia dan isterinya akan pergi ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin depan sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangganya. Segalan keputusan yang bakal dibuat oleh Hakim Syarie pada hari tersebut akan dituruti oleh Ady sekiranya hubungan suami isteri mereka yang menjangkau selama enam tahun itu dapat diselamatkan atau tidak. “Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut,” kata Ady. Dalam kerancakan dunia hiburan dengan penyebaran berita pelakon kacak itu bakal bercerai dengan isterinya, timbul pula cerita kurang enak apabila pelakon wanita…

Taukey raja lawak punya kekasih baru lagi?

图片
Rasanya semua orang tahu yang Taukey Jambu kini sedang mengalami masalah dengan isterinya.  Namun begitu Taukey menjelaskan yang dia masih belum bercerai dengan isterinya. Malah baru-baru ini Taukey mengakui yang dia mempunyai ramai kekasih/kawan perempuan. Jadi adakah wanita di bawah benar-benar kekasih baru Taukey atau sekadar teman tapi mesra?
Menurut si penghantar info, awek di atas telah pun mengupdate status Facebooknya kepada in a relationship dengan Taukey Jambu. Malah si awek turut serta menemani Taukey semasa penggambaran di Pulau Tioman. Mengikut info yang diberi, gadis ini berusia 24 tahun dan berasal dari Johor Bahru.
Sumber : BeautifulNara

Benarkah Dato' Sosilawati masih hidup?

图片
Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lajiwa dikejutkan apabila seorang saksi mendakwa mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip mangsa di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting. Seorang bekas pekerja mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting, selepas lapan hari wanita itu dipercayai dibunuh. R Kathavarayan berkata, perkara itu dimaklumlan oleh N Pathmanabhan kepadanya selepas bekas majikan itu selesai sesi perjumpaan bersama beberapa rakannya pada petang 7 September 2010. “Saya tanya kepada Pathma mengenai wanita yang saya lihat di restoran itu dan Pathma beritahu perempuan berambut pendek itu adalah wanita yang sama pernah datang ke ladang tempoh hari,” katanya. Kathavarayan berkata dia melihat kelibat wanita berkenaan bersama seorang lelaki setelah mereka beredar dari tempat tersebut. “Saya lihat wanita itu bersama seorang lelaki dan kedua-duanya …

Karangan English gue PT 2

My Dad Is My Hero

Father is an important person who is everybody in the world should love such as me. My father makes me born to be a human in order to see the social world. He protects me and take care of me with love. He protects me and take care of me with love. He instructs me to be a good person. Therefore, he is my hero.

My father has already passed away about 2 years ago. He is a very patience person I have ever met. He seldom scold me. Furthermore, he is a good son of my grandmother.

When my father was a kid, he used to faced a very hard life because he came from a poor family. However, he never gave it up and always had a strong passion to succeed in his life.

There is a time when he went through a hard time to go to school because of financial problem. However, he has worked on it to settled the problem and finally he coped with the situation and he went to school without facing the trouble anymore.

He worked hard and finally he got in to a university and got his degrees the…

Kisah seorang pencuri yang memulangkan barang kemas yang dicuri bersama sepucuk surat setelah 15 tahun

图片
Sesetengah orang berkata " Lebih baik lambat dari tiada". Bunyinya agak benar kepada keluarga Riphagen yang tinggal di pinggir bandar Chicago. Keluarga Riphagen mendapat 4 bentuk cincin emas yang dikembalikan bersama sepucuk surat tanpa nama, meminta maaf kepada keluarga tersebut setelah barang tersebut 15 tahun dicuri. Margot Riphagen, 31 yang sekarang tinggal di Portland, Ore., mengimbau kembali saat ketika cincin itu dicuri. Dia baru berusia 16 tahun ketika dia sedang berparti dan menonjolkan tangannya. Beberapa barang dicuri dan yang paling disedari adalah 4 bentuk cincin tersebut. Gambar Ihsan dari Margot Riphagen
 "Ianya suatu jangkamasa yang lama dan situasi ketika itu agak teruk,", Riphagen memberitahu ABCNews.com. "Saya menjemput beberapa orang rakan dan secara tiba-tiba ke semua orang tersebut ketika itu saya tidak kenal. Kami kemudiannya menyedari barang telah hilang. Ibu bapa saya sebenarnya membawa saya kepada polis untuk membuat laporan. Mereka …

Menjual digital tasbih

Kat sini saya ada jual digital tasbih. Harga cuma RM 5 setiap satu. Untuk tempahan boleh e-mail saya di mr.skyjuice@yahoo.com atau di fanpage saya http://www.facebook.com/pages/Aku-Hidup-Dalam-Greens/364257986991152?ref=ts&fref=ts

Cara terbaik dan berkesan kurangkan kolesterol

图片
Garis penuaan pada senyuman adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila kita semakin tua, tetapi peningkatan kolesterol di dalam darah adalah sesuatu yang tidak patut dibiarkan.Kolesterol tinggi biasanya berkait rapat dengan peningkatan usia tetapi orang muda juga boleh mengalaminya. Tetapi tidak kira berapa umur anda, ia adalah sesuatu yang mempunyai risiko kepada kesihatan. Ini kerana tahap kolesterol yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung, strok, dan masalah-masalah lain.Mujurlah, anda boleh berbuat sesuatu mengenainya.

"Tidak seperti umur dan gen anda, tahap kolesterol adalah faktor-faktor risiko yang sering boleh anda ubah," kata Jorge Plutzky MD, pengarah Program Pencegahan Penyakit vaskular di Brigham dan Hospital Wanita di Boston.

Kolesterol Rendah : 4 Cara untuk cepat mengurangkan kolesterol

Menurut pakar, terdapat empat cara asas untuk mendapatkan kolesterol yang rendah seperti yang anda mahukan:

Makan diet yang sihat.
Bersen…