Постоянные читатели

on Leave a Comment

Pelik! Budak digilis tayar traktor tetapi tidak mati

ALOR PONGSU - “Bagai mati hidup semula," itu adalah pengakuan kanak-kanak yang terselamat setelah sebahagian badannya digilis traktor pengangkut kelapa sawit seberat dua tan dalam kemalangan di Changkat Lobak, di sini. baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak terbabit, Muhammad Syafiq Hamid, 10 menceritakan, dia dapat bangkit dan berjalan seperti biasa mendapatkan ayahnya yang sedang memandu traktor tanpa sebarang rasa sakit.

Menurutnya, bapanya sedang memandu traktor menuju ke pusat pengumpulan hasil sawit di Changkat Lobak sewaktu kejadian pada jam 2.30 petang itu berlaku, untuk menjual hasil sawit yang dikutip di kebun.

"Saya duduk di sebelah ayah ketika itu dan terjatuh ke bahagian belakang traktor ketika sedang melihat kenderaan di belakang. Saya jatuh terlentang dan digilis tayar belakang traktor.

"Saya terkejut ketika itu dan menyangka telah mati. Tapi saya langsung tidak rasa sakit selepas separuh badan digilis lalu bangun dan berjalan seperti biasa," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Changkat Lobak, semalam.

Bapa mangsa, Hamid Dahaman, 48 berkata, sebaik sahaja menyedari anaknya digilis tayar traktor, dia segera memberhentikan kenderaan lalu bergegas turun untuk menyelamatkan Muhammad Syafiq.

Bagaimanapun, Hamid mengakui telah menerima kejutan apabila Muhammad Syafiq bukan sekadar tidak menunjukkan reaksi kesakitan, malah mampu bangun dan berjalan ke arahnya seolah-olah tiada apa berlaku.

"Saya bimbang dia mengalami kecederaan dalaman dan segera membawanya ke Hospital Selama untuk menjalani pemeriksaan. Imbasan sinar-X mendapati tulang selangka Muhammad Syafiq agak renggang dan dia dimasukkan segera ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan," katanya.

Hamid mengaku, keluarganya terkejut apabila doktor menjelaskan bahawa Muhammad Syafiq mengalami kerosakan pada sebahagian buah pinggang, limpa dan paru-paru sebelah kanan, di samping tulang bahu patah sedangkan kesihatannya seperti tidak bermasalah jika dilihat secara luaran.

Katanya, doktor berkenaan menjelaskan, Muhammad Syafiq mampu meneruskan kehidupan walaupun banyak organ dalamannya rosak akibat kejadian itu, namun dia tidak dapat menikmati kehidupan aktif seperti kanak-kanak lain.

"Segala pergerakannya kini amat terbatas keranan kecederaan dalaman dan kejadian itu turut mengakibatkan penglihatan sebelah matanya kabur. Dia perlu memakai cermin mata.

"Kemalangan itu juga menyebabkan Muhammad Syafiq terlantar selama 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 10 hari di wad biasa Hospital Taiping. Namun sebalik beberapa kekurangan akibat kemalangan itu, kami sekeluarga bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan nyawa anak bongsu saya," katanya.

Hamid turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sokongan kepada keluarganya termasuk Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang turut meluangkan masa untuk menziarahi Muhammad Syafiq.

Budak Superman, Digilis Traktor Tidak Mati - Kisah Seluruh Dunia

Budak Superman, Digilis Traktor Tidak Mati - Kisah Seluruh Dunia | ALOR PONGSU - “Bagai mati hidup semula," itu adalah pengakuan kanak-kanak yang terselamat setelah sebahagian badannya digilis traktor pengangkut kelapa sawit seberat dua tan dalam kemalangan di Changkat Lobak, di sini. baru-baru ini.

- See more at: http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/budak-superman-digilis-traktor-tidak.html#sthash.q77VRBvN.dpuf

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Jom sertai segmen mega 3000 follower by Blog 3 dalam - See more at: http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/01/segmen-mega-3000-follower-by-blog-3.html#sthash.0fvC3zv6.dpuf
Jom sertai Segmen Mega 3000 Follower by Blog 3 dalam 1!!

KLIK gambar di atas untuk join
on Leave a Comment

Fakta menarik mengenai P. Ramlee

Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan? Di sini saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu. 

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih, suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam, ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai, juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!
on Leave a Comment

Ngeri! Gambar seorang remaja yang telah mati dikeluarkan dari perut buaya

Kejadian seekor buaya yang ditangkap orang ramai di Sarawak. Buaya tersebut menelan seorang kanak-kanak remaja. Perutnya dibelah dan anggota mayat di keluarkan satu persatu…ngeri!

on Leave a Comment

Suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz tidak menyalahkan Fizz

21 Feb – Suami kepada bekas tunang pelakon Fizz Fairuz yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli meminta agar semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi dan menyalahkan Fizz kerana dia adalah mangsa.
"Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang sakit selepas lapan bulan hilang ingatan," katanya kepada Harian Metro.
Ramli yang berusia dalam lingkungan 40-an memberitahu punca isteri keduanya bertindak demikian adalah kerana sunyi berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka berkahwin di selatan Thailand beberapa tahun lalu.
"Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga isteri kedua."
"Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekaligus memburukkan namanya," jelas Ramli.
Tambahnya lagi, walaupun dia hanya berjumpa beberapa kali sahaja sebulan, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah, menyediakan pakaian, rumah dan kenderaan.
Sementara itu, Ramli berkata, dia tidak menyalahkan Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka dia telah ditipu.
"Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditupu kononnya isteri saya masih belum berkahwin sehingglah majlis pertunangan diatur."
Pada masa sama, Ramli memberitahu bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun tidak didaftarkan.
on Leave a Comment

Perang atau Hitam? Yang mana satu jadi pilihan?

Sape kenal dua2 artis ni? Kalau korang pilih yang mana ?

on Leave a Comment

Kewibawaan Sang Harimau Kumbang dalam kenangan

Pada suatu masa dahulu ni la pasukan yang aku paling nantikan kemunculannya dalam setiap perlawanan, memandangkan aku sendiri pun dibesarkan di Pulau Pinang. Pasukan yang turun gah dengan jersi biru dalam setiap perlawanan dan amat disegani pada suatu masa dulu kalau boleh aku katakan.

Pada pandangan peribadi aku juga, Tn Haji Zainal Abidin Rawop juga meminati pasukan ini jika berdasarkan ulasan yang pernah disampaikannya mengenai pasukan ini. Antara tahun-tahun yang paling aku ingat tentang kewibawaan pasukan ini adalah antara penghujung tahun 90an dan seawal tahun 2000, sesuai dengan zaman aku.

Waktu tu pemain yang paling aku kenal adalah Hasmawi Hassan, Chee Wan Hoe, Aiman Wong dan Zailani Jaafar. Masa tu aku belum tau bahawa Hasmawi Hassan sebenarnya berasal dari Kelantan. Walaubagaimanapun khidmatnya di dalam skuad Harimau Kumbang amatlah besar sekali. Kredit untuk beliau di atas jasanya selama ini.

Boleh dikatakan seteru utama Penang F.A setiap kali bila sampai ke perlawanan merebut piala F.A , tak lain dan tak bukan adalah pasukan yang sangat tersohor di dalam kancah liga bolasepak semenjak dulu hingga kini iaitu pasukan 'Kejor yop kejor', Perak F.A. Pasukan Perak F.A ni memang tak dinafikan amat konsisten dari segi persembahan permainan kerana mempunyai pemain-pemain yang sangat baik pada suatu masa dahulu seperti Khalid Jamlus, kapten Ahmad Shahrul Azhar dan midfield yang kebal iaitu K.Nanthakumar. Sebagai rekod, aku rasa pernah terserempak dengan Ahmad Shahrul ni dekat Jusco Ipoh. Begitu juga jurulatih Perak suatu masa dulu iaitu Steve Darby.

Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang pertembungan Sang Harimau Kumbang ini dengan Sang Seladang. Tidak aku nafikan Sang Seladang lebih baik berbanding Sang Harimau. Walaubagaimanapun melalui pemerhatian aku, setiap kali pertembungan ini berlaku di saat perlawanan penting seperti penentuan juara Piala F.A ataupun kelayakan ke separuh akhir piala Malaysia, Perak F.A seolah-olah tiada tuah yang menyebelahi pasukan mereka. Tak pasti apa punca sebenar tetapi seolah-olah Penang F.A sudah seakan mengetahui strategi atau mungkin juga sudah terbiasa dengan corak permainan Sang Seladang.

Di sini aku cuma ingin mengimbau kembali pertemuan separuh akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada tahun 2001 di antara pasukan Pulau Pinang dan juga Kelantan. Pada tahun itu aku selalu melihat ranking setiap pasukan di akhbar dan Pulau Pinang pada waktu sememangnya top ranking iaitu di antara tempat ke-2 atau ke bawah sedikit tetapi tidak pernah terlalu jauh ke bawah. Aku sangat bangga dengan pasukan kegemaran aku ini ketika itu. Namun aku jarang kedengaran mereka berborak tentang pasukan kegemaran aku ini. Pasukan-pasukan yang aku selalu dengar waktu itu adalah Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan kadang-kadang kedengaran juga sedikit akan pasukan Pahang oleh rakan-rakan di matrikulasi dulu. Aku juga ingat waktu tu aku ada berselisih faham dengan seorang rakanku yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni dan setelah pasukan ini mengalahkan Pulau Pinang, aku mula berharap Kelantan akan dikalahkan oleh mana-mana pasukan lain yang lebih handal. Sememangnya waktu itu terdapat satu pasukan yang amat hebat , yang selalu mengungguli carta dan berada di kedudukan atas selepas Pulau Pinang. Tak lain dan tak bukan adalah pasukan Terengganu. Pasukan ini pada waktu itu sememangnya mantap dengan gandingan penyerang tiga serangkai yang sangat mampu merobek mana-mana jua jaring pasukan lawan. 2 antara mereka yang aku amat kenali waktu itu adalah Khairuddin Omar dan juga Nizaruddin Yusof. Kuartet ini sangat berbisa sekali di bahagian hadapan dan pada tahun itu seperti sudah dijangka, setelah menewaskan Kelantan di separuh akhir, mereka meneruskan perlawanan ke final menentang pasukan yang selalu menjadi sebutan aku sebelum ini kerana sangat tersohor mereka ini iaitu pasukan 'Kejor yop kejor'.

Sudah pasti pada malam itu ibarat terbinanya sebuah Tembok Berlin di Malaysia antara blok Timur dan juga blok Barat apabila masing-masing yang tinggal di negeri di Pantai Timur dan Barat dengan sendirinya mewujudkan dua kelompok.Walaubagaimanapun pada malam itu telah ditakdirkan kemenangan adalah milik Sang Penyu kerana mereka sememangnya dilihat amat berhak untuk menang berdasarkan prestasi yang dipamerkan. Walaubagaimanapun Sang Seladang pada malam itu telah bermain bermati-matian apabila gol yang pertama berjaya dihasilkan pada saat genting dan pada waktu itu Sang Penyu seolah dilihat hilang punca seketika. Namun mereka dapat juga bangkit sehinggalah ke wisel penamat.

Pada masa sekarang pasukan Sang Harimau Kumbang sudah tidak tersenarai lagi di dalam Liga Super. Aku mulai melihat kemerosotan pasukan ini pada tahun 2005 dan pada waktu itu dikatakan kewanganlah yang merupakan faktor utama kemerosotan pasukan ini. Bermula tahun itu Sang Harimau sudah beberapa kali hampir terkeluar dari Liga Super. Akan tetapi aku amat terharu kerana mereka mampu lagi bertahan sehingga beberapa tahun kemudian sebelum benar-benar terkeluar dari Liga Super.

Sebagai seorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, walaupun aku sebenarnya dilahirkan di Perlis. Aku amat teringin sekali untuk mencuba nasib , mewakili pasukan kegemaran aku ini sebagai pemain pasukan ini. Pada ketika ini umurku telah menjangkau 30 namun aku masih memendam cita-cita untuk menjalani ujibakat dan seterusnya menabur bakti kepada pasukan ini dan seterusnya mencipta semula kegemilangan yang pernah di kecapi Sang Harimau suata masa dulu.

on Leave a Comment

VIDEO MENARIK !! Monyet jadi pelayan restoran. Only in Japan

P.S : Amacam? Awesome tak?
on Leave a Comment

Kisah seorang wanita yang tidak boleh memasuki Masjidil Haram

SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang Babi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini. Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.
on Leave a Comment

Dunia hari ini sedang mengalami transformasi

Saban hari ada saja berita mengenai artis di Malaysia yang berhijrah dengan memakai hijab ataupun tudung. Mungkin berita ini agak 'biasa' kerana dari dulu lagi telah ramai artis yang berhijrah. Tetapi berdasarkan pemerhatian aku, bilangan artis wanita yang berhijrah ini meningkat dengan drastiknya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Itu belum termasuk orang-orang yang terkenal dari luar negara seperti artis dan sebagainya.

Soalnya mengapa artis? Mungkin kerana mereka ini orang yang berpengaruh dan dengan itu mudahlah untuk mempengaruhi peminat-peminat mereka bagi mencontohi mereka. Begitulah kebesaran Allah S.W.T, menjadikan pelbagai sebab dan hikmah untuk kita yang berakal ini berfikir.

Di Amerika Syarikat sahaja dilaporkan 20,000 orang memeluk Islam setiap tahun. Ini tidak termasuk mereka yang memeluk Islam secara senyap. Bila aku fikir-fikir balik, mungkin Islam sudah semakin diterima sekarang ini dan orang mulai sedar tentang kebenaran agama Islam.

Bayangkan jumlah saudara baru kita yang semakin meningkat ini ditambah dengan saudara baru kita yang memeluk Islam secara senyap ini bersatu. Sudah pasti jihad di mana-mana saja di dunia ini akan lebih mudah dan sudah pasti Islam akan beroleh kemenangan walau di mana saja tempat jihad itu berlangsung di dunia ini.

on Leave a Comment

Anak pengarah filem terkenal Hollywood, Oliver Stone iaitu Sean Stone memeluk Islam

Sean Stone, pembuat filem berusia 27 tahun memeluk Islam semasa bekerja untuk menghasilkan sebuah dokumentari di Iran. Stone menegaskan bahawa penerimaannya terhadap Islam tidak harus dilihat sebagai penolakan agama lain dan bahawa beliau telah menerima Nabi Muhammad (saw) beserta para nabi yang lain. Dalam satu maklum balas terhadap soalan mengenai Akhir Zaman yang diajukan saluran TV Iran, Stone berkata:
“Ramai orang mengatakan tahun 2012 sebagai penghujung dunia tetapi saya merasakan bahawa ia hanyalah pengakhiran satu kitaran. Saya melihat kesedaran orang ramai di sekeliling terhadap agama mula meningkat. Kerana dunia ini sedang berubah, kesedaran manusia juga berubah. Justeru kita harus berjuang bersama mereka untuk membawa Cahaya… Dengan melakukan hal itu kita selari dengan Mahdi. Kita mampu melakukannya, siapapun boleh menyertainya sebaik sahaja dia memilih untuk membawa cahaya.”
Sean Stone menjawab soalan CNN tentang keputusannya memilih Islam:
“Berada di sana, melihat sendiri Islam diamalkan, membaca Al-Quran, mempelajari Islam di Oxford dan  Princeton, saya dapat merasakan bahawa ia adalah kesinambngan warisan Judeo-Kristian dan Nabi Muhammad ialah seorang Nabi sepertimana para Nabi lain sehingga kepada Nabi Ibrahim. Saya meneguhkan semula keimanan saya kepada Tuhan…”

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Sean Stone berkata:
“Pertembungan tamadun adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Kita telah mendengar model ini terutamananya sejak tahun 90-an, dan konsep bahawa golongan Yahudi, Kristian dan Muslim tidak boleh hidup harmoni. Saya mahu mengakhiri hal ini, retorik ini, dan mengatakan saya seorang Yahudi, Kristian dan Muslim, dan saya mahu memahami kesemua tiga agama serta mengadakan dialog dengan manusia dari semua penjuru dunia.”
Ketika ditanya mengenai respon ayahnya terhadap keputusan beliau, Stone berkata:
“Beliau [Oliver Stone] berkata Allah beserta kamu.”
on Leave a Comment

Mimpi ngeri semalam

Tidur tak basuh kaki, tu la pasal (cakap orang tua-tua). Sebenarnya tidur tak baca doa tidur yang tepatnya. Mimpi ngeri memang akan mempengaruhi mood bila terjaga. Kalau terlampau ngeri sampai tak masuk akal, sahlah tu gangguan dari syaitan. Nabi kata kalau mimpi macam tu, lepas terjaga baca 'aa’udzubillahiminassyaithaanirrajim' dan ludah tiga kali sebelah kiri.

Semalam kawan-kawan ajak pegi makan ikan bakar la pulak. Diorang ajak last-last minute. Aku sebenarnya memang tak nak pi. Biasa la aku, payah nak gi mana-mana kalau orang ajak. Tapi kali ni sebab ada maksud tertentu. Aku nak tau keputusan exam diorang jugak. Mane tau kalau-kalau result aku ada 'something wrong'. Alhamdulillah takde ape yang mempengaruhi result aku tu. Pendek kata I'm deserved it.

Kat warung semalam tu aku tak pasti ke diorang bergurau ke apa. Tapi ikan bakar tu seekor memang untuk aku. Dengan itu , haruslah tak habis. Aku kadang-kadang rimas kalau kawan-kawan tiba-tiba jadi baik sangat kat aku. Aku bukan minta dilayan macam anak raja, tapi cukup la sekadar perhatian yang ikhlas dari seorang kawan terhadap kawan.

Apa-apa pun matlamat aku semalam tercapai walaupun bersusah-payah nak sampai ke tempat semalam. Dah berapa roundabout aku pusing. Diorang pun terpaksa tunggu aku sejam lebih. Tu la ajak aku lagi. Haha. Gurau-gurau..
on Leave a Comment

Meteor besar terhempas di Rusia, 950 cedera

  • MOSCOW: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

    Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

    Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

    Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
    Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

    Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
    Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

    Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
on Leave a Comment

Review filem The Impossible

 Lakonan hebat heroin Naomi Watts yang juga pernah berlakon dalam filem seram terbaik 'The Ring' pada tahun 2002. Filem ini berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku kepada sebuah keluarga yang bercuti di Phuket, Thailand pada tahun 2004 iaitu tahun di mana kejadian Tsunami berlaku. Mereka ke sana bagi menyambut Krismas.

Semasa ombak Tsunami melanda, keluarga ini sedang bermandi-manda di kolam sebuah hotel tempat mereka menginap. Keluarga ini terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga orang anak lelaki. Tsunami tersebut mengakibatkan mereka terpisah secara berasingan. Suami bersama dua orang anak terpisah bersama isteri dan anak sulong keluarga tersebut.

Gambar di atas saat di mana kejadian tsunami baru berlaku dan si ibu mengalami cedera parah di pehanya. (terkoyak). Anak lelaki sulong di dalam keluarga tersebut banyak memainkan peranan , membantu ibunya yang parah.

Terdapat babak cemas di mana si ibu terpaksa menjalani pembedahan dengan kadar segera dan keadaan di hospital sangat kelam-kabut. Nyawa si ibu amat kritikal berikutan kuman mungkin telah merebak dari lukanya.

Cerita ini berakhir dengan pertemuan semula antara ahli-ahli keluarga tersebut yang terpisah setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan. Namun tidak semua mangsa yang bernasib baik di dalam filem ini kerana ramai di kalangan mereka yang terkorban dan kehilangan orang yang tersayang.

Keluarga ini akhirnya diterbangkan ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan. Saksikan filem terbaik ini.
on Leave a Comment

Review filem Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Dalam citer ni watak Abi (Johan) tak ade. Ucop Wilcha cakap Abi dah kawin lari ke Pulau Jawa. Husin naik hairan sebab biasanya laki-laki yang bawak lari perempuan, sekarang terbalik pula. 

Citer kali ni kalau dari segi tahap kekelakaran mungkin kurang , tetapi dari segi aksi dan jalan cerita boleh dikatakan sangat baik.  Watak-watak yang diserap kembali dari filem Zombi Kampung Pisang ialah watak Ezlyn yang memegang watak sebagai Cikgu Maimon atau lebih dikenali dengan panggilan Mon.

Jin pakai toncit mungkin watak Rashidi Ishak yang memegang watak sebagai doktor yang boleh berhubung dengan alam ghaib. Tetapi di penghujung cerita akan didedahkan siapa sebenarnya doktor ini.

Kak Limah dalam citer ni bukan lagi seorang yang tak siuman. Allahyarham Zami Ismail juga tidak ketinggalan dalam menjayakan cerita HKL2 ini. Rasanya arwah sempat menghabiskan kontrak lakonan untuk filem ini sebelum beliau pulang  ke rahmatullah kerana filem ini dilihat mempunyai kesinambungan yang baik dari satu babak ke satu babak.

on Leave a Comment

Perkara-perkara yang boleh membuatkan seorang blogger menangis

Perkara-perkara ni mungkin akan membuatkan seseorang blogger itu menitiskan air mata :

1) Check page rank dan mendapati page rank blog atau website telah meningkat

2)Blog menang contest SEO atau seumpama

3)Pertama kalinya dapat Buffered Earning dari Nuffnang

4)Melihat blog yang warnanya sangat terang

Dan yang terakhir sekali adalah....

5) Ter 'delete' keseluruhan blog dengan tak sengaja...
on Leave a Comment

Selamatkan Bumi dari ancaman asteroid

Ed Lu yang telah menghabiskan tujuh  bulan hidupnya di angkasa, kadang-kadang masih boleh bergurau mengenai hal tersebut. Walaubagaimanapun dia sebenarnya tidak begitu .'Ya, mereka berjaya 'membuang' saya keluar dari planet ini sebanyak 3 kali' katanya.

Dalam satu wawancara dengan ABC News dan Yahoo! Newsmakers, Lu dipilih sebagai angkasawan NASA pada tahun 1994, terbang dua kali pada penerbangan ulang-alik angkasa Amerika dan kemudian menghabiskan masa selama enam bulan di Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).

'Ianya sangat menakjubkan, pejabat terbaik di dunia, pemandangan yang paling memukau, kerja yang menarik' gurau Lu. 'Makanan juga bagus, tetapi semakin membosankan'.

Pada masa kini Lu meluangkan sejumlah masanya dengan membimbangi planet Bumi di mana dia boleh melihat dari jauh sahaja. Setelah meninggalkan NASA pada tahun 2007 untuk bekerja di Google dan syarikat-syarikat teknologi yang lain, dia kini merupakan CEO Yayasan B612, sebuah kumpulan bukan berkepentingan yang mendesak tindakan untuk mengelakkan asteroid yang tersasar dari menghentam Bumi.

Asteroid? Kematian dari atas langit? Ya, kata Lu. Peluang mungkin kecil tetapi ia adalah satu peluang kecil yang mempunyai malapetaka yang besar. Dan inilah yang sangat berbaloi untuk diberi perhatian. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita mempunyai teknologi untuk mengesan asteroid masuk ( dan jika perlu, memesongkan ia sebelum ia melakukan kerosakan kepada Bumi)

Terdapat asteroid yang dipercayai telah menghapuskan dinosour pada masa lalu tetapi itu adalah lebih kurang 66000000 tahun yang lalu, dan bencana dalam magnitud itu adalah sangat jarang berlaku.Lu berkata, dia lebih prihatin tentang objek seperti yang terhempas di Sungai Tunguska di Siberia pada tahun 1908, yang memusnahkan kira-kira satu ribu batu persegi hutan. Ia adalah mungkin kira-kira 150 kaki diameter. Kebetulan ia ada lagi, kira-kira saiz yang sama, yang akan melepasi Bumi pada 15 Februari, tersasar sejauh 17200 batu dari Bumi. Asteroid ini dipanggil 2012 DA14, dan ia tidak melepasi dengan banyak apabila anda mengambilkira keluasan ruang yang ada.'Ia adalah suatu panggilan kecemasan' kata Lu. 'kerana asteroid ini adalah cukup besar dan jika ia terhempas, ia akan 'mengambil' keseluruhan bandar sebesar metropolitan DC. 'Dianggarkan terdapat satu juta asteroid sebesar asteroid tersebut atau mungkin lebih besar. Teleskop di Bumi telah menemui kira-kira 10,000 daripada jumlah keseluruhan asteroid. 'Jadi bagi setiap satu asteroid yang kita dapat kesan di luar sana, terdapat 99 lagi asteroid yang tidak dapat dikesan' kata Lu. 'Setiap hari, terfikir seperti ia bermain roulette dengan Bumi'.

Sebagai jalan penyelasaian, Kumpulan B612 akan melancarkan sebuah teleskop yang dipanggil sebagai Sentinel ke angkasa lepas, di mana ia boleh mengimbas objek mengorbit yang akan melintasi Bumi.Lu berkata, secara teknologinya projek ini adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan jika ada sumbangan daripada badan tertentu, di mana dia dan kumpulannya sekarang sedang usahakan.

Mereka berharap dapat melancarkan Sentinel pada tahun 2018.Jika Sentinel tidak dapat mengesan sesuatu apa pun dengan nama kami, jadi apakah ia? Lima belas tahun dahulu di dalam sebuah filem bertajuk 'Armageddon', Bruce Willis memimpin sekumpulan angkasawan bagi meletupkan asteroid yang mengancam Bumi dengan menggunakan senjata nuklear. Lu berkata, realitinya mungkin tidak sebegitu dramatik.

Jika anda mengesan asteroid menghampiri terlebih dahulu( itulah konsep di sebalik teleskop Sentinel), anda hanya perlu menepis ia sedikit sahaja.Lu dan rakan-rakannya telah mencadangkan tug angkasa, iaitu sebuah roket yang akan berhadapan dengan asteroid dan menolaknya sejauh mungkin supaya ia menjadi tidak berbahaya lagi. Jika asteroid dapat dikesan dan orbitnya dapat dikira, saintis akan dapat menganggarkan laluan asteroid tersebut dan menukarkan kelajuan orbit kepada beberapa ribu batu sejam.

"Kita boleh melakukan sesuatu mengenainya," kata Lu. "Ia akan menjadi suatu kejahilan yang sangat jika kita tidak melakukan sesuatu mengenainya. Kita boleh mendapatkan pemusnahan, tetapi kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana kita tidak mempunyai pandangan jauh untuk berbuat demikian. Kami mempunyai teknologi untuk melakukan ini. "
Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs

tanda

Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket

Blogged.my
My Ping in TotalPing.com

Feedage Grade A rated

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine

web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp

Page Rank

В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg