博文

目前显示的是 三月, 2013的博文

SERAM ! Roh Pengganas Sulu Kelihatan Di Waktu Senja

图片
LAHAD DATU – Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.



Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Senja.
“Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
“Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih,” dakwa sumber itu di sini semalam.Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
“Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
“Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal,” tambahnya-Kosmo

test

Tentang Alicia Keys

图片
Dia berdarah kacukan kot. Tapi hidung dan rambutnya menarik.

test

test

Siapa itu Jennifer Lawrence?

图片
Sonang cito minah kek ateh ni la Jennifer Lawrence. (terer tak aku cakap minang?). Kalau deme nak tau, Yong kat ataih ni jugak pelakon Hollywood (terer tak aku caka Peghok?). Die telah memenangi beberape award. (cakap kay eel). Orait, cukup sudah merapu aku hari ni, hehe...OK aku cakap betul-betul. Nak edit balik semua yang aku dah tulis ni sayang pulak rase.. Sorry sebab buang mase korang yang membaca entry yang tah hape2 ni.....
Jennifer Lawrence lahir pada 15 Ogos 1990 (tahun ni usianyabaru 23 tahun). Memenangi beberapa award iaitu Academy Awards, Golden Globe Awards dan beberapa lagi awards yang lain. Kebanyakan award dimenanginya adalah kerana menjadi Pelakon Wanita Terbaik di dalam filem terbarunya yang bertajuk Silver Linings Playbook. Filem ini jugalah yang telah melonjakkan namanya dan menjadikan beliau semakin dikenali.

Sebelum ini beliau pernah berlakon sebagai watak The Mystique di dalam filem X-men First Class pada tahun 2011.  Jennifer Lawrence juga dikatakan menjadi wa…

Petanda seseorang itu jodoh kita

图片
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa …

Bagaimana nak cek blog anda dijangkiti virus

Hari ni tak mo citer pepanjang. Ni ikhlas nak tolong. Kalau korang sudi, follow la blog ni ye. Ikhlas jugak ye. Tak ikhlas, tak yah follow takpe.

Cer korang cek blog korang kat sini http://onlinelinkscan.com. Harap ianya membantu.

Pengakuan oleh bomoh tentera sulu

图片
Tentera sulu mengamalkan kepercayaan khurafat | pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.
LAHAD DATU: Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan militan dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia.
Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.
Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.
Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan militan akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali ‘perkhidmatan’ mereka digunakan untuk memperbaharui kekuatan kuasa mereka.
Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat tentara sulu yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang ‘membersihkan’ kawasan pertempuran, …

Jamalul Kiram III boleh cakap apa saja tapi kami akan tentang habis-habisan - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib

图片
Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam reaksi segeranya ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III, pada awal Isnin menegaskan yang raja Sulu itu boleh kata apa yang dia suka tetapi pasukan keselamatan Malaysia akan memberi tentangan habis-habisan. Malah katanya, pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang. Pasukan keselamatan, katanya tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram III yang disiar oleh media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia. "Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini pada lewat …

Jamalul Kiram III mengarahkan perang gerila

图片
Kiram (kanan) berkata bahawa penarikan balik tenteranya bukan suatu pilihan. - Gambar Reuters KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut  berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di…

Segmen: Tambah follower dengan pantas!!* tanpa blogwalking*

图片
KLIK banner untuk join!

Menarik dari IKEA

Tawaran hebat dari IKEA. Sepanjang SALE nanti IKEA akan memberikan potongan harga delivery dari RM 75 menjadi RM 55 sahaja. Bagi upah menjahit pula diskaun diberi sebanyak 10%. Untuk mengetahui maklumat lanjut serta barang-barang yang mendapat diskaun sila ke http://my.churpchurp.com/archmull/share/IKEAMarchSales

Isteri minta cerai kerana suami pandai memasak

图片
Seorang isteri telah bertindak meminta cerai gara-gara suami yang pandai memasak untuk anak-anaknya. Tindakan itu telah mengejutkan suaminya dan menganggap ia adalah perasaan cemburu semata-mata. Rata-rata secara pandangan kasar ramai menganggap lelaki tidak pandai memasak. Namun fakta ini boleh disangkal oleh seorang suami yang pandai memasak. Kisah bermula apabila seorang wanita Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih hebat dalam hal memasak daripada dirinya. Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika dirinya memasak untuk makan malam pada awal bulan Ramadan. Saat itu, seluruh anggota keluarganya tengah berkumpul untuk menunggu waktu berbuka puasa. Said menunjukkan bakat memasaknya yang didapatkan lewat pelatihan memasak di hotel. Dirinya pun terlihat dapat mengalahkan istErinya, Nahal, dalam hal memasak. Demikian seperti dilansir RIA. Nahal pun akhirnya meminta cerai kepada suaminya setelah kedua putranya meminta ayah…

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

图片
Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Hanya 4 langkah mudah diperlukan : Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.comBuat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.comCopy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.Pemilihan pemenang : 10 blog akan dipilih melalui random.orgPemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.comURL entri terba…

Review filem Jack The Giant Slayer

图片
Filem ni diadaptasi dari sebuah English Folktale yang terkenal iaitu  Jack The Giant Killer. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama cuma bagi aku slayer ni mungkin bermaksud cara pembunuhan yang lebih tragis seperti menyembelih dan sebagainya.
Bagi aku filem ni menarik jugak la sebab dia genre aksi. Filem ni bermula apabila Jack yang disuruh bapa atau pakciknya (aku tak berapa ingat sebab intro dia membosankan so fikiran aku banyak melayang) untuk menjual kuda mereka akibat kesempitan kewangan. Jack kemudian pergi berjalan ke tengah-tengah bandar bersama kudanya sambil menghebahkan kepada semua orang tentang kudanya untuk dijual itu. Dia kemudian memasuki sebuah tempat pertunjukan. Semasa dia sedang terhibur menyaksikan persembahan tersebut, tiba-tiba dia terpandang seorang gadis jelita yang juga terhibur dan tertawa menyaksikan persembahan pentas tersebut. Tanpa disedari, gadis tersebut juga terlihat gelagat Jack yang sedang ketawa melihat persembahan yang sama .Tanpa diduga, seora…

SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa

图片
KLIK banner untuk join 

Jumlah followers terkini----> 47 orang

Jumlah yang ingin dicapai---->sebanyak mungkin

Lagu bertajuk 'I Knew You Were Trouble' oleh Taylor Swift mungkin ada kaitan dengan Harry Styles

图片
Sejak diorang ni breakup, macam-macam cerita timbul. Salah satu ceritanya adalah dari aku sendiri haha..Melalui cerita-cerita yang aku baca dan dengar, mungkin selepas diorang breakup ni, yang paling kecewa adalah Taylor Swift sendiri walaupun sesetengah media mempunyai versi cerita yang berlainan.

Melalui lagu 'I knew you were trouble' ni,  Taylor Swift menceritakan bagaimana dia mula berjumpa dengan Harry Styles. Pada mulanya yang 'jual mahal' sudah tentulah Swift sendiri. Kalau mengikut lagu ni, mungkin Harry Styles yang mula approach Swift sewaktu dia sedang duduk berseorangan . Punca Harry Styles datang kepada Swift adalah kerana he was in trouble. Faham tak? Trouble di sini sebenarnya aku pun tak berapa nak faham, samada dia ada masalah dengan gangster sebab dalam lagu ni memang dia ada fight tapi tak pasti apa ending dia. Rasa aku mungkin boyfriend Swift tu mati.Yang kedua maksud trouble ni pada aku mungkin boyfriend dia ni ada masalah dengan diri dia kot.(jiwa…

Segmen : Blogwalking, Follow dan Menang

图片

2 orang termasuk seorang remaja maut terkena tembakan pasukan keselamatan

图片
LAHAD DATU -  Seorang remaja lelaki maut dan seorang lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis dekat sini hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian pada 9.45 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima individu yang berada dalam Zon Merah berhampiran Kampung Tanjung Batu.
“Ketika pasukan keselamatan sedang bergerak menjejak pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, muncul dua lelaki dan tiga wanita dewasa dari kawasan belukar berhampiran.
“Mereka segera ditangkap dan ketika sedang diperiksa kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar berdekatan di mana pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar itu,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas Op Daulat Felda Sahabat 16 di sini.
Beliau berkata, pemeriksaan segera ya…

Pengerusi MNLF Misuari ugut Malaysia isytihar perang jika Agmibuddin dibunuh

图片
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.
Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :
”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita.”
“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.
Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.
Katanya tindakan mengaitk…

SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!

图片

Blog copy paste?

Ape pendapat korang? Mane boleh copy paste. Tak mungkin. Mungkin kopi pes dengan megi tomyam ke. Walau kopi pes tapi tetap diberi kredit.. dun worry.

testing

test...

PM tolak gencatan senjata, minta serah diri tanpa syarat | Serangan besar-besaran tidak mengenai sasaran

LAHAD DATU, 7 Mac — Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang, sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat. Pendirian perdana menteri (PM) dinyatakan selepas kesultanan Sulu menggesa gencatan senjata hari ini, dengan berjanji pengikutnya akan meletak senjata dan mengambil pendirian berlembut dengan Malaysia jika pasukan keselamatan negara bersetuju ambil langkah sama.
“Saya beritahu beliau (Presiden Filipina Benigno Aquino III)  bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan menyerahkan senjata mereka kepada kami,” kata Najib dalam satu sidang media hari ini.
“Berdasarkan undang-undang dan suara rakyat, isu Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia tidak boleh dipersoalkan sesiapapun,” tambah beliau.
Jamalul Kiram III yang mengakui sebagai Sultan Sulu berpendirian mengatakan Sab…

Serangan bertambah sengit

图片
Serangan Di Lahad Datu: Daerah Kunak Mula Diserang
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.. Sebelum ini daerah Lahad Datu diberitakan di serang oleh askar-askar Sulu tetapi kini tindakan gerila mereka telah merebak ke Kunak dan ada berita yang mengatakan terdapat daerah lain juga yang menjadi sasaran tentera Sulu. Berita ini saya perolehi daripada laman facebook yang menyatakan daerah Kunak telah mula di serang oleh tentera Sulu. Hal ini menyebabkan Polis dan Tentera di seluruh Sabah bersiap sedia untuk bertempur dengan tentera Sulu yang dikatakan begitu mahir dengan laut. Askar-askar Sulu telah melakukan serang gerila terhadap pasukan keselamatan negara ini menyebabkan beberapa anggota keselamatan negara tercedera. Berikut adalah foto yang saya ambil dari facebook. Semoga pejuang-pejuang tanahair kita terus mempertahankan negara dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T.

Harga repair LCD TV

图片
Harga Membaiki TV LCD Jarang kita dengar TV LCD akan rosak dalam tempoh kurang 5 tahun. Jika ada pun disebabkan cara penggunaan kita terhadap TV. Baru - baru ini, TV LCD milik JS mengeluarkan bau hangit dan menyebabkan seluruh rumah rosak.

Kerosakan pada papan litar kuasa TV LCD pada bahagian pengubah arus (transformer). Warranty pula sudah lupus betul2 3 bulan lepas itu. JS hantar TV LCD ke kedai untuk dibaiki sambil belajar sedikit mengenai TV LCD dan Harga untuk setiap komponen.

1. Harga Kerosakan pada Papan Utama TV LCD.



Lihat gambar di atas yang JS kotakan warna merah tue. Harga untuk sebuah papan Litar baru berharga antara RM400 - RM600 termasuk harga Upah (RM35). Jika hanya sedikit sahaja rosak harga lebih kurang RM80 sahaja.

2. Harga Kerosakan pada Papan kuasa TV LCD.


Lihat pada JS kotakkan tue. Harga sebuah papan kuasa baru antara RM250 - RM350 termasuk upah. Jika kerosakan tidak teruk dan hanya melibatkan komponen kecil, harga kurang dari RM100.

3. Harga Kerosakan pad…

Fenomena berbillion nyamuk mengganas

图片
Berjuta-juta nyamuk berkumpul di kampung  Mikoltsy Rusia berhampiran Myadel, Belarus, di rantau Minsk . Jurugambar Dennis Masam yang berjaya untuk menangkap fenomena ini luar biasa berkata bahawa walaupun sekumpulan nyamuk ini kelihatan mengancam, mereka tidak menggigit. Aktiviti seperti nyamuk mungkin disebabkan oleh cuaca.

Menurut Tatiana Zhukova, pengarah Stesen Biologi Naroch, ini adalah satu proses semula jadi. Tasik ini adalah rumah kepada larva nyamuk. Apabila larva berkembang menjadi dewasa mereka meninggalkan air dan datang ke tanah, di mana mereka mengawan dan bertelur. Awan besar nyamuk berkumpul setiap tahun tetapi biasanya nyamuk-nyamuk tidak berapa perasan kerana keadaan cuaca berangin . Tetapi pada hari-hari yang tenang dan cerah, seperti pada hari ini, mereka menjadi lebih jelas.

Cuaca diketahui menyebabkan tingkah laku yang pelik di kalangan haiwan dan serangga.












P.S : Ini macam kalau semua gajah pun boleh kurus

Khasiat memakan kaki ayam

图片
Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.  Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan  yang baik.  **New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan mi…

Misi di Lahad Datu belum lagi berakhir-KPN

LAHAD DATU, 5 Mac — Misi masih belum tamat untuk pasukan keselamatan dalam operasi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo kerana militan masih berkubu di sana, kata Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini. Ketua Polis Negara (KPN) juga menafikan media Filipina melaporkan mayat puak bersenjata itu tercemar atau kecederaan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
“Saya percaya musuh masih berada di luar sana,” kata Ismail kepada wartawan hari ini.
“Kita dalam operasi mencari, dan pencarian ini dilakukan pada kawasan yang agak luas, kira-kira empat kilometer persegi.
Tentera hari ini melancarkan serangan udara ke atas pengikut “kesultanan Sulu” yang berlindung di Kampung Tanduo awal pagi ini, dengan lima batalion tentera darat dihantar bersama-sama dengan pasukan polis.
Bagaimanapun mereka yang mendakwa sebagai “diraja Sulu” dilaporkan berkata kumpulan militan di Sabah itu masih lagi “kuat dan bersedia”.
Ismail menegaskan beliau masih belum menerima laporan kem…

Serangan besar-besaran termasuk melalui udara ke atas penceroboh di Lahad Datu

图片
Operasi Pembersihan di Kg Tandou oleh ATM telah bermula dengan serangan udara (AIRFORCE BOMBINGS) & menggunakan APC (ARMOUR PERSONNEL CARRIER). Minta semua mendoakan keselamatan pasukan keselamatan negara kita!!
Kenyataan penuh PM
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu:
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.
Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita …

Perang akhir zaman mungkin perang seperti dahulu kala

图片
Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Disebutkan dalam Kitab Zakaria (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dar…

Pengilat kuku terbaru boleh dibawa solat

Syarikat Poland bantu Muslimah berdandan

London: Bagi wanita Islam seperti Zaida Saleh yang menghayati kehendak agama, merapi kuku atau 'manicure' memberi masalah.
Dia melakukan solat lima kali sehari dan sebelum menunaikannya, dia perlu mengambil wuduk sedangkan pengilat kuku menghalang air mengenai kuku.

Bagi mengatasi dilema ini, sebuah syarikat Poland, Inglot, memperkenal sejenis pengilat kuku baru yang membenarkan air kena pada kuku.

Patuhi syariah

Syarikat dan orang Islam tertentu berkata, pengilat itu adalah yang pertama membenarkan udara dan lembapan melalui kuku.

Produk itu dicari wanita Islam sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas seorang ulama di Amerika Syarikat yang menguji kadar resapan, menerbitkan satu artikel mengatakan mengikut pandangannya, ia mematuhi ketetapan syariah.
Berita mengenai pengilat kuku itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini tersebar dengan cepat di internet dan meningkatkan jualan produk, d…

Senarai Pencalonan Akhir ABPBH 2012

图片
ARTIS BARU LELAKI POPULAR
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar
ARTIS BARU WANITA POPULAR
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal
ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak
ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak
PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin
PELAKON TV LELAKI POPULAR
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari
PELAKON TV WANITA POPULAR
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha
PENGACARA TV LELAKI P…