Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

Keajaiban Tulang Sulbi Terdapat Dalam Hadis Nabi SAW

 Keajaiban Tulang Sulbi Terdapat Dalam Hadis Nabi SAW

Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bahagian tulang belakang paling bawah.
Tulang sulbi merupakan tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhirat. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.
Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda,
“Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)
Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:
Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)
Fakta, bahawa hadits ini benar.
Seorang doktor bernama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.
Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi kemerahan kemudian menjadi hitam).
Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.
Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke makmal terkenal di Sanaa, Yaman.
Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahawa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.
Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.
Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.
Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui. 1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?

TERKINI.22 Orang hilang di Villa Nabila telah ditemui


MISTERI SEKUMPULAN MANUSIA GHAIB BERDEKATAN VILLA NABILA - DIJUMPAI DALAM KEADAAN DIRASUK  | Gempar di media sosial apabila sekumpulan 23 dari 30 orang telah ghaib di sekitar kawasan Villa Nabila. Sebelum ini, Villa terbabit dikaitkan dengan cerita misteri yang tidak berpenghujung.


Berita terkini.

Ramai yang melaporkan bahawa sekumpulan 23 dari 30 orang telah 'ghaib' di sekitar kawasan Villa Nabila di Johor Baharu.

Pihak polis,bomba dan penyelamat sedang menutup kawasan dan gerakan mencari giat dijalankan.

Wallahualam.


UPDATE TERKINI :

Dijumpai dalam keadaan dirasuk.. 22 org dah dijumpa..seorang je belum dijumpai..


TERKINI : 22 YG HILANG SUDAH DIJUMPAI. YG KATA 1 ORG TADI,MANA NAK LARI?


2kg Rambut dan Kapur Dalam Perut Remaja




NEW DELHI – Apabila seorang remaja mengadu tidak boleh makan atau minum selama beberapa hari, sekumpulan doktor memutuskan untuk mencari puncanya.

Tidak seperti dijangka, apa yang mereka temui sangat luar biasa.

Di dalam perut remaja perempuan itu ialah gumpalan rambut seberat hampir dua kilogram yang tersangkut di antara perut dan usus kecilnya.


Pakar perubatan India mendapati, remaja berusia 19 tahun itu mempunyai tabiat suka memakan rambut sendiri, selain kapur tulis jika dia berada di sekolah.

Gabungan ‘makanan’ aneh itu kemudian berkumpul dalam tubuh remaja terbabit sebelum lama-kelamaan menjadi besar.

Sepasukan pakar bedah dimaklumkan mengenai penemuan itu selepas remaja terbabit – dari Rajgarh dan Madhya Pradesh – berkunjung ke Hospital the Maharaja Yeshwantrao di Indore bulan lalu.

Diketuai Dr Parvinder Singh Lubana, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan gumpalan rambut yang ‘membungkus’ kapur berkenaan.

Seorang daripada pakar bedah itu, Dr Amit Agarwal, berkata saluran usus remaja terbabit tersumbat menyebabkan dia tidak boleh mengambil makanan atau minuman selama beberapa hari.

Bagaimanapun, gumpalan rambut itu bukanlah yang terbesar pernah dikeluarkan dari tubuh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Pada November 2007, doktor di Amerika Syarikat (AS) menemui gumpalan rambut seberat hampir lima kilogram dalam perut seorang remaja perempuan.

Berusia 18 tahun ketika itu, remaja terbabit mendapatkan bantuan doktor selepas mengalami kesakitan dan bengkak perut selama lima bulan.

Imbasan menunjukkan ada gumpalan besar di bahagian perut remaja terbabit.

Lima hari selepas dikeluarkan, pesakit kembali makan secara normal dan dibenarkan pulang.

MENAKJUBKAN. Wajah manusia sebelum dan selepas pembedahan plastik di Korea

Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik Orang Korea | Berasal dari Korea Selatan, negara yang dikenali denga 'K-Pop' dan gemar melakukan pembedahn plastik ini sangat dikenali di seluruh dunia.
Gambar berikut ini mencerminkan keberanian beberapa orang yang bersedia untuk lakukan atas nama apa yang mereka sebut sebagai keindahan, kecantikan atau ketampanan. Beberapa gambar kelihatan begitu berbeza sehingga membuat orang mulai bertanya-tanya apakah itu adalah gambar orang yang sama.






Tentang Hari Asyura



Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkahlagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukharimengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Sejarah dari perspektif Syi'ah

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

Hadis tentang kafiat puasa pada Hari Asyura

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam



YB Khairy Jamaluddin tidak layan teguran Siti


Kenyataan balas Khairy Jamaluddin terhadap teguran Siti Nurhaliza - Perbalahan yang berlaku antara dua ikon negara, Khairy Jamaluddin dan Siti Nurhaliza bermula selepas penyanyi itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan di Twitter yang menegur Menteri Belia dan Sukan kerana tindakan bersuara yang disifatkannya kurang ajar terhadap FAM.



Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin dilihat terus membisu dan tidak melayan teguran Dato' Siti. Semalam, pemenang Wired Celebrity Award di anugerah Shout! Awards baru-baru ini, mengeaskan akan terus bersuara demi kepentingan sukan bola sepak negara dan meminta anggota FAM supaya bersikap terbuka kerana kritikannya tidak ditujukan kepada individu tertentu tetapi sebaliknya kepada institusi berkenaan.

"Walaupun kita (kerajaan) tidak boleh campur tangan dalam urusan pentadbiran FAM, tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan memberi pandangan terutama suara rakyat dan peminat bola sepak tanah air."

Kelantangan Khairy bersuara turut mendapat sokongan dari anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) malah daripada segelintir anggota Parlimen pembangkang.

P.S : Penulis menyokong tindakan yang dilakukan oleh YB

Ambil SPM Dalam Penjara - Pelajar wanita catat keputusan cemerlang

Seorang tahanan reman sedang menjawab soalan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Seorang tahanan reman sedang menjawab soalan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.
KOTA BAHARU – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menduduki peperiksaannya di Penjara Pengkalan Chepa di sini, kerana menjalani perintah tahanan reman berkaitan kes peras ugut bersenjata.
Gadis yang dikenali sebagai Nur itu menyifatkan pengalamannya menduduki peperiksaan tersebut di penjara sebagai satu mimpi ngeri yang tidak pernah diduga akan terjadi ke atas dirinya.
“Saya tidak menyangka pergaduhan adik-beradik boleh membawa saya ke sini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Nur, 18, berkata dia hanya mengambil kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan kali ini bagi memperbaiki keputusan SPM yang diambilnya tahun lalu.
“Saya mendapat gred D bagi kertas Bahasa Inggeris dan mahu memperbaiki keputusan itu kerana saya bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,” katanya yang mencatat keputusan 5A, 3B dan 1D dalam SPM tahun lepas.
Anak keenam daripada lapan beradik yang berasal dari Kampung Lembah, Gaal, Pasir Puteh itu ditahan reman sejak 24 Okt lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan bersenjata.
Nur yang pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam pengurusan ladang di Universiti Teknologi Mara, berkata dia belajar sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.
“Fokus saya dalam peperiksaan ini agak terganggu dan berasa tidak yakin untuk menjawab soalan peperiksaan kerana terlalu memikirkan keadaan sekarang,” katanya.
Gadis ini bagaimanapun tidak patah semangat dan berharap dapat merealisasikan cita-citanya untuk menjadi doktor pakar mata dan telinga.
Abang dan kakak saya juga doktor, dan mereka menjadi penyuntik semangat, katanya.
Sementara itu,  Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Kelantan Wan Sani Abd Latiff berkata calon tersebut mempunyai semangat yang tinggi sekalipun berada di penjara serta tekun melakukan ulang kaji sebelum peperiksaannya hari ini.
“Selama dia berada di sini dia tidak membuat masalah, Kita bantu dia dari segi penyediaan bahan bacaan untuk dia menghadapi peperiksaan hari ini,” katanya.
Menurutnya pihak penjara juga mengasingkan calon yang bakal menduduki peperiksaan bagi memastikan mereka boleh memberi tumpuan kepada ulang kaji pelajaran.
“Keseluruhannya terdapat 20 calon yang mengambil peperiksaan pada tahun ini iaitu Penilaian Menengah Rendah dan SPM namun  19 daripadanya telah dipindahkan ke Sekolah Integriti di Bentong bagi banduan wanita dan Sekolah Integriti Marang, Terengganu bagi banduan lelaki,” katanya. – Bernama

PENTING. Berwaspada ketika anda menginap di hotel

Di sini  ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri.


 Jom baca di bawah ini.


                      
                                     Sekadar gambar hiasan


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.




Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.




Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.




Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.




Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.




Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.




Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?




Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.




Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. 


Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.Jom tengok.

BIAR BETUL. Neymar datang melawat budak Syafiq ni


MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.
Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua.
Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.
Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.
“Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!” kata Syafiq.
“Dia datang dan berkata, ‘Di mana Syafiq?’ Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut.”

Syafiq, yang mempunyai impian mewakili Harimau Malaya satu hari nanti, kemudian menaiki van dengan Neymar dan mereka menuju ke VI.
Kedua-dua menghabiskan masa bercakap tentang keluarga Neymar, hobi dan juga saiz kasut beliau. “Dia memakai saiz 8 ½!,” kata Syafiq.
Dia menyifatkan pemain dari Brazil itu sebagai “merendah diri dan mesra”, sambil menambah adalah menyeronokkan walau hanya bercakap dengannya.
“Dia juga memberitahu saya perkara penting dalam menggelecek dan ‘finishing’,” kata Syafiq, yang mengetuai Kelab Bolasepak Remaja Bersatu dan membawa tiga gelaran 1Malaysia Cardiff City pada tahun 2010, 2011 dan 2012 serta membawa VI untuk Kejohanan MSSKL tahun ini.

Apabila Neymar bertanya kepada Syafiq apa yang paling ditakutinya, anak muda itu menjawab ‘menghadapi saiz lawan yang lebih besar’.































“Kemudian dia memberitahu saya, ‘Lihatlah saya, saya tidak begitu besar, tetapi saya tidak takut untuk bermain permainan saya sendiri, gaya saya sendiri’. Dia juga memberitahu saya untuk berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk mewakili Malaysia. 
Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->