Aku tidak terlalu meminta yang berlebih-lebih. Cuma aku rasa seseorang tidak gembira melihat keadaan ku sekarang. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk aku. Kadang2 aku terpaksa lakukan untuk orang lain walaupun sebenarnya itu bukan kemahuanku. Aku masih dihantui peristiwa lampau. Aku masih tak berhenti berfikir kenapa manusia jadi biadap serta rakus. Aku terus berfikir mengapa manusia macam ni masih lagi selamat. Aku amat hairan tentang hal itu. Umur aku makin tua cuma aku bertuah kerana aku rasa aku masih remaja. Tapi aku kehilangan rasa hormat dari orang yang lebih mentah. Ahh, persetankan ia. Bila korang tahu, korang mungkin malu. Dan aku akan terajang korang jatuh dalam loji najis. ...

Aku masih ternanti-nanti masa aku. Bila lah..aku tahu tidak elok untuk meninggi diri. Tapi rasaku ini bukan meninggi diri. Ini cuma tindakan untuk mengelakkan dari dihina. Dah puas aku ditindas oleh orang-orang yang pada dasarnya memang nampak baik sebab berada dikalangan orang yang baik-baik. Rupanya sangkaan aku langsung meleset. Mungkin dunia teramat sangat nak kiamat. Orang baik dan orang jahanam nampak lebih kurang je.

''........sumpahan ape yang dah berlaku ni ustaz....''

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)