Tentang seorang pelawak

Ade sorang mamat pelawak ni. Mula2 aku kenal dia, orang ramai dah kenal dulu. Memang famous dengan 'trademark' dia yang mengajak orang ramai  mencari jawapan sendiri kepada sesuatu persoalan kerana dia ni aku rasa jenis pandai cakap je, tapi tak pandai cari jawapan sendiri. Nak jawapan kalau, dia tolak kat orang lain untuk jawap. Terbaik ah.

Baru-baru ni dia ade buat lawak. Memang lawak tak boleh blah sampai mengaibkan seseorang. Mungkin dia tak sengaja kot. Itu la pasal kalau selalu pandai cakap tapi tak pandai cari jawapan. Tindakan tak sengaja kadang-kadang boleh jadi sengaja kalau orang tu jenis tak sensitif . Lain kali rehearsal dulu la betul2 . Pelawak ni sebenarnya sebaya aku je.

Aku tengok pelawak ni selalu juga cakap English. Mula2 aku ingat terror gile la speaking. Rupenye berterabur jugak. Tapi dia punya passion untuk speaking tu memang aku salute. Masalahnya dia ni kan pelawak. Pelawak kan selalu spontan. So bila speaking pun macam spontan jugak. Habis tah hape bende dia merapu. Macam lawak dia jugak.

Berbalik kepada kontroversi mengaibkan orang tadi. So pelawak ni pun buat la permohonan maaf secara terbuka. Dia cakap, zaman sekarang ni zaman orang suke mengutuk orang. Hmm. Mungkin betul jugak cakap dia. Tapi sebelum aku bagitau kenapa aku cakap betul , aku nak story sikit tentang permohonan maaf secara terbuka yang dibuat pelawak ni. Dia memang memohon maaf. Tapi macam lawak dia jugak la, mohon maaf secara lawak, tak serius. OK, sekarang aku bagitau kenapa bila pelawak ni kata orang sekarang suke kutuk orang tu kenyataan yang betul. Sebabnye orang sekarang suke kutuk benda yang tak betul. Jadi betul la tindakan orang yang kutuk orang lain tu. Orang tu kutuk dia sebab dia buat lawak tak sensitif dan mengaibkan orang lain, so orang pun kutuk la dia. Betul la kan?

Lagi satu, mase pertama kali aku tengok muke pelawak ni dalam sebuah majalah, aku macam dah dapat rase yang mamat ni agak agresif dan totally bukan seorang yang serius bila buat sesuatu. Ada satu masa tu, aku macam dah kikis fikiran negatif aku terhadap pelawak ni. Tapi bila terjadi perkara macam ni, aku kembali kepada apa yang pernah aku rasa terhadap pelawak ni pada suatu masa dulu. Pelawak ni sememangnya tak sensitif dan juga tak boleh diharap , in bracket 'tak serius'.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)