博文

目前显示的是 三月, 2014的博文

Persamaan P.Ramlee dan Clark Gable

图片
P. Ramlee (22 March 1929 – 29 May 1973) William Clark Gable (February 1, 1901 – November 16, 1960
Persamaan mereka adalah dari sudut 'design' atau seni ukiran mustache atau istilah melayunya 'misai'. Clark Gable adalah aktor Hollywood kelahiran city of angel iaitu Los Angeles. Aktor James Dean juga berasal dari L.A.
P.S : Arwah ayah aku pun simpan misai. Dia kacak macam Clark Gable ni. Hehe.. Mase ayah aku sebaya aku sekarang, dia ade misai. Orang dulu2 suke simpan misai mungkin. Aku sentiasa shave. Aku dah 31 tahun.

WINDOWS 8 Yang Sangat Leceh

图片
Aku serik dengan WINDOWS 8 ni. Nak wat caner. Dah beli komputer baru, WINDOWS pun baru la jugak. Tapi tu la masalahnye...Salah aku jugak sebab terlupe nak buat 'manually update window' . So bende alah WINDOW tolong buatkan untuk dirinya sendiri . Kisah bermula pada suatu hari apabila aku ON komputer seperti biasa . Tiba-tiba kat STARTUP screen tertulis ' WINDOWS WILL BE RESTARTED IN 2 DAYS' . Bayangkan...2 Days!! Memang akan tergendala la semua keje. Bende dah canggih, tapi bersepah dengan masalah. Korang nak tau hari ni hari ke bape dah? Dah nak masuk hari keempat. So, berhati-hati la kalau korang pakai windows baru yang amat melecehkan ni.

P.S : Sebelum ni nak beli yang jenis TOUCH SCREEN sebab windows 8 ni memang DESIGN untuk TOUCH SCREEN. Tapi dalam hari tu ade je tak kene. Tak sesuai antara BUDGET dan INSTALLMENT lah, takde stok lah ( tapi letak gak kat DISPLAY). Tah hape-hape. Dua2 model yang aku nak tu tetibe takde dalam stok. Last2 yang aku dapat adalah komput…

Semalam di hotel

图片
Rase aku ini la hotel yang aku rasa paling terbaik. Sebenarnya aku dengan hotel dah lali sebab dulu aku selalu pergi macam-macam seminar dan kursus. Jadi dah banyak jenis hotel aku rasa pengalamannya. Hotel kat luar negara iaitu di Madinah, hotel lima bintang pun tak sama pengalaman macam ni. Ada 'sesuatu' yang menyebabkan aku rasa macam ni. Mungkin inilah hotel yang paling sesuai dengan jiwa aku. Tak ku sangka....

Pemandangan waktu malam.
Punca sebenar aku menginap kat hotel 4 bintang ni adalah sebab aku nak buat kerja guna wi-fi. Aku rasa wi-fi kat rumah macam ade masalah.  Selain tu adalah kerana aku nak release tension setelah berminggu-minggu hasrat ini terbantut dek pelbagai urusan yang tak sudah. Ade satu minggu tu memang aku rasa lapang tapi 2 ke 3 hari sebelum hari minggu, aku dah mule rase tak sihat, demam. Bila hari minggu je, aku terus demam. 2 hari aku terbaring je. Mungkin inilah berkat kesabaran . Dapat juga aku rase pengalaman yang mungkin akan lama kekal dalam…

Cinta adalah sesuatu yang tak pernah berlaku kepada aku.

Lagu ini menceritakan segalanya tentang aku. 'Jangan tunggu sehingga bahagia baru tersenyum tetapi tersenyumlah sekarang, pasti anda akan bahagia' . Bukan mudah...



I know just what to say
It's just a game I play
Now I'm here on my own

I'd like to be with you
I guess you always knew
Still I'm all alone

I know the history
got it all worked out

It never happens to me, it never happens to me
(maybe that's the way my life was meant to be)
It never happens to me, it never happens to me
(love is just the door that's locked and there's no key)
It never happens to me...

I know my every line
It's just a waste of time
Guess it's all such a shame

I've seen it all before
And everytime I'm sure
That it ends up the same

I know the history
got it all worked out

It never happens to me, it never happens to me
(maybe that's the way my life was meant to be)
It never happens to me, it never happens to me
(love is just the door that's locked and there's no key)
It neve…

Pentingkah Google pagerank?

Pada aku tak berape penting. Aku musykil juga dengan pagerank ni. Contoh paling mudah adalah blog aku ni. Korang tengok lah sendiri berapa page rank dia. Even blog dengan pagerank lagi rendah dari aku atau kosong sekalipun trafik sehari dia lagi banyak dari aku. Aneh bukan?

Aku mengaku yang aku ada beli backlinks. Bagi yang tak tahu, cara begini sebenarnya tidak digemari Google dan berkemungkinan akan dikenakan penalty oleh Google. Akibatnya blog kita mungkin akan di blacklist.

Seingat aku , pagerank aku naik dari 2 kepada 3 tak berapa lama selepas aku beli backlinks. Namun begitu, trafik tiada perubahan yang ketara malah bilangan backlinks semakin berkurangan hari demi hari. Akhirnya bilangan trafik semakin berkurangan tetapi pagerank masih kekal.

Terlintas di fikiran aku, siapa sebenarnya yang membuat Google Pagerank ini? Adakah Google sendiri atau pihak lain selain dari Google? Mungkin juga agen kepada Google. Sekiranya ada pihak lain yang 'memegang' Google Pagerank, ini be…

Peranan-peranan yang sinonim dengan wanita

Berikut adalah peranan-peranan yang sinonim dengan wanita :


IbuSurirumahSetiausahaModelPramugariAgen Perisik

Mungkin kepayahan adalah petanda

Blog ini diwujudkan atas suatu cita-cita. Mungkin ada yang dapat meneka. Tapi semuanya seakan terhalang. Entah kenapa keadaan selalu seperti ini. Aku tak akan menzahirkan kehairanan aku lagi, kerana aku dah tahu sebelum ia berlaku.

Aku mungkin lain sedikit. Aku mencuba sesuatu perkara tak macam orang lain. Aku hanya cuba tiga kali sahaja untuk sesuatu perkara. Kalau aku nampak petanda seperti kepayahan yang hampir sama dalam mencapai matlamat tersebut, aku akan cepat-cepat keluar atau berhenti daripada terus mencapai matlamat tersebut. Ya, memang perangai aku macam tu. Ada beberapa sebab yang relevan mengapa aku selalu buat macam tu.

Untuk memudahkan , biar lah aku ceritakan terus. Aku selalu ingin sesuatu pada sesuatu masa secara tiba-tiba. Contohnya, mase tu tinggal beberapa hari sahaja lagi tarikh tutup untuk aku mohon sambung pengajian. Aku perlu cepat kerana aku hendak menyelesaikan urusan aku untuk pergi ke luar negara atas urusan kerja. Entah bagaimana, pulang saja dari kampung…

Hujan kau turun jua akhirnya....

Masya-Allah. Tak ku duga setelah lebih 3 bulan tak hujan, akhirnya bumi ini basah jua  pada hari ini. Alhamdulillah.... Sebenarnya sejak beberapa hari lalu aku sering memerhatikan awan di langit. Selagi ada awan, harapan untuk hujan padaku memang sentiasa ada. Tadi pun sebelum hujan, cuaca seakan teragak-agak untuk membenarkan hujan. Tapi akhirnya awan membenarkan sebahagian dirinya untuk dilepaskan, lalu menjadi titisan air.

 Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, cuaca di Malaysia rase aku macam tak menentu. Fenomena apakah yang telah berlaku? Adakah alam ini cuba untuk memberikan amaran akan pengakhirannya? Nauzubillah. Kita semua pasti sentiasa mengharapkan masih ada masa untuk kita bertaubat dan sebagainya.Sama-sama kita renungkan...

Susah betul nak merancang ekonomi diri

Dalam hidup aku, ada 3 pemboleh ubah yang mempengaruhi emosi diri aku. Ia adalah fikiran, kerja dan material. Ketiga-tiga perkara ini aku harus rancang dengan sangat teratur supaya emosi aku sentiasa stabil. Kalau tak stabil alamatnya....angina pectoris. Ya, ini la yang sering aku alami bila stress aku memuncak. Senang cakap, angina pectoris ni macam sakit pedih di hulu hati. Puncanya....jantung.

Material memang sentiasa ada untuk aku rancang. Sape-sape pun mesti kena rancang benda ni  sebab material ni memudahkan kerja seharian. Contohnya barangan kesukaan dan juga barang keperluan. Tentang fikiran pulak, aku harus rancang macam mana nak bagi fikiran aku jadi tenang. Biasanya aku pergi bercuti. Tapi sejak sebulan yang lepas, aku belum sempat bercuti ke mana pun. Banyak sangat perkara yang nak diselesaikan. Ada sekali tu aku demam panas, langsung tak dapat keluar ke mana-mana. Cuti aku hanya terbaring saja.

Akhir sekali adalah kerja . Tak kisah ape kerja yang aku tengah buat samada ke…

Internet, komputer dan bangkai tikus

Sekarang ni tengah buat macam-macam usaha untuk pulihkan semua komputer aku yang dah semakin 'berat'. Aku pun tak tau ape lagi nak buat. Dah banyak duit habis. Ingat nak pakai laptop second-hand je. Masalah aku sekarang adalah internet yang terlalu lembap menyukarkan aku nak update atau design blog.

Sekarang ni aku dah bawak turun komputer aku ke tingkat bawah. Nak test kalau-kalau kedudukan komputer dari modem menjadi punca kelembapan internet. Malangnya selepas di test, terbukti bahawa ia bukanlah punca mengapa internet aku slow. Aku teringin sangat internet laju macam kat cyber cafe yang aku selalu gi. Senang nak buat kerja. Internet ape dia pakai pun aku tak tau. Tapi rasanyer STREAMYX yang gune kabel DSL tu. Akhirnya yang konvensional jugak yang terbaik. Wireless ni rase aku dia slow sebab penggunaan bandwith yang ramai di sesuatu kawasan yang sama. Tapi kalau gune kabel, dia macam unik bandwith sebab hanya satu saluran je yang akan dihantar ke user melalui kabel. Sebab t…

Ape kejadahnye semua ni?

Sejak insiden itu berlaku, macam-macam teori konspirasi yang dibangkitkan. Tapi kan, ntah kenape aku tak percaya sangat dengan kebanyakan teori-teori tersebut.

Antara teori yang pada aku agak dasyat giler adalah konspirasi tentang pihak luar yang cube ambil kesempatan berikutan insiden yang berlaku.

Insiden yang berlaku juga dikatakan telah dirancang sebegitu rupa untuk memudahkan campur tangan. Apa yang aku boleh simpulkan di sini pula adalah....ianya tak masuk akal.

Sebenarnya untuk apa campur tangan tersebut? Apa faedah yang pihak luar tersebut boleh dapat? Begitu banyak kuasa-kuasa besar dalam dunia ni, kenapa negara ini? Tak ke pelik di situ? Dan jika benar ia hendak campur tangan dengan negara tersebut, kenapa melalui negara ini? Sasar terus ke negara tersebut aku rasa lebih menjimatkan masa. Kalau sekadar hendak menguji sesuatu perkara tentang sesebuah negara, itu lebih tak masuk dek akal . Seperti atap yang yang bocor, tetapi lantai yang dibaiki.

Aku masih bersemangat

Aku masih bersemangat untuk mencuba. Tetapi keadaan kesihatan kadang-kadang meresahkan. Dalam 2,3 hari ni, banyak yang dapat aku belajar. Aku seronok. Cuma aku kekurangan masa senggang untuk aku aplikasikan apa yang dah aku pelajari.

Aku masih bersemangat walau dah beberapa kali tersungkur. Aku tak percaya kegagalan itu suatu takdir. Dan jika ia suatu takdir, aku tetap juga melawan. Kerana aku takkan biarkan takdir sebegitu menafikan kejayaan aku. Kalau tidak, mengapa kita disuruh berusaha.

Sekarang ni, aku hanya melihat ke belakang hanya untuk membetulkan segala strategi.