Aku masih bersemangat

Aku masih bersemangat untuk mencuba. Tetapi keadaan kesihatan kadang-kadang meresahkan. Dalam 2,3 hari ni, banyak yang dapat aku belajar. Aku seronok. Cuma aku kekurangan masa senggang untuk aku aplikasikan apa yang dah aku pelajari.

Aku masih bersemangat walau dah beberapa kali tersungkur. Aku tak percaya kegagalan itu suatu takdir. Dan jika ia suatu takdir, aku tetap juga melawan. Kerana aku takkan biarkan takdir sebegitu menafikan kejayaan aku. Kalau tidak, mengapa kita disuruh berusaha.

Sekarang ni, aku hanya melihat ke belakang hanya untuk membetulkan segala strategi.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)