Internet, komputer dan bangkai tikus

Sekarang ni tengah buat macam-macam usaha untuk pulihkan semua komputer aku yang dah semakin 'berat'. Aku pun tak tau ape lagi nak buat. Dah banyak duit habis. Ingat nak pakai laptop second-hand je. Masalah aku sekarang adalah internet yang terlalu lembap menyukarkan aku nak update atau design blog.

Sekarang ni aku dah bawak turun komputer aku ke tingkat bawah. Nak test kalau-kalau kedudukan komputer dari modem menjadi punca kelembapan internet. Malangnya selepas di test, terbukti bahawa ia bukanlah punca mengapa internet aku slow. Aku teringin sangat internet laju macam kat cyber cafe yang aku selalu gi. Senang nak buat kerja. Internet ape dia pakai pun aku tak tau. Tapi rasanyer STREAMYX yang gune kabel DSL tu. Akhirnya yang konvensional jugak yang terbaik. Wireless ni rase aku dia slow sebab penggunaan bandwith yang ramai di sesuatu kawasan yang sama. Tapi kalau gune kabel, dia macam unik bandwith sebab hanya satu saluran je yang akan dihantar ke user melalui kabel. Sebab tu laju. Rase aku la. Aku bukan ahli dalam bidang fiber optik bagai.

Masalah kedua dalam rumah aku ni adalah haiwan perosak yang dipanggil tikus. Siang tadi dapat juga aku temui bangkai tikus yang telah membusukkan bilik tidur aku selama beberapa hari. Memang meloyakan , tetapi aku terpaksa menggunakan seluruh kudrat yang ada untuk aku membuang bangkai yang busuk, berulat dan ....korang fikir la sendiri perkataan yang sesuai. Aku pun dah tak tau nak cakap ape dah . Sambil memakai sarung tangan getah dan mengikat hidung dengan kain, aku membuang bangkai tersebut bersama-sama kain yang telah dicemari bangkai tersebut. Eloklah dia mati pun. Kalau tidak, kita pulak yang bahaya nanti.

Akhir sekali adalah pengetip kuku . Entah kat mane hilangnya. Semua kuku-kuku kian memanjang. Kenapalah aku ni terpaksa sering menghabiskan masa hanya untuk mencari sesuatu.....ahhh!!!

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)