Постоянные читатели

on Leave a Comment

Semalam di hotel

Rase aku ini la hotel yang aku rasa paling terbaik. Sebenarnya aku dengan hotel dah lali sebab dulu aku selalu pergi macam-macam seminar dan kursus. Jadi dah banyak jenis hotel aku rasa pengalamannya. Hotel kat luar negara iaitu di Madinah, hotel lima bintang pun tak sama pengalaman macam ni. Ada 'sesuatu' yang menyebabkan aku rasa macam ni. Mungkin inilah hotel yang paling sesuai dengan jiwa aku. Tak ku sangka....

Pemandangan waktu malam.

Punca sebenar aku menginap kat hotel 4 bintang ni adalah sebab aku nak buat kerja guna wi-fi. Aku rasa wi-fi kat rumah macam ade masalah.  Selain tu adalah kerana aku nak release tension setelah berminggu-minggu hasrat ini terbantut dek pelbagai urusan yang tak sudah. Ade satu minggu tu memang aku rasa lapang tapi 2 ke 3 hari sebelum hari minggu, aku dah mule rase tak sihat, demam. Bila hari minggu je, aku terus demam. 2 hari aku terbaring je. Mungkin inilah berkat kesabaran . Dapat juga aku rase pengalaman yang mungkin akan lama kekal dalam ingatan.


video
Video dalam hotel waktu malam

Actually hotel ni bersambung dengan sebuah supermarket. Keluar je pintu hotel ni dah sampai supermarket. Mungkin ni salah satu sebab mengapa aku suke hotel ni. Parking dia dengan hotel pun sangat dekat. Naik 2 tingkat lif je.B1, G dan tingkat 1. Then sampai. Parking kat tingkat bawah saja. Dari lif tu, ada 2 simpang. Samada nak menuju ke hotel ataupun ke supermarket.

Aku check in lebih kurang pukul 7 malam. Memang orang tak ramai sebab esoknya hari kerja. Siang hari tu aku beli laptop baru. So, di samping buat kerja, aku nak test power laptop la sebenarnya :D . Hari tu juga cuaca hujan sekejap setelah 3 bulan lebih tak hujan. Memang Malaysia sekarang ni musim kemarau. Air pun dah kena catu bagi sesetengah kawasan. 

Malam tu lepas check in dan rehat kejap, aku turun dari hotel untuk ke supermarket. Actually supermarket ni pun tak ramai orang dalam pukul 7 malam ke atas. Kat supermarket ni , restoran fastfood yang ada cuma lah KFC . Ada juga beberapa outlet seperti Guardian dan Watson. Dulu supermarket ni famous gak. Tapi semenjak dibuka sebuah hypermarket berhampiran, supermarket ni jadi sedikit tenggelam.

So dinner malam tu aku makan KFC je la. Senang. Sambil aku buat kerja guna wi-fi hotel, aku pasang TV. Mule2 macam nak tengok bola. Tapi tengok match macam tak best , aku pun tukar siaran lain. Alih2 aku tak jumpe dah pulak siaran bola tu. Aku pun tengok je la ape yang ade. Filem cintan-cintun omputih. Ade 2 Taylor terkenal iaitu Taylor Swift dan Taylor Lautner belakon. Jadi lah..actually kisah pasal valentine. Macam sambung2 filem tu. Mule2 aku tengok Richard Gere yang berlakon, lepas tu tah macam mane , Ashton Kutcher ngan Jennifer Garner pulak. Last2 dua Taylor tu. Aku pun pening. Sebab nye aku tak berape fokus dengan filem tu, aku fokus dengan kerja dan laptop baru aku. Tak lame pas tu aku dah mule tersengguk-sengguk. Pejam celik pejam celik, aku dah tak larat celik lagi dah. Lepas isya' aku terus Zzzzz....

Pemandangan waktu siang

Ni la pemandangan waktu siang. Pagi-pagi tak banyak kete macam semalam. Berhadapan dengan hotel aku tu ada sebuah bangunan. Bangunan kosong. Jadi aku pun rase selamat la sikit kalau-kalau aku terlupe nak tutup langsir ke. Pagi tu aku breakfast . Cafe dia kat tingkat paling bawah sekali. Paling best 'time' breakfast tu adalah suasana dia yang baru lepas hujan. Maklumla , dah 3 bulan tak hujan. Aku makan tepi tingkap sambil menghirup kopi ala expresso. Haha! Memang express la jawabnye. Tapi suasana waktu tu memang sangat mendamaikan. Aku nampak suasana jalan yang basah lepas hujan dari dalam cafe. 

Lepas makan, waktu tinggal sejam setengah lagi untuk aku check-out. Aku relax sambil mandi dalam bath tub menggunakan sabun yang dibeli dari Guardian semalam. Lagi 15 minit pukul 12 tengahari, aku pun check-out......








0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg