Постоянные читатели

on Leave a Comment

Tiba-tiba aku dilanda masalah besar

Entah mengapa hari ni aku rasa hari paling tak best. Aku tak sangka aku boleh suka kat dia, yang mana kalau ditanya kepada semua orang, pasti tiada yang akan setuju dengan tindakan aku ni. Tapi inilah yang dinamakan soal hati, sukar untuk diungkapkan.

Aku tengok budak lelaki belasan tahun tu nampak baik. Dari cara dia bercakap dan melayan budak-budak, aku rasa dia innocent. Tapi siapa tahu sebab manusia ni macam-macam perangai, dari budak sampai la kepada orang tua. Bila tiba-tiba aku diserang rasa cemburu seperti ini, barulah aku sedar bahawa aku sebenarnya menyukai wanita itu. Tapi lagi sekali aku tekankan, korang semua pasti takkan setuju dengan tindakan aku.

Beginilah nasib. Aku pernah rasa bagaimana peritnya dikhianati. Dan episod duka seolah-olah hanya untuk diputar kembali tanpa memberi peluang aku merasa akan nikmat bahagia. Mengapa di dalam dunia ini, sesetengah manusia teramat sukar untuk berubah. Seperti aku, tidak pernah aku cuba berterus terang perasaan aku dengan ikhlas. Mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan jawapan yang mendukacitakan. Aku selalu menyedapkan hati padahal perkara tidak akan menjadi baik.
on Leave a Comment

Allah beli dari jiwa dan harta org2 mukmin dgn syurga.._^



Assalamualaikum w.b.t. =)

Sudah agak lama ana(mujtahidah) x menulis di sini..
Hmm,ana,klu nak menulis,suka mengajak diri ana n antum antunna semua berfikir..
but,dlm berfikir tu,kita kena jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sbg kayu ukur kita..pedoman kita dlm berfikir la kiranya..

Baiklah,skrg ni ana tgh baca novel 'Matahari' dan 'Remaja Harapan' by Hilal Asyraf.
Rata2 shbt kenal kan penulis ni?
Pd pendapat peribadi ana,saudara Hilal slalu menekankan ttg 'menjadi spt matahari' dlm stp karyanya..
Dan..bg ana,dia berjaya membuktikan yg dia 'dah menjadi matahari',buktinya? Penulisannya kini yg menembusi pasaran buku dan hati2 kita..
Jadi,ana nak mengajak kita sama2 berfikir,klu dia dah berjaya 'menjadi spt matahari',bagaimana pula dgn kita?
Adakah dah berubah kpd yg lebih baik? Utk Islam? Kerana cintakan ALLAH & Rasul-NYA..

Baiklah,alhamdulillah,sejak akhir2 ini,perkara yg inspiring ana adlh kalam ALLAH yg berikut:

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah: ayat 111)

Allah beli dari kita..(org2 mukmin)..jiwa n harta..dgn SYURGA!
Tidakkah itu satu tawaran n ganjaran yg hebat dari PENCIPTA kita??
Kita perlu memilih kehidupan yg kita nak di akhirat kelak..dan apa choice yg ada?
cuma SYURGA dan NERAKA je!
Jadi,kita kena pilih dari skrg..

Kita boleh ambil ibrah dari Surah Al-Fatihah..
ayat ke-6, "Tunjukilah kami jalan yang lurus,"
..:Jln yg lurus iaitu jln hidup yg benar, yg dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat:..
ayat ke-7, "(jalan yg lurus iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan(jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat."
..:Mereka yg dimurkai adlh mereka yg sengaja menentang ajaran Islam. Mereka yg sesat adlh mereka yg sengaja mengambil jalan lain selain ajaran Islam:..

Tafsir 'jln yg lurus' dan 'mereka yg dimurkai n sesat' tu ana petik dari Al-Quran & Terjemahan(Resm Uthmani) terbitan Al-Quran Darul Iman.



Ana ingat ayat ni(At-Taubah:111) terhenti di situ saja tp rupa2nya..
Semasa ana wat blogwalking,ana ada terjumpa satu blog ni..tp minta maaf,ana x ingat blog mane..
yg m'buatkan ana teruja ttg blog 'ni' adlh ayat Al-Quran yg terdapat di header blognye..

"Mereka(yang dibeli jiwa dan harta oleh Allah dengan syurga) itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji(Allah), mengembara(demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman." (At-Taubah: ayat 112)

Tadabbur..hayati..n amalkan! InsyaALLAH lillah..^_^ Yakin dgn janji ALLAH..

Ana nak sentuh ckit ibrah yg ana dpt drpd novel 'Matahari' dan 'Remaja Harapan'...
1- Bina hbgn yg kuat dgn Allah(m'abdikan diri kpd Allah dlm hidup), kita akan jadi kuat!
2- Iman adlh asas kpd kehidupan dan perjuangan.
.......klu xde iman, x percaya kpd Allah, kita x dptlah bertahan dgn ujian. Ble xdpt tahan ujian, x dptlah nak jadi kuat. Bila x kuat, mcm mana nak teruskan kehidupan?.......
3- Tidak berputus asa spt matahari,
......"Matahari bersinar stp hari, m'berikan cahaya kpd semua kehidupan. Walau ada yg m'cacinya kerana teriknya ia, walau ada yg tidak menyukainya kerana ia m'hapus malam, walau ada yg merungut krn dia mewujudkan bahang, dia tetap bersinar dan tidak pernah merajuk."......
4- Kita(remaja Islam,umat Islam) adalah harapan Islam!

Wallahua'alam. Berusaha mencontohi sifat2 Rasulullah ^_^
on Leave a Comment

Siapakah Lelaki Misteri Di Dalam Gambar?


 

As salam,

Semalam Angah aku share gambar yang diperolehi daripada kawannya yang sekarang mengerjakan umrah. Sewaktu berada di sana, mereka bergambar beramai2. Dalam jemaah tersebut, mereka terkejut kerana terdapat sesusuk tubuh yang turut bergambar bersama2 mereka. Mereka pasti siapa kerana bukan daripada jemaah mereka. Kawan Angah aku di posisi 2 dari kanan susuk tubuh berkenaan.


Aku cuba untuk menghubungi kawan Angah aku untuk mengetahui hal tersebut tapi dia masih lagi berada di sana untuk mengerjakan umrah.


Siapa lelaki misteri tersebut? Wallahua'lam, Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan dia bumi dan Dia jugalah sebaik2 perancang.
on Leave a Comment

SEBAHAGIAN PEMBOHONGAN SERTA KEKELIRUAN BERKAITAN ISRAK DAN MIKRAJ


Segala pujian bagi Allah tuhan sekalian alam, Dia yang telah menciptakan bumi, langit, Kursi, Arasy, tempat, masa dan semua makhluk, Dia wujud sebelum kewujudan makhlu, Dia bersifat azali lagi abadi dan Dia wujud tanpa bertempat dan tanpa berhajat kepada makhluk. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad juga buat keluarga baginda, para sahabat dan sekalian para pengikut mereka hingga akhir zaman.

Sebagai umat Islam yang sebenar, kita wajib beriman dengan perkara luar biasa atau ajaib yang secara adatnya tidak diterima oleh akal. Perkara ini berlaku kerana diberikan oleh Allah kepada para rasul^alayhimussalam yang diistilahkan sebagai mukjizat. Mukjizat tersebut diberikan oleh Allah kepada para rasul bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka bahawa mereka merupakan utusan Allah yang sebenar kepada umat manusia.

            Perkara luar biasa atau ajaib ini bukanlah cerita dongeng dahulu kala yang tidak berasas seperti yang dilemparkan oleh golonganOrientalis ataupun sebagaimana yang ditonjolkan dalam cerita-cerita kartun. Perkara mukjizat ini merupakan perkara usul atau asas dalam Islam yang mesti diimani mengikut disiplin ilmu Islam itu sendiri. Inilah antara keyakinan atau akidah yang membezakan antara umat Islam dengan umat yang lain. Keimanan atau kepercayaan dalam ajaran Islam bukan hanya beriman dengan perkara yang zahir, bahkan perlu kepada beriman dengan perkara yang ghaib. Seseorang itu masih tidak dianggap sebagai muslim jika tidak beriman dengan perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, dosa dan pahala.

            Antara mukjizat agung yang diberikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu^alayhiwasallam ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun ke-lima sebelum hijrah. Peristiwa ini melangkau jangkaan pemikiran manusia. Ini kerana Rasulullah diperjalankan oleh Allah pada waktu malam dalam tempoh yang singkat bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (israk), seterusnya dibawa melihat keajaiban dan keanehan ciptaan Allah yang berada di alam yang tinggi (malakut al-a’la) iaitu di langit dalam masa sebahagian malam sahaja (mikraj).

            Peristiwa ini berlaku pada diri Rasulullah untuk menunjukkan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada baginda yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Bukanlah suatu perkara yang besar, susah atau aneh bagi Allah tuhan alam semesta untuk melakukan sedemikian kerana Dialah tuhan yang telah menjadikan segala kewujudan ini dari tiada kepada ada.

            Berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj ini, umat Islam banyak mengambil berita-berita atau cerita-cerita yang tidak berasas atau tidak bersumberkan dari sumber yang sahih lagi boleh dipercayai. Berikutan dari itulah, maka banyak kisah yang diriwayatkan berkaitan Israk dan Mikraj ini adalah pembohongan semata-mata. Amat mendukacitakan kita sekiranya cerita atau kisah palsu berkaitan mukjizat yang agung ini dilontarkan dari mulut-mulut khatib di atas mimbar, penceramah-penceramah di masjid atau diajar dalam majlis-majlis ilmu turun temurun. Oleh yang demikian, di bawah ini dimuatkan sebahagian cerita-cerita palsu tersebut supaya kita dapat menghindari dan menjauhinya dari mempercayainya.

Pertama: Sesetengah orang percaya bahawa Mikraj merupakan satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullahsallallahu^alayhiwasallam sampai ke suatu tempat di atas langit yang ke tujuh dan di situlah Allah berada.
           
            Kepercayaan atau iktikad yang mengatakan Allah berada di atas langit - samada yang dimaksudkan langit itu secara umum atau dikhususkan kepada Kursi atau Arasy - sebenarnya sesat lagi kufur di sisi Ahlis Sunnah wal Jama^ah. Ini kerana kepercayaan sedemikian menisbahkan atau menyifatkan Allah berada pada sudut, arah, ruang atau tempat. Sedangkan akidah dan kepercayaan umat Islam yang sebenarnya ialah bahawa Allah jualah yang menciptakan segala-galanya yang ada termasuk tempat, ruang, arah atau sudut. Allah telah pun ada atau wujud sebelum itu lagi tanpa memerlukan arah, sudut mahupun tempat. Inilah yang dikatakan bahawa kewujudan Allah itu azali; iaitu kewujudan Allah tidak dijadikan oleh sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan. Tempat, arah dan lain-lain merupakan antara makhluk yang diciptakan oleh Allah. Inilah yang dikatakan bahawa kewujudan makhluk itu tidak azali; iaitu asal makhluk itu tidak ada kemudian ada kerana dijadikan oleh Allah. Oleh itu, maka mustahil bahawa Allah itu perlu atau berhajat kepada makhluk ciptaan-Nya sendiri sedangkan Allah telahpun wujud azali tanpa ada selain-Nya termasuk sudut, arah dan tempat.

            Al-Imam al-Qushayri meriwayatkan bahawa Al-Imam al-Shafi^irahimahullah berkata:
اعْلَمُوا أَنَّ الْبَارِئَ عَزَّ وَجَلَّ لا مَكَانَ لَهُ
Bermaksud: "Kamu ketahuilah  bahawa Allah azzawajalla tidak ada tempat bagi-Nya”.

            Al-Imam al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa Imam Ahlis Sunnah al-Imam Abu al-Hasan al-Ash^ari  berkata:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى لا مَكَانَ لَهُ
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala tidak ada tempat baginya”.

            Al-Imam Abu Mansur al-Baghdadi pula menyebutkan dalam kitab beliau al-Farq Bayn al-Firaq:
وَأَجْمَعُوا أَنَّهُ لا يَحْوِيهِ مِكَانٌ وَلا يَجْرِي عَلَيْهِ زَمَانٌ
Bermaksud: “Dan mereka (iaitu Ahlis Sunnah) telah berijmak bahawa Dia (iaitu Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlaku peredaran masa ke atas-Nya”.

            Inilah ijmak Ahlis Sunnah yang menunjukkan bahawa Allah wujud tanpa bertempat, sama ada di atas atau di bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang kerana kesemua arah tersebut adalah ciptaan Allah yang asalnya tidak ada kemudian ada kerana dijadikan oleh Allah. Begitu jugalah masa, tidak kira sebelum atau selepas, semalam, hari ini atau esok, pagi atau petang, siang atau malam. Barang sesiapa beriktikad berlainan dari apa yang disebutkan ini, maka mereka itulah yang digelar sebagai golongan Al-Mushabbihah iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk ciptaan-Nya sendiri. Golongan Al-Mushabbihah tersebut dihukumkan sebagai kafir oleh ulama Islam. Antara mereka ialah Al-Imam Abu Ja^far al-Tahawi; iaitu beliau berkata dalam kitab beliau al-Akidah al-Tahawiyyah:
وَمَن وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِن مَعَانِي الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ
Bermaksud: “…dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan suatu makna daripada makna-makna (sifat makhluk; antaranya seperti) manusia maka sesungguhnya dia telah  kafir”.

            Antara sifat bagi makhluk ialah kewujudannya yang memerlukan tempat. Perkara ini amat jelas bagi kita.

            Walaupun demikian, amatlah mendukacitakan kita kerana ada sebilangan orang yang menyandarkan diri mereka sebagai tok guru atau ahli ilmu mengelirukan orang ramai dalam permasalahan peristiwa Mikraj ini dengan mengatakan bahawa Rasul telah sampai ke suatu tempat yang merupakan markaz atau tempat Allah berada – kita berlindung dengan pertolongan dari kekufuran ini - . Pandangan atau ucapan sebegini hukumnya jelas kufur kerana menyifatkan Allah dengan satu sifat yang sama dengan makhluk. Pegangan seumpama ini disandarkan kepada sebahagian kandungan kitab murahan yang sudah tersebar yang di dalamnya tidak mengandungi akidah tanzih, iaitu akidah Ahlis Sunnah yang menyucikan Allah dari sebarang persamaan dengan makhluk-Nya. Contoh kitab tersebut ialah kitab Mi^raj Ibn ^Abbas yang dinisbahkan secara dusta kepada Ibnu Abbas. Perkara sebegini dan seumpamanya wajib diberi peringatan kepada umat Islam.

            Penjelasan sebenar berkenaan perkara ini ialah Rasulullah telah sampai ke tempat yang dikehendaki oleh Allah selepas sampai diSidratul Muntaha, dan di situlah baginda mendapat perintah Allah mengenai kefarduan solat. Begitu jugalah berkenaan Rasulullah berulang alik memohon agar waktu solat tersebut dikurangkan dari tempat Nabi Musa. Ini bukan bererti Nabi Muhammad berulang alik dari tempat Nabi Musa ke tempat Allah berada, bahkan sebenarnya berulang alik ke tempat asal yang baginda mendengar Kalam Allah yang azali tanpa suara, huruf dan bahasa, Allah menciptakan kekuatan pada hati Rasulullah sehingga baginda faham bahawa ini adalah wahyu daripada Allah mengenai kefarduan solat sehingga tuntutan lima puluh waktu solat sehari semalam dikurangkan kepada lima waktu sehari semalam. Inilah pegangan kita kerana Allah wujud tanpa bertempat.

Kedua: Sesetengah orang ada yang mengatakan bahawa peristiwa Mikraj berlaku dengan ruh sahaja tanpa beserta jasad.

            Pandangan di atas jelas bercanggah dengan apa yang tersebut melalui hadis-hadis yang sahih. Di dalam al-Quran terkandung satu ayat yang amat hampir kepada penjelasan yang berkaitan peristiwa Mikraj iaitu firman Allah taala:
وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَى. عِتدَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَى. عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى.
Bermaksud: “Demi sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) buat kali yang kedua di Sidratul Muntaha. Di situlah terletaknya syurga Ma'wa”, Surah al-Najm: ayat 13 - 15.

            Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad telah melihat Malaikat Jibril dalam rupa bentuknya yang asal; yang mempunyai enam ratus sayap pada malam Mikraj di langit yang ketujuh dalam keadaan sedar dengan ruh dan jasad.
            Antara hadis sahih yang menyebutkan berkenaan peristiwa Mikraj ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam kitab beliau Sahih Muslim bahawa Rasulullah  telah berkata:
ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ, فَقِيلَ:مَنْ أَنتَ؟
قَالَ: جِبْرِيلُ, قِيلَ: وَمَن مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ
Bermaksud: “Kemudian kami dibawa naik ke langit, maka dipohon pintu langit dibuka oleh Jibril, lalu ditanya: Siapakah kamu? (Jibril) berkata: (Aku) Jibril. Ditanya: Siapakah bersamamu? (Jibril) berkata: Muhammad”.

            Melalui jawapan Jibril tersebut, Jibril tidakpun berkata:“bersamaku ruh Muhammad”!!
           
            Di akhir hadis itu Rasulullah menceritakan:
فَنَزَلْتُ إلَى مُوسَى
Bermaksud: “Lalu aku turun kepada Musa”.
           
            Ketika itu Nabi Musa berada di langit yang keenam. Rasul tidakpun berkata: “Ruhku turun kepada Musa alaihissalam”.

            Oleh itu, apakah asas yang digunakan oleh golongan ini bagi menegakkan pandangan mereka bahawa Rasulullah di-Mikraj-kan dengan ruh sahaja?! Di manakah mukjizatnya peristiwa Mikraj ini bagi Rasulullah jika berlaku dengan ruh sahaja?!

Ketiga: Sesetengah orang yang jahil mengatakan Rasul berdiri di atas seketul batu dan batu tersebut terapung bersama baginda ketika berlakunya peristiwa Mikraj. Batu tersebut pula sekarang ini berada di dalam Kubah Batu (قُبَّةُ الصَّخْرَةِ) berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Palestin. Diceritakan bahawa batu tersebut terapung apabila Rasul berkata: “Tetaplah ditempatmu”. Maka batu tersebut pada sangkaan mereka sehingga sekarang berada dalam keadaan terapung. Kisah ini sama sekali tidak benar kerana hakikatnya batu itu tidak terapung dan keadaan ini dapat dilihat di Kubah Batu.
Keempat: Sesetengah orang mengatakan Allah menjadikan Rasulullah dapat mendengar suara Sayyidina Abu Bakar di langit ketika Mikraj agar baginda merasa tenteram dari ketakutan. Perkara ini tidak berasas sama sekali.

Kelima: Sesetengah golongan mengatakan peristiwa Mikraj merupakan perjalanan dalam tidur (رِحْلَةٌ مَنَامِيَّة).            Pandangan ini batil yang merupakan antara permainan Iblis dan tenteranya Jika demikianlah, maka di manakah mukjizat bagi baginda seperti sangkaan mereka?!

Keenam: Tersebut dalam kitab yang dinamakan Mi^raj Ibn ^Abbas yang disandar secara dusta kepada Ibn Abbas bahawa ada malaikat yang sebahagian dirinya terdiri dari api dan sebahagian lagi dari salji. Api tidak mencairkan salji dan salji tidak pula memadamkan api, dia mempunyai seribu kepala, bagi setiap kepala sejuta wajah, bagi setiap wajah sejuta lidah yang sentiasa bertasbih kepada Allah dengan sejuta bahasa. Cerita ini karut kesemuanya.

            Kitab yang dinisbahkan kepada Ibnu Abbas ini adalah tidak benar sama sekali dan penuh dengan akidah-akidah serta cerita-cerita yang kufur. Antara yang jelas menyalahi akidah Ahlis Sunnah ialah cerita bahawa Nabi menghampiri Allah sehingga hampir sangat seperti lengkungan dua hujung busur panah bahkan lebih hampir daripada itu. Cerita tersebut menisbahkan Allah mempunyai jarak  seperti makhlukNya. Di dalam kitab itu juga ada akidah yang menisbahkan anggota badan kepada Allah – Kita berlindung dengan Allah daripada kekufuran mereka ini -seperti kata-kata mereka:
فَوَضَعَ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يَدَهُ بَيْنَ كَتِفَيَّ فَشَعَرْتُ بِبردِ أَنَامِلِهَا
Bermaksud: “ Maka Allah subhanahuwataala meletakkan tanganNya diantara dua bahuku, maka aku dapat merasai kesejukan hujung  jari  jemari tangan-Nya”.

            Kata-kata ini menisbahkan anggota badan seperti manusia yang jelas kufur seperti yang diijmakkan oleh ulama Ahlis Sunnah.
  
Ketujuh: Apa yang diriwayatkan dari Saiyidatuna A'ishahradiyallahu'anha bahawa beliau berkata:
مَا فَقَدتُ جَسَدَ رَسُولُ اللهِ وَلَكِن أُسْرِيَ بِرُوحِهِ
Bermaksud: “Aku tidaklah kehilangan jasad Rasulullah, tetapi baginda  di-israk-kan dengan ruhnya”.

            Hadis tersebut tidak sabit. Matan dan sanad hadis ini telah dihukumkan sebagai da^if oleh Al-Qadi ^Iyad dalam kitab beliau al-Shifa,dan hadis ini juga diputuskan oleh al-Hafiz Ibn Dahyah sebagai mawdu^(hadis palsu). Perkara yang jelas bahawa hadis ini tidak thabit dari ^A'ishah ialah Rasulullah sallallahu^alayhiwasallam belum lagi bersama beliau sebagai suami isteri melainkan selepas hijrah. Apatah lagi bahawa Rasulullah diisrakkan  sebelum baginda bertunang dengan ^A'ishah.

            Demikian jugalah yang dikatakan bahawa Rasulullahsallallahu^alayhiwasallam bersabda:
أَتَانِي جِبْرِيلُ بِسَفَرْجَلَةٍ مِنَ الْجَنَّةِ فَأَكَلْتُهَا لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي فَعَلَقَتْ خَدِيجَة بِفَاطِمَةَ, فَكُنتُ إذَا اشْتَقْتُ إِلَى رَائِحَةِ الْجَنَّةِ شَمِمْتُ رَقَبَةَ فَاطِمَةَ
Bermaksud: “Jibril membawa buah safarjalah dari Syurga kepadaku, lalu aku memakannya pada malam aku  diisrakkan, kemudian Khadijah mula mengandungkan Fatimah. Apabila aku berasa rindu terhadap bauan Syurga maka aku menghidu tengkuk Fatimah”.

            Al-Dhahabi berkata bahawa perkara yang diriwayatkan ini suatupendustaan yang nyata yang dilakukan oleh Muslim ibn ^Isa al-Saffar. Ini kerana Fatimah telahpun dilahirkan sebelum kenabian Rasulullahsallallahu^alayhiwasallam, lebih-lebih lagi peristiwa Israk berlaku dua tahun sebelum hijrah. Demikian juga yang dikatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani rahimahullah.


Kelapan: Antara perkara dusta dan tidak sahih ialah apa yang diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah dan Jibril sampai di suatu tempat selepas Sidratul Muntaha, lalu Jibril berkata:
هُنَا يُفَارِقُ الْخَلِيلُ خَلِيلَهُ لَوْ تَقَدَّمْتُ لاحْتَرَقْتُ
Bermaksud: “Disinilah si kekasih berpisah dengan kekasihnya, sekiranya aku maju lagi nescaya aku terbakar”.

KesembilanSesetengah penceramah ketika mengingati peristiwa Israk dan Mikraj mereka membawa suatu cerita dusta dalam ceramah mereka bahawa Rasulullah sallallahu^alayhiwasallam bersabda kepada Allah: التحيات لله والصلوات والطيبات. Kemudian Allah taala berfirman: السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته. Lalu Nabi bersabda: السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين….selanjutnya hingga akhirnya.

            Ini satu pendustaan yang tiada asas baginya. Dalil yang membuktikan bahawa perkara di atas tidak sahih ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi; bahawa sebelum solat difardukan sebahagian para sahabat pernah menyebut suatu lafaz tashhahud di dalam solat mereka, iaitu: السلام على الله, السلام على جبريل, السلام على ميكائيل. Kemudian Rasulullah sallahu^alayhiwasallam bersabda kepada mereka:إِنَّ اللهَ هُوَ السَّلامُ, bermaksud: "Sesunguhnya Allah itu adalah al-Salam". Lalu baginda sallahu^alayhiwasallam mengajar mereka supaya mereka menyebut: السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

KesepuluhAntara perkara yang amat bahaya dan sangat tercela dalam perkara yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj ialah perkara yang disebut oleh Dr. Muhammad Husayn Haykal dalam karyanya Hayat Muhammad, halaman 189, cetakan kedua; iaitu dia berkata: "Maka dalam peristiwa Israk dan Mikraj dalam kehidupan rohani Muhammad ada suatu makna yang tinggi yang sehabis-habis tinggi, suatu makna yang lebih agung daripada makna yang mereka gambarkan. Dan makna yang sebahagiannya  terkadang dikeruhkan dengan khayalan ahli kalam merupakan suatu bahagian  yang bukan sedikit. Ketika Israk maka  kesatuan bagi kewujudan ini telah bersatu di dalam roh yang kuat ini berkeadaan sampai ke kemuncak kesempurnaan kesatuan. Di hadapan benak Muhammad dan rohnya tidak ada suatupun hijab masa atau tempat atau hijab-hijab yang lain pada saat yang boleh menjadikan hukum kita di dalam kehidupan secara nisbi yang terbatas dengan batasan-batasan keupayaan kita yang dapat dicerap yang ditadbir dan berakal. Pada ketika ini setiap batasan tersebut saling bercantum di hadapan pandangan Muhammad, dan seluruh alam berhimpun di dalam rohnya, lalu dia mendapati hakikat dirinya meliputi dari keazaliannya hingga keabadiannya".

Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dengan limpah rahmatnya kita menjadi umat yang terbaik berbanding umat-umat yang lain. Keistimewaan ini tidaklah didapati sekadar semata-mata kerana kita berada atau tergolong dalam umat Nabi Muhammad, tetapi keistimewaan tersebut mestilah didapati melalui keimanan dengan Allah dengan kepercayaan yang sahih, seterusnya melakukan serta menyuruh kepada kebaikan dan menghindari serta mencegah dari perkara yang keji lagi tercela di dalam agama, serta kita menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal. Mudah-mudahan perkara palsu yang berlaku atau digembar gemburkan berkaitan peristiwa bersejarah ini dapat kita hapuskan dengan rasa tanggungjawab sebagai individu muslim yang mencintai agamanya.
on Leave a Comment

Jenis gosip yang bahaya

Gosip bahaya kerana boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kepada orang yang digosip, menjatuhkan maruah orang lain dan sebagainya.

Kalau gosip supaya berhati-hati terhadap seseorang tu OK la jugak.

Kadang-kadang orang tersalah gosip akhirnya menjadi perbalahan sampai memudaratkan. Oleh itu berhati-hatilah semasa bergosip ye .


on Leave a Comment

Anwar akan dedah kan lokasi sebenar MH370 khamis nanti?


putrajaya_liesDATUK Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.
Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini.  Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.
Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?
Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.
Anwar memang mahu bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mengaku mempunyai pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, mungkin radar tu dia yang cipta atau sengaja mahu menipu rakyat dan melaga-laga kan negara lain dengan Malaysia.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pendedahan dari Anwar itu nanti.
on Leave a Comment

Bateri kotak hitam MH 370 bakal habis




Bateri kotak hitam MH 370 bakal habis dalam masa sehari lagi. Walaubagaimanapun harapan untuk menemui kotak hitam tersebut tetap ada kerana mengikut sejarah nahas pesawat Air France, ianya masih berjaya ditemui walau selepas 2 tahun pesawat itu terhempas di Lautan Atlantik.

Setakat ini,  Malaysia telah menggunakan aset termasuk 10 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 buah kapal bagi operasi SAR di Lautan Hindi.

Datuk Seri Hishammuddin yang baru pulang dari menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asian di Honolulu, Hawaii berkata bahawa negara-negara Asean perlu mengkaji semula teknologi satelit dan radar sedia ada.

Hari ini genap sebulan semenjak MH 370 dilaporkan hilang.
on Leave a Comment

Mengapa manusia menari

Manusia menari kerana banyak faktorSalah satu faktor dan juga merupakan faktor yang utama adalah kerana mereka berasa gembira. Menari dapat menenangkan fikiran, terasa seperti berada di awang-awangan.

Namun ada satu kisah tentang seseorang yang menari kerana bersedih. Dia adalah seorang lelaki. Lelaki ini adalah seorang penari. Sangat pandai menari. Dia jatuh cinta kepada seorang gadis dan gadis tersebut juga terpikat kepadanya kerana kepandaiannya menari. Tetapi entah mengapa, tidak lama selepas itu beberapa orang bercerita tentang perpisahan mereka. Lelaki ini amat bersedih dengan apa yang telah terjadi.

Semenjak itu, dia menari dan terus menari. Tujuannya adalah supaya kekasihnya datang kembali menemuinya. Setiap hari orang ramai akan melihat gelagat lelaki ini menari di jalanan. Tetapi tidak ramai yang tahu apa yang telah terjadi .

Suatu hari lelaki ini berhenti menari. Dia mula melipatkan tikar yang selalu digunakan untuknya menari. Dia kemudian beredar dan tidak lagi muncul-muncul.
on Leave a Comment

Ya Allah keluarkanlah aku dari kesedihan yang berpanjangan ini segera

Memang semua orang boleh bersabar. Semua orang boleh menunggu. Tapi manusia tak tahu sehingga bila dia dapat menunggu. Kerana manusia merasakan masanya terlalu singkat. Memang manusia boleh bersyukur. Tapi manusia tidak nampak bahagia yang berada di hadapan. Manusia khuatir tiada bahagia yang mendatang

Ya Allah. Jadilah aku seorang yang bersyukur. Sempurnakanlah imanku. Sempurnakanlah akhlak ku. Tinggikanlah darjatku. Muliakan lah aku. Ganti lah apa yang telah kau ambil dengan sesuatu yang lebih baik.
on Leave a Comment

Perempuan muda liar





Saya guna ke semua wang saya
Saya beli sebuah kereta lama yang menarik
Untuk seorang gadis mata bersinar
Ya, kamu tahu siapa kamu
Buat saya terjaga sehingga matahari terbit
Sehingga burung mulai memanggil nama saya
Rasanya saya selalu begini

Jalan ini bawa saya ke tempat salah
Tapi saya masih pandunya sepanjang malam, sepanjang malam

Oh, kamu semua perempuan muda liar Kamu buat saya jadi tak keruan Oh, kamu semua perempuan muda liar Kamu adalah kematian saya, kematian saya Oh, kamu semua perempuan muda liar Apa saja kamu lakukan Oh, kamu semua perempuan muda liar Saya akan selalu kembali kepada kamu, kepada kamu Saya telah sesat di bawah lampu-lampu ini Saya sesat dalam perkataan saya sendiri Mulai mempercayai penipuan saya sendiri Iaitu ' semuanya akan OK' Oh, saya masih impikan kehidupan yang mudah Lelaki bertemu wanita dan jadikan ia isteri Tetapi cinta tidak wujud Jika kamu hidup seperti ini Itu saja yang saya tahu, ya, saya tahu...
on Leave a Comment

MH 370 Antara Konspirasi, Hijack dan Misteri




Sedang kebanyakan pihak mengemukakan pelbagai teori konspirasi, saya juga rasa terpanggil untuk menulis kerana tidak mahu menjadi antara yang terakhir. Jadi di sini saya ingin mengemukakan pandangan yang langsung berbeza dan tiada kaitan dengan apa-apa konspirasi.

Saya mengatakan pesawat itu mungkin telah hilang secara misteri tanpa apa-apa konspirasi. Saya hanya cuma menyuarakan apa yang saya dapat rasakan berdasarkan pengetahuan saya. Tidak memaksa untuk anda menerima pendapat ini jika anda kurang menyenanginya.

Sebagai info, boleh dikatakan terdapat dua kawasan kehilangan kapal dan jet yang kerap berlaku di dunia ini .Yang pertama adalah di Bermuda Triangle iaitu di utara lautan Atlantik dan yang kedua adalah di lautan Pasifik berhampiran negara Jepun. Tetapi oleh kerana bilangan kes kehilangan kapal dan jet banyak berlaku di Bermuda sejak akhir 1940an, maka Bermuda Triangle lebih terkenal .

Sejak dari dulu lagi US sering membantu negara-negara yang mengalami kehilangan kapal dan pesawat secara misteri di lautan. Antaranya adalah negara Jepun. US pernah menghantar kapal perangnya melalui perairan di Jepun bagi membantu negara tersebut dalam misi pencarian mereka. Jadi tidak hairanlah jika US sekarang pun melakukan perkara yang sama terhadap Malaysia.

Sejarah kehilangan pesawat bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di dunia ini. Contohnya dalam kes kehilangan pesawat British South American Airways Star Tiger pada 30 Januari 1948  yang melakukan penerbangan dari Santa Maria Island Airport ke Bermuda . Tiada distress call dilakukan dan pesawat hilang tanpa sebarang kesan atau serpihan kemalangan dijumpai. Pesawat itu membawa seramai 25 orang penumpang dan salah seorangnya adalah wira perang dunia kedua iaitu Air Marshal Sir Arthur Coningham.



Pesawat mirip British South American Airways Star Tiger 

Contoh yang lain pula adalah kehilangan 5 buah pesawat tempur milik US yang sedang menjalani sesi latihan rutin dalam tahun 1945. Pesawat tempur tersebut adalah Flight 19 dan kehilangan dilaporkan berlaku di kawasan Bermuda Triangle iaitu di kawasan lautan Atlantik. Cuaca dikatakan sangat baik semasa sesi latihan rutin tersebut. Flight 19 memulakan penerbangan pada pukul 2 petang sebelum hilang dari kawalan pada pukul 3.45 petang (sesi latihan hanya tinggal beberapa minit sebelum pesawat mendarat). Kumpulan SAR (Search and Rescue) iaitu sebuah aircraft PBM Mariner yang mempunyai 13 orang krew  dihantar bagi menyiasat punca kejadian tersebut. Malangnya pesawat tersebut juga akhirnya  mengalami nasib yang serupa seperti Flight 19 iaitu hilang tanpa dapat dikesan di kawasan Bermuda Triangle tersebut. Dikatakan juga ketua kepada 5 buah pesawat Flight 19 iaitu sir Charles Taylor ada menghantar isyarat radio tentang beberapa perkara aneh sebelum pesawat itu hilang dari kawalan control tower. Antaranya mereka (termasuk 4 orang pesawat) menyatakan bahawa mereka telah tersesat di laluan di udara padahal ia adalah laluan yang biasa mereka lalui. Ada juga antara mereka mengatakan ternampak seperti lautan berwarna putih. Sejurus selepas isyarat terputus, menara kawalan mengeluarkan isyarat kecemasan. Sehingga kini tiada langsung berita tentang penemuan pesawat-pesawat ini.

Tidak kira samada jet peribadi atau penerbangan komersial seperti British Airways dan sebagainya, laluan di Bermuda Triangle tersebut adalah merupakan laluan udara biasa bagi setiap jenis pesawat. Ini kerana kejadian pesawat hilang bukanlah sesuatu yang selalu berlaku seperti juga kejadian nahas pesawat. Oleh itu, kawasan Bermuda Triangle hanyalah suatu gelaran tidak rasmi untuk merekodkan kes-kes kehilangan pesawat ataupun kapal yang pernah berlaku. Ironinya, setiap kali misi menyelamat dan mencari dilakukan di kawasan tersebut, ketika itu jugalah keadaan cuaca tiba-tiba menjadi buruk. Akhirnya misi SAR terpaksa ditangguh pada hari yang lain.


Pesawat yang hampir sama seperti Flight 19

Beliau merupakan juruterbang yang sangat
berpengalaman dan memiliki 2500 jam penerbangan 

Hanya selepas suatu peristiwa di mana sebuah kapal yang berlayar dari Kanada iaitu Derbyshire (diambil sempena nama sebuah jambatan di Liverpool, England) hilang dalam pelayarannya ke Kawasaki, Jepun dengan membawa beratus ribu tan bijih-bijih besi dalam tahun 1980 , barulah dikatakan ada kemungkinan peristiwa di Bermuda sebenarnya bukan sesuatu yang misteri lagi.


Kapal Derbyshire dikatakan terputus hubungan tanpa apa-apa isyarat kecemasan (distress call) dilakukan. Kapal tersebut membawa 44 orang anak kapal termasuk 2 orang isteri kepada anak kapal tersebut.  Ketika itu kapal tersebut hanya lebih kurang 200 batu lagi untuk sampai ke Okinawa, Jepun. Ribut taufan dasyat yang berlaku secara tiba-tiba dikatakan menjadi punca karamnya kapal tersebut. Enam minggu selepas kehilangan Derbyshire dilaporkan, sebuah kapal tanker Jepun telah menemui life boat milik Derbyshire. Dalam tahun 1994, Search and Rescue dilakukan dan menemui kapal yang karam tersebut sedalam 4KM di bawah dasar laut.




Kapal ini lebih besar dan lebih kukuh berbanding kapal Titanic. Karamnya kapal ini menjadi suatu tanda tanya dan misteri.

Persoalan juga timbul dengan kehilangan MH 370 secara misteri. Menurut pakar, walaupun transponder dimatikan, radar sebenarnya masih boleh mengesan di mana pesawat tersebut berada kerana terdapat dua jenis radar iaitu radar primer dan sekunder yang mempunyai fungsi tersendiri. Walaubagaimanapun di dalam kes MH 370 ini, kehilangannya adalah misteri kerana tiada kesan atau petunjuk yang dapat dijadikan sebab akan kehilangan pesawat ini.

Tiada distress call, tumpahan minyak yang bukan milik pesawat atau kapal dan juga keadaan cuaca yang baik bukanlah sesuatu yang pelik jika dikaitkan dengan kehilangan pesawat atau kapal kerana kejadian ini pernah berlaku di dalam sejarah. Tetapi ke semua ini juga bergantung kerana kejadian kehilangan MH 370 masih belum boleh dijadikan sesuatu yang konklusif selagi tiada sebarang petunjuk ditemui.

Doa dan harapan saya adalah agar misteri kehilangan MH 370 segera berakhir dan misi pencarian menemui kejayaan. Semoga dengan doa kita semua, suatu keajaiban akan berlaku dan segala persoalan akhirnya terjawab.



on 1 comment

Teknologi Berisiko Yang Masih Digunapakai Dalam Tempoh Satu Abad





Tidak dinafikan teknologi sebenarnya membantu dalam mengurangkan risiko. Namun begitu, ada juga teknologi yang canggih tetapi berisiko.

Contoh paling mudah dan juga berkaitan dengan isu semasa sekarang adalah Kapal Terbang. Walaupun pada hakikatnya kapal adalah pengangkutan yang dapat mempercepatkan masa perjalanan, namun tak kira kapal laut atau kapal terbang, kedua-duanya berisiko. Kapal laut berisiko karam dan kapal terbang berisiko terhempas.

Tidak dapat tidak, kerana pelbagai urusan manusia, maka pengangkutan-pengangkutan ini menjadi pilihan dan manusia berharap perjalanannya selamat padahal mereka mengetahui akan hakikat kejadian yang tidak diingini.

Sebenarnya, jika kita berfikir secara di luar kotak, kecanggihan teknologi seiring dengan risiko yang terpaksa kita hadapi. Cuba bandingkan kereta lembu dan kereta yang ada sekarang. Yang mana anda rasa lebih selamat? tentulah kereta lembu kan? teknologi zaman dahulu memang tidak canggih tetapi kurang risiko.

Manusia akan resah sekiranya mengalami perasaan tidak sedap hati secara tidak semena-mena. Bayangkan sekiranya seseorang itu tidak sedap hati ketika menaiki pesawat, apa yang akan berlaku? Mungkin dia akan panik , degupan jantung bertambah laju dan mungkin juga dia akan berisiko terkena serangan jantung. Ini semua adalah contoh perkara yang kita tidak ingini berlaku.

Jadi saya ingin membahaskan tentang bagaimana boleh manusia menjadi aman dan rasa selamat terhadap teknologi pengangkutan pada masa hadapan.

Saya merasakan pada masa hadapan, rasa selamat dan aman dalam perjalanan menggunakan pengangkutan adalah tidak mustahil. Pada masa hadapan, pengangkutan berisiko tinggi seperti kapal terbang tidak lagi digunakan. Kita akan menggunakan kaedah teleportasi. Hilang di satu tempat dan muncul di tempat lain dalam selang masa menghampiri 0 saat. Ia berkait rapat dengan prinsip ruang dan waktu.

Kaedah ini sebenarnya lebih berisiko tinggi berbanding kapal terbang. Ini kerana apabila sesuatu benda 'dihilangkan', kemalangan yang boleh berlaku adalah , benda tersebut tidak akan langsung muncul di mana-mana tempat sekalipun. Jika benda itu benda bernyawa, maka ia dipanggil kemalangan berupa kematian yang tidak boleh dijumpai kesan atau fizikal . Tetapi pengangkutan pada masa hadapan ini dapat mengurangkan tekanan yang manusia terpaksa hadapi setiap kali menggunakan pengangkutan pada masa sekarang.




Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg