Aku Kembali

Nak citer sikit je pasal tajuk kat atas. Aku kembali menulis sebenarnya. Full stop. Jangan marah...

Selanjutnya nak citer pasal peristiwa semalam. Family aku balik kampung, tinggal aku sensorang kat umah. So malam tu ingat nak gi cari sendiri makan. Tiba-tiba teringin lak nak makan sup daging. Mula-mula nak beli kat depan umah je la kalau ade. Tapi biase lah, aku mesti nak tengok dulu keadaan. Kalau OK aku pegi, tak OK, aku cari tempat lain. Susah sebenarnya jadi diri aku. Tak yakin pada diri sendiri. Bukan apa. Aku pernah mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai aku trauma. Pengalaman ditampar oleh orang gila. Sejak tu aku memang tak berani lagi pegi tempat yang ada ramai orang berkumpulan sorang diri.

Aku drive cari tempat lain. Jauh sikit. Banyak kedai-kedai masakan Pattani kat sepanjang jalan nak ke pekan. Tapi semua boleh dikatakan terlalu ramai manusia. Lagi satu, bila aku jalan sorang diri. Aku selalu menjadi tumpuan. Orang tengok aku macam nampak artis. Pelik gile. Sebab tu la aku selalu segan keluar sorang diri. 

Last-last kat traffic light merah aku terambil salah lorong. Aku ikut je ke mana roda dan stereng kereta aku nak bawa. Last-last masuk highway. Aku tak give up. Terus mencari. Lalu lagi kat depan umah. Ade lagi mamat-mamat dok lepak depan kedai tu. Runsing aku tengoknya. Biasanya mamat-mamat macam tu Indon. Tapi aku takut la kalau Melayu. Mesti kena pandang semacam je. Akhirnya aku sampai umah. Buka fridge. Tengok ade lagi oblong dan mee rebus beku. Aku pun steam kan. Terisi jugak perut aku yang tak la lapar mane pun. 

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)