Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

Internet di Malaysia lembab -Ookla




Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyuarakan keraguan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung data online yang dikeluarkan Ookla mengenai kelajuan jalur lebar Malaysia.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan, hari ini,
berkata keraguan Ahmad Shabery bukannya tidak berasas.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa ujian kelajuan jalur lebar sudah dijalankan dan diterbitkan pelbagai pihak yang menggambarkan keputusan berbeza-beza," katanya. 
Mohamed Sharil berkata, setiap ujian kelajuan jalur lebar diukur menggunakan
kaedah yang berbeza yang menyebabkan hasilnya berbeza-beza.
Dilaporkan bahawa Ookla dalam kajiannya baru-baru ini memberikan purata penarafan kelajuan jalur lebar Malaysia pada 5.48 Megabit sesaat (Mbps), lebih
perlahan berbanding Vietnam dan Kemboja.

Ketika Ahmad Shabery diminta mengulas kajian itu berkata, beliau agak ragu-ragu dengan kajian global Ookla.

Ookla adalah peneraju global dalam ujian jalur lebar dan aplikasi diagnostik rangkaian berasaskan web. Perisian dan perkaedahan syarikat itu menetapkan standard industri jalur lebar untuk ketepatan, populariti, mudah digunakan dan seterusnya pembentukan data statistik.

Mohamed Sharil berkata, keputusan berbeza-beza boleh didapati dalam ujian kelajuan jalur lebar memandangkan terdapat pelbagai laporan selain Ookla seperti
Akamai dan International Telecommunication Union (ITU).

"Sebenarnya, jika anda lihat keputusan ujian Ookla, purata kelajuan jalur lebar di Kuala Lumpur adalah 6.29 Mbps dan malah Pantai (satu lokasi di Kuala Lumpur) menunjukkan kelajuan purata setinggi 21.84 Mbps.

"Semuanya bergantung kepada dari mana ujian itu diadakan dan berapa banyak
bandar raya dikira," katanya.

Mohamed Sharil berkata, Malaysia mempunyai pasaran penyedia Perkhidmatan
Internet (ISP) yang mantap dan bertenaga, dan sesetengahnya menawarkan kelajuan
yang lebih tinggi daripada yang lain.

Oleh itu, apabila ujian kelajuan dijalankan, keputusannya adalah purata,"
katanya. - Bernama

Комментариев нет:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->