跳至主要内容

Tidak pernah lupa hidup susah


Meskipun usianya baru mencecah 12 tahun, namun jika diukur pada dugaan hidup pernah dilaluinya cukup memeritkan. Ditinggalkan bapa ketika dalam kandungan ibu dan dibesarkan serba kekurangan nyata amat memilukan.
Namun, seteguh nama ‘Tegar’ yang diberikan ibu tersayang membuatkan bintang cilik terkenal dari Indonesia ini tabah dan cekal mengharungi cabaran hidupnya.
Bagi Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, inilah takdir yang sudah diatur Allah SWT.

Semoga terus tabah mengharungi dugaan hidup, Tegar kini seronok mengejar impian. Kini, dia bukan sekadar mampu mengubah nasib keluarganya tetapi berupaya memiliki apa saja harta yang diinginkan.

Pada usia masih muda, Tegar sudah memiliki koleksi peribadinya iaitu dua motosikal termasuk tiga gitar dan tiga ukulele. Selain itu, dia juga memiliki tabungan sendiri.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)