博文

目前显示的是 六月, 2014的博文

Dia merupakan suatu fenomena dan bukti kebesaranNya

Felixia Yeap. Pada aku ini adalah suatu miracles. Miracle yang datang dari dzat yang maha agung. Dia berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa saja, tak kira insan itu sememangnya telah Islam, bukan Islam, latarbelakang hidup yang baik, apatah lagi jika dia bukan seorang Islam hatta sejarah hidupnya juga dianggap terlampau oleh masyarakat. Tetap tiada sesiapa yang dapat menghalang perubahan tersebut daripada berlaku.

Aku ingin memiliki apa yang diberi kepada Felixia. Anugerah tak terhingga. Ketenangan sebening embun yang mengalir di waktu pagi. Bertuahnya dia.

Selagi kita bernyawa, masa untuk berubah ke arah kebaikan sentiasa ada. Mari kita berusaha mencapainya, agar kita sempat kembali ke pangkal jalan, sebelum ajal menjemput.

LUAHAN SAYU ORANG PERTAMA JUMPA REMAJA OKU

图片
"DIA BARING BERALASKAN LANTAI, BERGELUMANG NAJIS DAN SISA MAKANAN" - LUAHAN SAYU ORANG PERTAMA JUMPA FIRDAUS | Orang Pertama Jumpa Firdaus Cerita Detik Yang Hiba Dari laporan SinarHarian, seorang wartawan berjaya menemuramah Faizal Fazri, Pengarah Imegresen dan orang pertama yang menjumpai Firdaus. 
Jom baca laporan penuh di bawah: 
SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi. 
Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk. 
Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa. 
Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ. 
Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara ruma…

Kaitan umur keturunan manusia dan masa

图片
Dikatakan bahawa usia Nabi Adam A.S lebih kurang 1000 tahun. Kalau begitu, pada usia berapa pula Nabi Adam mengalami penuaan? Atau dengan kata lain, setelah Nabi Adam A.S memiliki zuriatnya iaitu Qabil, Habil dan 2 orang lagi saudara perempuan  mereka, pada usia berapa pula Nabi Adam A.S bergelar datuk?

Saya merasakan Nabi Adam tidak mengalami penuaan atau menjadi seorang datuk pada usia kebanyakan manusia hari ini, iaitu dalam lingkungan 50 tahun ke atas. Oleh kerana purata usia manusia dahulukala adalah hampir 1000 tahun, maka jika dinisbahkan 1000 bersamaan 100, maka Nabi Adam mungkin menjadi seorang yang tua pada usia lebih kurang 600 tahun (bersamaan 60 tahun usia manusia sekarang).

Kita boleh andaikan Nabi Adam dan beberapa generasinya mengalami peningkatan usia 10 tahun sekali berbanding manusia zaman sekarang. Maksudnya apabila 50 tahun masa berlalu, manusia pada zaman Nabi Adam mungkin kelihatan hanya seperti kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Dengan kata lain, pertumbuhan ma…

Esok puasa

Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad, 29 Jun bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 


Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia. 

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). - BERNAMA

Bagaimana daftar GOOGLE ADSENSE

Aku pernah daftar. Jawapan yang aku selalu dapat 'UNSUPPORTED LANGUAGE' , 'INSUFFICIENT CONTENT' .

Blog aku dah lebih 6 bulan. Siap ade PRIVACY POLICY, DISCLAIMER, macam2 lagi lah menatang yang patut ada. Still, aku masih di UNAPPROVED oleh ADSENSE. Cipan jugak la rase.

Cuma aku tak pernah try daftar letak negara INDONESIA dalam FORM register ADSENSE tu.

Korang cube lah. Mane tau kot2 jadik. Aku ade pakai domain dot com. Pun tak jadik. Hampeh jugak le rase..

Dengar cerita GOOGLE ADSENSE tak suke blog COPY PASTE. Aku ade gak blog bukan COPY PASTE. Pun tak jadik. Tenuk jugak le...rase. Bukan aku....tenuk...

Sekarang aku pakai lain punyer publisher. Boleh la...

Oh ya, aku penah gak try INNITY. Trafik aku banyak jugak la . Sehari lebih 2K. Tapi diUNAPPROVED . Nape ek?


Pasukan-pasukan yang dijangka finalis

Germany, Brazil, Netherlands, Italy. Mungkin juga perlawanan ulang tayang Piala Dunia 2002 antara Brazil dan German atau juga mungkin Piala Dunia 1994 antara Brazil dan Italy pada perlawanan akhir.

Pasukan yang aku ramal menjulang piala adalah Brazil. Pada mulanya aku menjangka England bakal termasuk dalam finalis seperti dalam tahun 1966.  Selepas kekalahan kepada Italy, aku rasa peluang England tipis.

Betul juga cakap orang-orang dari Amerika Latin. "Orang Inggeris yang menciptakannya(permainan bola sepak), (tetapi) orang Amerika Selatan yang menyempurnakannya (menjadi juara bola sepak)".

Dialog Sepi

图片
Adam : Belum....

Hawa : Takkan takde kot...orang hensem macam awak...

Adam : Sebenarnye...takde ape lagi yang tinggal pada saya. Saya rase macam...saya tak ingin apa-apa lagi.

Hawa : Bunyi macam kecewa je?

Adam : Memang saya pernah dikecewakan pun. Rase nak mati.

Hawa : Tak baik awak cakap macam tu. Kita kan ada agama. Lebih baik awak mengucap.

Adam : Lailahaillallah...wa ash ha du anna muhammadar rasulullah....

Hawa : Kalau awak ingin cerita, saya sudi mendengar...

Adam : Sebenarnya saya kurang suka terhadap perempuan. Ada beberapa sebab. Saya tak faham dengan perempuan. Pada saya, perempuan adalah golongan yang pandai membuat helah. Tidak jujur...

Hawa : Tak semua perempuan macam tu...mungkin awak belum jumpa dengan yang benar-benar ikhlas. Seseorang yang akan mengubah hidup awak. Percayalah...

Adam : Entahlah. Tapi hati ini masih terluka. Sejak kecil lagi saya dah benci perempuan. Bila dewasa, saya dikecewakan lagi, oleh perempuan juga. Saya tak dapat terima semua ni.

Hawa : Saya d…

Uruguay, Sepanyol terima kejutan hampir serupa

Piala dunia kali ni menyaksikan pelbagai kejutan. Juara bertahan Sepanyol menerima kejutan apabila tewas dengan jumlah jaringan yang besar manakala pasukan pilihan, Uruguay tewas 3-1 kepada pasukan bukan pilihan iaitu Costa Rica walaupun mempunyai pemain hebat seperti Diego Forlan dan Luis Suarez.

Pada Piala Dunia 2002 yang lalu, semasa Korea dan Jepun menjadi tuan rumah bersama, juga menyaksikan kejutan yang hampir sama apabila banyak pasukan pilihan tersingkir awal pada pusingan pertama seperti France, manakala pasukan bukan pilihan yang baru pertama kali menyertai Piala Dunia seperti Senegal mempamerkan aksi memberangsangkan apabila berjaya menewaskan juara bertahan seperti France.

Italy juga tewas pada pusingan kedua kepada Korea Selatan. Perlawanan akhir antara Germany dan Brazil berkesudahan Brazil menewaskan Germany 2-0.

Perlawanan yang signifikan

England VS Italy . Hmm.. Prediction? England akan menang. Perlawanan ni juga adalah perlawanan bagi menebus maruah di atas kekalahan England sebelum ini kepada Italy dalam Euro 2012 . Sama kesnya seperti Spain dan Netherlands di dalam Piala Dunia 2010.

England kalah di dalam penentuan penalti, 2-4.

Belanda kenduri gol

图片
Kali ni Spain tidak lagi bermaya seperti Piala Dunia lalu. Setakat sekarang yang aku tengok dah bolos 5 gol kepada Belanda. Kelemahan barisan pertahanan yang ketara oleh Sepanyol.

Aku hairan juga kerana kali ni hantaran pendek Tiki-Taka kurang dipraktikkan sebaliknya Sepanyol sering menghantar bola tinggi terus ke atas, suatu cara permainan yang sebelum ini sangat jarang dilakukan oleh Sepanyol.

Di sini aku senaraikan beberapa faktor yang mungkin :

1 ) Disiplin pertahanan yang tidak memuaskan
2 ) Kurang bernafsu kerana telah 2 kali menjadi juara peringkat antarabangsa
3 ) Kehadiran pemain lawan yang masih berbisa seperti Arjen Robben dan Van Persie
4 ) Faktor usia pemain Sepanyol
5 ) Terlalu menumpukan kepada serangan berbanding pertahanan. Kemasukan Pedro dan Fabregas.
6 ) Ketiadaan pemain berpengalaman seperti Charles Puyol

Jadual Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia

图片
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penantian peminat bola sepak dunia menunggu Piala Dunia FIFA 2014 sudah sampai di kemuncaknya. jam 4.00 am waktu Malaysia, 13/6/2014 sepak mula perlawanan Brazil vs Croatia akan menjadi pembuka tirai kepada 64 perlawanan Piala Dunia 2014. 
Pasukan piala dunia Brazil 2014 Beza waktu antara Malaysia dan Brazil kira-kira lewat 11 jam pasti memberi sedikit cabaran kepada peminat bola sepak untuk menonton live Piala Dunia 2014. Majoriti perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil bermula seawal jam 12.00 am dan paling lewat jam 6.00 am waktu Malaysia. Aku akan tengok mana yang boleh sahaja selebihnya tengok sahaja berita terkini Piala Dunia 2014 yang pasti ada di Facebook, Twitter dan blog terutama blog Piala Dunia FIFA sahabat kita Wan Gerrad atau pun lansung ke website rasmi World Cup FIFA 2014. Pasukan piala dunia Argentina 2014 Kepada sahabat-sahabat yang mencari Jadual lengakap Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia boleh rujuk di SINI. Terima kasih kepada bl…

Highlight Perlawanan Pembukaan WC 2014 Brazil VS Croatia semalam

Ini je video highlight yang aku jumpe. Ulasan dalam Bahasa Arab. Kebetulan semalam aku tak larat bangun. Dah subuh baru terjaga. Seperti yang dijangka, Brazil mengatasi Croatia. Bagi aku Croatia memang bukan calang-calang pasukan. Tapi kali ni Brazil juga memang banyak advantage kerana faktor tuan rumah dan juga penampilan pemain terbaik seperti Neymar.

World Cup kali ni aku predict Brazil jumpe Spain di final. Selama bertahun-tahun ni aku memang sokong Spain. Semenjak euro 2008. Mase tu tak ramai orang sokong Spain. Ramai yang meminati team seperti France, Italy dan German. Aku sokong Spaim mungkin kerana mase tu ade pemain yang aku paling minat dan pernah bermain di kelab Liverpool iaitu Fernando Torres. Aku peyokong setia Liverpool.

2010 pun aku masih sokong Spain . Untuk kali ni, aku rasa mungkin sukar. Piala Dunia mungkin akan kembali ke Brazil.

Ingin menanyakan pendapat

Assalamua'alaikum....


Saya ingin meminta pandangan rakan-rakan tentang blog saya ni. Apa pandangan rakan-rakan sekalian dari segi warna, design dan penulisan blog?

Segala pandangan dan cadangan dari rakan-rakan sekalian amat saya hargai. Boleh lontarkan segala pandangan dan cadangan tersebut di ruangan komen. Terima kasih.

Mesej tentang konsep mimpi di dalam filem yang mirip dengan kehidupan seharian kita

Babak di atas adalah salah satu daripada petikan di dalam filem THE VANILLA SKY. Sebenarnya babak ini menceritakan tentang mimpi David Aames (Tom Cruise).

Permulaan babak di atas menunjukkan daun-daun sedang luruh. Saat ini adalah di mana mimpi David Aames baru bermula. Babak sebelumnya di dalam filem ini menunjukkan David Aames mengalami kemalangan bersama Juliana@Julia Gianni (Cameron Diaz).

Apa yang menarik perhatian aku tentang video di atas adalah adegan di dalam mimpi tersebut iaitu David Aames berjumpa dengan kekasihnya, Sophia Serrano (Penelope Cruz) .Mimpi ini tersangat indah bagi David Aames. Pada mulanya, David Aames tidak sedar bahawa dia berjumpa Sophia sekadar di dalam mimpi.

Bagi aku apa yang David alami adalah sama seperti aku dan mungkin kita semua pun begitu. Semasa kita bermimpi, tidak semua memori akan kita bawa bersama. David Aames menceritakan kepada Sophia bagaimana dia mengalami kemalangan yang diakibatkan oleh Julia. Kemalangan tersebut berlaku selepas dia me…