Dia merupakan suatu fenomena dan bukti kebesaranNya

Felixia Yeap. Pada aku ini adalah suatu miracles. Miracle yang datang dari dzat yang maha agung. Dia berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa saja, tak kira insan itu sememangnya telah Islam, bukan Islam, latarbelakang hidup yang baik, apatah lagi jika dia bukan seorang Islam hatta sejarah hidupnya juga dianggap terlampau oleh masyarakat. Tetap tiada sesiapa yang dapat menghalang perubahan tersebut daripada berlaku.

Aku ingin memiliki apa yang diberi kepada Felixia. Anugerah tak terhingga. Ketenangan sebening embun yang mengalir di waktu pagi. Bertuahnya dia.

Selagi kita bernyawa, masa untuk berubah ke arah kebaikan sentiasa ada. Mari kita berusaha mencapainya, agar kita sempat kembali ke pangkal jalan, sebelum ajal menjemput.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)