Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

Mesej tentang konsep mimpi di dalam filem yang mirip dengan kehidupan seharian kita





Babak di atas adalah salah satu daripada petikan di dalam filem THE VANILLA SKY. Sebenarnya babak ini menceritakan tentang mimpi David Aames (Tom Cruise).

Permulaan babak di atas menunjukkan daun-daun sedang luruh. Saat ini adalah di mana mimpi David Aames baru bermula. Babak sebelumnya di dalam filem ini menunjukkan David Aames mengalami kemalangan bersama Juliana@Julia Gianni (Cameron Diaz).

Apa yang menarik perhatian aku tentang video di atas adalah adegan di dalam mimpi tersebut iaitu David Aames berjumpa dengan kekasihnya, Sophia Serrano (Penelope Cruz) .Mimpi ini tersangat indah bagi David Aames. Pada mulanya, David Aames tidak sedar bahawa dia berjumpa Sophia sekadar di dalam mimpi.

Bagi aku apa yang David alami adalah sama seperti aku dan mungkin kita semua pun begitu. Semasa kita bermimpi, tidak semua memori akan kita bawa bersama. David Aames menceritakan kepada Sophia bagaimana dia mengalami kemalangan yang diakibatkan oleh Julia. Kemalangan tersebut berlaku selepas dia meninggalkan kediaman Sophia pada suatu pagi, iaitu selepas mereka semalaman bergurau senda untuk mengenal hati budi masing-masing.

Ironinya, David langsung tidak ingat tentang majlis hari jadi yang diadakan di apartmentnya di mana dia bertemu dengan Sophia dan jatuh hati, kemudian menghantar Sophia pulang ke kediamannya. Video di atas menunjukkan pada minit 2:41, David Aames terkedu apabila Sophia mengatakan perkataan-perkataan seperti "strappy shoes", "sweet and sour", "the saddest girl to ever hold a martinee", "red dress" dan beberapa lagi perkataan yang serta-merta menyebabkan David mulai sedar bahawa dia sedang bermimpi, dan kenyataan bahawa mukanya yang parah serta hodoh akibat kemalangan kembali menghantui. Perkataan-perkataan yang disebut oleh Sofia itu merupakan perbualan David Aames, Sophia dan seorang lagi rakan mereka iaitu Brian semasa majlis hari jadi David.

David Aames melepaskan dakapan Sophia dan membiarkannya berlari pergi. Mungkin mimpi tersebut menyedari bahawa David telah mengetahui gurauan yang dilakukan oleh mimpi tersebut.(kerana itu Sofia berlari pergi)

Babak berikutnya menunjukkan David sedang berkata-kata di dalam hati bahawa mimpinya adalah suatu gurauan kejam, sentiasa memprovokasi dirinya, walaupun dia cuba mengawal mimpi dengan cuba membayangkan bahawa dia sedang terbang bebas tetapi gagal.(Kemungkinan besar David terjaga sejurus selepas itu)

Inilah apa yang cuba aku sampaikan. Mimpi sebenarnya sukar dikawal kerana ia berkaitan dengan minda separa sedar kita. Ia adalah sesuatu yang sangat kuat. Contohnya jika kita impikan kejayaan,  kita tidak sedar bahawa keinginan di luar kawal kita itu sedang mengawal tubuh badan kita bagi mencapai kejayaan yang kita impi@mimpi kan . Semuanya bermula dengan mimpi. Tanpa impian, mustahil ia akan menjadi suatu realiti.

Комментариев нет:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->