Kenalkah Anda Dengan Pakcik Berkopiah Putih Ini?

 

Sekali pandang nampak semacam pakcik kampung biasa kan.Cube teka siapakah beliau? Beliau adalah orang penting kepada rakyat. Berasal dari Kelantan. Sebuah negeri di bawah pimpinan kerajaan PAS. Perkara ini boleh dikatakan amat jarang berlaku kepada mana-mana individu seperti beliau.  Bila dilihat betul-betul barulah  perasan bahawa beliau bukan calang-calang orang tetapi seorang menteri iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang mesra dipanggil Tok Pa. 

Bukan kisah baru, beliau yang yang juga Ahli Parlimen Jeli merupakan pemimpin yang disegani rakyat Kelantan kerana sering mengamalkan sikap sederhana dan tawaduk. Tidak hairanlah, beliau memenangi kerusinya dengan majoriti besar setiap kali pilihan raya. 

Terbaru, Tok Pa dipuji ramai apabila berkongsi gambarnya di Facebook menaiki kereta sewa dari Air Puteh ke Bandar Jeli. Sedangkan dengan kedudukan dimiliki, beliau boleh sahaja ke sana ke mari tidak kira atas apa tujuan sekali pun dengan berkenderaan mewah dan selesa. 



Boleh dilihat, rata-rata komen bukan sahaja memuji malah tidak terkejut apatah lagi melabel beliau sebagai berpura-pura kerana peribadi Tok Pa yang gemar bersederhana bukan satu rahsia. Tahniah diucapkan, diharapkan lebih ramai lagi dapat mengikut jejak langkah beliau.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)