MH17 : Bekas Pelakon Spanar Jaya Turut Maut Dalam Nahas #MH17

INGATKAH lagi anda dengan pasangan anak-beranak, Jaya dan Shuba yang menjadi peserta untuk program realiti Mari Menari musim pertama terbitan Astro kira-kira empat tahun lalu?



Rupa-rupanya, Shuba yang juga seorang pelakon adalah antara 298 mangsa yang terlibatdalam insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu.

Lebih menyedihkan, suami dan anaknya yang dikenali sebagai Paul Goes dan Kaela juga turut bersama-sama Shuba dalam pesawat itu.

Mengimbas kariernya, dia pernah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam pementasan Fourplay, Charley’s Auntie and Hungry for Hope.
Shuba bersama suami dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana sebelum berlakunya tragedi itu.

Apapun, takziah kami ucapkan kepada keluarga Jaya dan semoga tabah menghadapi dugaan ini…

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)