Постоянные читатели

on Leave a Comment

Penumpang #MH17 Jatuh Di Atas Bumbung Rumah.Hujan Mayat Di Ukraine

Penumpang #MH17 Jatuh Di Atas Bumbung Rumah.Hujan Mayat Di Ukraine


Bermula dengan bunyi letupan kuat yang membuat bangunan bergegar; kemudian disusuli dengan hujan tubuh manusia.
Salah satu mayat jatuh mengenai bumbung rumah usang Irina Tipunova di sebuah perkampungan terpencil di timur Ukraine, seketika selepas pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 meletup di udara di kawasan di mana pemisah pro Russia dan tentera kerajaan Ukraine sering bertempur.
image
“Ada bunyi lolongan dan segala-galanya mula bergegar. Kemudian objek mula jatuh dari langit,” kata pesara berusia 65 tahun di depan rumah beliau.
“Kemudian saya mendengar raungan dan dia (perempuan) jatuh di dapur, sehingga bumbung rosak,” katanya, menunjukkan lubang ternganga akibat tubuh manusia.
Tubuh terlanjang itu terbujur kaku di dalam rumahnya, berhampiran katil.
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova ini, berdozen-dozen tubuh manusia jatuh di kawasan ladang gandum berselerakkan di antara serpihan pesawat malang tersebut.
Jelas masih terkejut dengan pengalaman beliau, Tipunova berkata: “Mayat masih di sini (rumah beliau) kerana mereka memberitahu saya perlu menunggu pakar untuk datang dan mengambilnya.”
Seorang pemuda awal 20-an yang enggan memberikan namanya berkata dia berlari keluar selepas mendengar pesawat itu meletup.
“Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh. Satu jatuh di kebun sayur saya,” katanya.
Bukan sahaja tubuh manusia yang jatuh dari langit. Ketulan logam, bagasi dan serpihan lain bertaburan ke tanah di kawasan pertanian ini kira-kira 40 km dari sempadan dengan Rusia.
Bahagian hadapan pesawat itu jatuh dalam kebun bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova ini. Manakala serpihan, jasad dan bahagian-bahagian badan bertaburan di kawasan yang luas.
image
Penyelamat berkata, mereka telah mengumpulkan sebahagian besar mayat-mayat tersebut, sesetengah daripadanya adalah bahagian tubuh yang telah terpisah, ada yang remuk, ada yang bertimbun-timbun, yang mana telah dikenalpasti, ditandakan dengan kayu dan ditutup kain putih tanpa dialihkan.
Manakala beberapa mayat lagi, dibungkus beg plastik yang lut sinar, sepasang kaki terkeluar dari bungkusan.
Antara yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, termasuk kanak-kanak lelaki kira-kira 10 tahun masih berbaring di sebelah kokpit, badan kecil beliau dilindungi oleh lembaran plastik.
Keadaan masih kelam-kabut di banyak tempat kejadian selepas 24 jam pesawat tersebut terhempas. Kasut tanpa tuan berada di merata-rata tempat, bersama kepingan ubat-ubatan yang terkeluar dari kotak ubat, bagasi kosong dan pakaian yang berselerak di kawasan ladang.
Dalam usaha untuk memadamkan kebakaran, ada jasad-jasad yang turut disiram air di tempat mereka jatuh ke bumi. Bersama-sama dengan serpihan pesawat dan sayap kapal terbang berwarna merah dan biru dengan logo Malaysia Airlines.
image
Petugas kecemasan, hanya beberapa orang pada hari Khamis, kini bertambah dengan jumlah yang besar pada Jumaat, telah membina pusat kawalan menggunakan dua khemah besar.
Wartawan dan penduduk tempatan merayau tanpa halangan melalui abu dan serpihan hangus.
Pejuang pemberontak dengan pakaian seragam menonton semua ini dengan cemas. 
Kiev telah menuduh mereka menembak jatuh pesawat itu, tetapi mereka menafikan dan berikrar untuk tidak akan menghalang siasatan antarabangsa yang akan dilakukan.
Bunyi berterusan serangan mortar dan tembakan pada jarak agak jauh kedengaran mungkin sebagai peringatan bahawa konflik antara pemisah dan kerajaan sejak tiga bulan lalu tidak akan padam.

0 comments:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg