Penyamun mati kemalangan selepas menyamun

Seorang penyamun ditemui mati selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat dekat Plaza Tol Sungai Petani Utara, Kedah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi apabila kereta Proton Wira dinaiki suspek bersama tiga rakannya merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang berhenti di lampu isyarat terbabit. 
Difahamkan, mangsa dan tiga rakannya dipercayai baru pulang daripada melakukan samun. 

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 30-an mengalami cedera parah akibat terkena hentakan tukul besi di dadanya, manakala seorang rakannya berjaya ditahan.


Dua lagi rakan mangsa yang melarikan diri dan sedang diburu untuk siasatan.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)