Video Amatur Detik-Detik Pesawat MAS MH17 Terjunam Setelah Ditembak



Belum reda kes kehilangan MH370, timbul pula berita nahas pesawat MH17. Apa yang lebih memilukan, pesawat terhempas akibat ditembak jatuh ketika umat Islam sedang kusyuk melakukan ibadat puasa di sepuluh malam terakhir sebelum menyambut kedatangan Syawal.

Pelbagai spekulasi timbul. Ada yang menyatakan ini adalah agenda kuasa-kuasa besar dunia dan sebagainya. Tak kurang juga yang mengaitkan nahas dengan rejim Zionis iaitu isu di tebing barat antara Israel-Palestin yang sedang berlarutan sehingga kini.

Walaubagaimanapun, sebagai insan yang lemah, kita hanya mampu berserah kepadaNya dan berharap agar si pesalah akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Semoga seluruh pihak keluarga mangsa yang menaiki pesawat MH17 bersabar dengan ujian yang menimpa dan sama-sama kita berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.

Video di bawah diambil dari facebook fanpage friend of BN. Dengan ini bolehlah kita melihat sendiri detik-detik terakhir sebelum pesawat malang ini jatuh menjunam akibat ditembak. 

#pray4MH17




评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)