Wanita ditemui mati bakar diri


Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki membakar dirinya. Kejadian berlaku di dalam tandas awam wanita di Medan Selera Taman Tunku Putra berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, pagi ini.






Identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, wanita terbabit ditemui dalam keadaan terbakar sebelum orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan memadamkan api, namun gagal.

"Mangsa gagal diselamatkan. Dia mengalami kebakaran hampir 90 peratus badan menyebabkan maut di situ.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)