Wanita ugut terjun jejambat PLUS di Meru kerana bergaduh dengan teman lelaki


Agak mengejutkan kejadian ini di mana seorang wanita nekad untuk terjun jejambat PLUS dekat Meru, Ipoh hanya kerana berselisih faham dengan teman lelaki. 

Wanita tersebut memanjat papan iklan gergasi sebelum berjaya dipujuk oleh oleh anggota bomba di tempat kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Norazlina Robak’aee berkata, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 6.48 petang dan mendapati seorang wanita berusia awal 30-an duduk di atas papan iklan berkenaan.

“Wanita yang dipercayai warga Thailand itu hanya pakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek. Dia menangis sambil menjerit memarahi teman lelakinya yang turut berada di tempat kejadian.

“Ketika dipujuk, wanita berkenaan bertindak berdiri dan sekali sekala mengugut mahu terjun dari papan iklan terbabit dengan banyak kenderaan lalu lalang di bawah jejambat berkenaan,”

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya sukar meminta mangsa turun daripada papan iklan tersebut kerana emosinya yang tidak stabil namun selepas sejam dia berjaya ditenangkan.

“Selepas hampir sejam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dan berjaya membawa turun mangsa dari papan iklan terbabit.


“Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar UNTUK mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya. – Sinar Harian

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)