Selepas sembilan tahun bercinta, pasangan pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, 50 dan Angelina Jolie, 39, telah pun melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.
 
'Power couple' Hollywood ini mula menjalinkan hubungan sejak 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.
 
Pasangan ini memiliki enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.
 
Sebuah akhbar melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya