Berdosa meninggalkan solat walaupun dalam kesesakan jalan raya.

Kita tidak boleh lari dari kesesakan jalanraya terutamanya bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Namun itu bukan alasannya untuk kita meninggalkan solat. Namun, persoalannya, bolehkah kita meninggalkan solat?
Apabila mengalami kesesakan jalan raya, perkara utama dan masalah yang sering kita hadapi adalah terlibat dengan kesesakan jalan raya. Persoalannya jika sudah masuk waktu solat, bagaimanakah caranya untuk kita bersolat. adakah boleh meninggalkan solat? Jom ikuti apakah hukum meninggalkan solat ketika kesesakan jalanraya.
SOALAN :
Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas? Bolehkah saya melakukan solat jama’ dalam keadaan begini?
JAWAPAN :
Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak.
Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatwanya, sekiranya seseorang yang berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men’qasar’kan solat tersebut kerana belum mula musafir.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah saw :
Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya : Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan ‘Asar dan antara Maghrib dan Isya’ di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas) ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya”. 
(HR Muslim : 1151)
Inilah yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang menghadapi masyaqqah / kesusahan dalam mengerjakan solat fardhu samada ianya sedang bermusafir mahupun bukan bermusafir.
Wa Allahu A’alam.

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)