Pasangan pengantin pijak bendera Israel mendapat respon rakyat Israel


Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang memijak serta membakar bendera Israel sebagai tanda mengutuk tindakan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke tanah rampasan Israel.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.

Berita itu disiarkan menerusi laman blog milik Israel, elderofziyon.blogspot.com dengan tajuk,

"Malaysia Couple Decides To Burn Israeli Flag On Their Wedding Day"

Berita berkenaan turut dikongsi oleh Facebook, The Israel Project dan mendapat respon negatif dari rakyat Israel.

Ada di antara mereka mendoakan agar pasangan pengantin, Norfadhilah dan Mohd Hilmi ditimpa bencana kerana perbuatan biadab mereka itu. 

Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan". - Sinar Harian

评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)