VIDEO: Mala'un Sial!! Rompakan Masa ‘Open House'


MENERUSI blog Blogserius.blogspot.com, diperlihatkan satu rakaman CCTV di sebuah rumah di Kota Damansara, Selangor.

Difahamkan tuan rumah sedang mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Namun itu ‘bukan penghalang’ bagi penjenayah ini.

Dalam majlis sebegitu pun, dia sempat nak melakukan jenayah….apa punya manusialah, puih!

Sewaktu kejadian ketika ini Tuan rumah sedang sarat mengandung mengakui yang dia masih dilanda trauma dengan kejadian rompakan membabitkan empat lelaki berparang pada Rabu malam lalu.

Kejadian berkenaan terjadi di hadapan kediamannya di Damansara Heights di Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 9:30 malam.

“Ketika insiden berlaku, saya dan rakan-rakan terpaksa berlari masuk ke rumah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sebaik saya masuk rumah, tiba-tiba dengar jeritan dan bila jenguk luar, beg tangan dan barang-barang kawan-kawan saya sudah dirampas. Memang panik dan huru-hara jadinya” 

Kawannya yang terlibat mengakui turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana masih trauma dengan kejadian samun atau rompakan yang berlaku.

“Bayangkan, perompak itu telah menghalakan parang ke muka saya dan menjerit dan mengerahkan saya untuk memberikan beg tangan saya dan kawan-kawan yang lain” 

Mereka berkata dia tiada pilihan lain selain memberikan sahaja tas tangan di tangannya kepada salah seorang perompak berkenaan kerana memikirkan keselamatan anak dan rakan-rakannya yang lain.




评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)