Постоянные читатели

on Leave a Comment

Penerangan terhadap kekeliruan di dalam filem THE VANILLA SKY



Filem ini dikategori sebagai mind-messing film. Mula ditayangkan dalam tahun 2001 ketika Tom Cruise masih di usia emas iaitu 40 tahun dan aku pula ketika itu baru mencecah umur 18.


10 tahun kemudian , sebuah lagi filem bercorak yang sama seperti THE VANILLA SKY iaitu THE INCEPTION lakonan Leonardo D'Caprio. Filem ini lebih mind-messing kerana ia sebuah kisah berkaitan mimpi yang langsung kita tidak dapat pastikan bilakah watak di dalam filem tersebut mengalami mimpi dan bilakah mimpi itu bermula dan berakhir. Sehingga ke penghujung cerita pun kita masih tertanya-tanya.

Berbeza dengan THE VANILLA SKY, anda masih akan memahami di manakah mimpi watak bernama David Aames (Tom Cruise) bermula.

Secara umumnya, filem ini menceritakan tentang teknologi Cryonics iaitu kaedah pengawetan terhadap mayat dengan harapan teknologi perubatan masa hadapan dapat menghidupkan semula si mati. ( Cuma sekadar filem dan kepercayaan orang bukan Islam).

Kisah bermula apabila David Aames yang mewarisi sebahagian besar harta peninggalan mendiang ayahnya, gemar berfoya-foya dengan gadis dan kemewahan. David Aames mewarisi 51% pegangan saham syarikat manakala selebihnya dipegang oleh 7 orang lembaga pengarah yang berharap dapat menguasai lebihan saham yang dipegang oleh David, yang menjadikan David lebih berhak bersuara di dalam syarikat . Mendiang bapa David berharap lembaga pengarah yang dipanggil sebagai THE SEVEN DWARF oleh David dapat memajukan syarikat kerana mungkin telah mengetahui sikap David yang sebegitu.

Ahli lembaga pengarah hanya dapat menguasai syarikat tersebut sekiranya David mengalami mentally accute atau dalam istilah perubatan lainnya adalah brain death atau kematian.

Pada suatu hari yang tidak tersangka, David telah terlibat dalam kemalangan bersama seorang teman wanitanya iaitu Julie Gianni. Julie meninggal dunia di dalam kemalangan tragis tersebut di mana kereta yang dinaiki mereka melanggar jambatan dan terhumban ke bawah manakala David terselamat tetapi wajahnya cedera parah dan sebelah bahagian badannya turut mengalami kepatahan.

Selepas sembuh dari koma, David mengalami tekanan kerana wajahnya menjadi buruk akibat kemalangan menyebabkan dia ditinggalkan kekasihnya yang bernama Sophia. Sophia merupakan gadis atau cinta sejati David. Oleh itu Sophia terlalu istimewa di mata David.

Suatu hari , selepas pulang dari kelab malam bersama Sophia dan seorang rakan karibnya iaitu Brian, David mengekori Brian selepas Sophia meminta supaya mereka berdua tidak perlu menghantarnya sehingga ke rumah. David kemudiannya amat kecewa apabila mendapati Sophia dan Brian rupanya mempunyai hubungan istimewa . David tersungkup jatuh sehingga terlena di tepi sebuah lorong kotor akibat mabuk.

Keesokan harinya, dia terjaga apabila dikejutkan oleh Sophia. Sebenarnya, di sinilah mimpi David bermula di dalam filem ini. Selepas membantu David untuk berdiri , mereka berjalan sambil dipimpin oleh Sophia. David bertanya kepada Sophia di manakah Brian dan menyangka mereka berdua bersama pada malam semalamnya. Sophia menafikan dan menyatakan dia juga beranggapan Brian bersama David.

Kisah seterusnya adalah babak di mana David mengalami kekeliruan antara Sophia dan Julie Gianni di mana kedua-dua watak ini sering bertukar ganti pada pandangan mata David yang menyebabkan David mengalami kekeliruan sehingga memukul Sophia yang disangkakan Julie Gianni. David pada ketika itu mungkin mengalami tekanan perasaan sehingga jiwanya terganggu dan menyebabkan dia melihat perkara yang ganjil tersebut.

David ditahan oleh polis kerana telah melakukan jenayah penderaan terhadap Sophia yang disangkakan Julie Gianni , yang juga merupakan seorang penyanyi terkenal. Namun, penasihat David yang bernama Thomas Tipp , ketika melawat dan mengikat jamin David menyatakan bahawa Sophia tidak akan mengadakan sidang akhbar berkenaan kekasaran yang dilakukan David.

Pada ketika itu David telah pun pulih wajahnya setelah dilakukan pembedahan yang berkelas tinggi melibatkan ramai pakar dari beberapa buah negara. Namun tidak lama selepas itu, David kembali di tahan polis kerana dia didakwa menyebabkan kematian Julie Gianni semasa kemalangan.

Semasa di dalam tahanan, David di soal siasat oleh seorang pegawai psychiatrist bernama Mc Cabe bagi mengenal pasti samada David berada dalam keadaan waras atau sebaliknya semasa merancang pembunuhan tersebut.

Sedikit kekeliruan di dalam filem ini adalah ia tidak menunjukkan masa dan ketika manakah David ditangkap oleh polis kerana didakwa membunuh . Ini kerana, pada masa dia tertidur di lorong kotor tersebut, mimpinya telah bermula.

Sebenarnya , mungkin semasa David tertidur tersebut, dia amat berharap bahawa Sophia (Julie Gianni) akan kembali kepadanya . Dan ini memang berlaku pada keesokan harinya kerana Sophia datang mengejutkannya. Namun, itu semua hanyalah mimpi David semasa dia berada di dalam cecair Cryonics . David telah memisahkan realiti dan mimpi semasa dia terjaga.

Kisah sebenarnya adalah David terjaga dan berjalan berseorangan menuju ke kediamannya. Dia membunuh diri dengan menelan pil. Syarikat yang melakukan Cryonics ke atas David mengambilnya dan mengawetnya. Semasa di dalam keadaan terawet di dalam sebuah vessel yang amat dingin di bawah paras beku dan tahan sebarang gegaran, David telah kembali kepada saat di mana dia tertidur dan terjaga di lorong kotor tersebut.

Mungkin kerana keinginannya yang tinggi menyebabkan dia berjaya memisahkan realiti dan mimpi, supaya Sophia kembali kepadanya. Dan mungkin juga kerana tidak dapat menerima kenyataan kematian Julie Gianni, maka dia melihat Sophia seperti Julie Gianni.
on Leave a Comment

Fashion pakaian awek di china memang macam ni ke ?




Tengok gambar dekat bawah.Amacam?baikk punyer body.Tergoda tak?

Lagi Gambar…




Yaaaaa….. itu dia.Muka pun terbaik jugak.hahahahaha!

p/s puii apa2 pon x boleh ,,
on Leave a Comment

BADAN DIPENUHI CACING DEK KERANA GEMAR MAKAN SUSHI




  • Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal 
  • Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita 
  • Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya 
  • Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi


China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak 
on Leave a Comment

Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 Share Di Facebook

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya.

Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.
Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun.
Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kusematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.
Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa.
Biarlah betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.
Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.
Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!
on Leave a Comment

Anjing beku dalam bongkah ais dijumpai pemilik




Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai anjingnya berada di dalam ketulan ais di halaman rumahnya. Penyiasat masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian anjing malang tersebut. .............................


 Kejadian berlaku di Dawson, Kanada.

Sementara itu, di dalam filem the VANILLY SKY terdapat kisah mengenai Bennie The Dog yang mengalami nasib serupa seperti anjing di atas . Namun di dalam cerita tersebut, anjing tersebut dikatakan masih hidup walaupun selepas dikeluarkan daripada bongkah ais. Bagaikan mati hidup semula. Itulah kisah di dalam filem tersebut.

Namun di dalam Islam, hidup hanya sekali dan alam seterusnya adalah alam yang kekal abadi iaitu akhirat.
on Leave a Comment

Remaja maut dibaham harimau putih

269928-tiger1NEW DELHI : Seorang remaja menghadapi detik tragis apabila beliau maut dibaham seekor harimau putih di sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.
Saat-saat akhir pemuda tersebut sebelum menjadi mangsa harimau putih mula menjadi viral dilaman sosial menerusi sekeping gambar disamping video footage yang dimuat naik dilaman sosial Youtube.
Kebanyakan pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja itu yang berdepan detik-detik akhir dibaham harimau putih terbabit.
Menerusi laporan AFP, harimau putih itu menyerang dan membunuh remaja lelaki yang dipercayai terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang harimau yang menempatkan haiwan terbabit di sebuah zoo di India.
Pengunjung yang berada ditempat kejadian turut sama membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, tetapi usaha itu dilihat gagal bagi membantu mangsa apabila harimau itu menerkam mangsa dibahagian lehernya.
Mayat remaja malang itu telah dibawa ke sebuah hospital di New Delhi untuk dibedah siasat. Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan samaada mangsa di tempat kejadian seorang diri atau bersama rakannya.
on Leave a Comment

Cerita Sebenar Gambar Gadis Depan Cermin


gadis dalam cermin
ngeri

siapa tak pelik kalau gambar sebegitu rupa,
sekali tengok memang ngeri,
tapi bila diselidik dan rajin membaca komen , lawak pula jadinya.

untuk info gambar begini semua orang mampu lakukan.
download sahaja di app strore - Clone Camera,
bila dah pandai menggunakan aplikasi tersebut jadilah hasil seperti ini.

clone camera
aplikasi Clone Camera

tapi seperti biasa,
media sosial seperti Whatsapp menjadi bahan berita yang bukan-bukan.
cerita begini diperbesarkan dan disalahguna.

gadis dalam cermin
cerita tersebar luas di aplikasi Whatsapp

orang yang hidup boleh dimatikan didalam media sosial,
selidik punya selidik shark dh jumpa cerita sebenar,
untuk gambar kereta tu boleh dapat di Facebook Bomba Malaysia bertarikh 24 Ogos
dan keluarga mangsa ada komen disitu.
pencarian shark membuahkan hasil.
dan hasilnya.

gadis dalam cermin
cerita yang sebenar

wanita dalam gambar masih hidup,
dia bukan mangsa kemalangan itu,
mangsa kemalangan adalah orang lain.
mangsa kemalangan juga seorang jururawat.
status wanita dalam gambar masih belum shark dapat cari.

kepada pembawa cerita itu sila bersedia.
kalau anda boleh buat cerita begini anda juga mampu memohon maaf,
bukan secara personal tapi secara terbuka.
pandai buat pandai tanggung,

kepada pengguna whatsapp,
jangan mudah terpedaya dengan cerita yang anda terima,
baca boleh percaya jangan.

semoga bermanfaat
on Leave a Comment

SESI FOTOGRAFI PENGANTIN JADI ‘SESI PORNOGRAFI’




Gambar hiasan
Seorang jurugambar perkahwinan tidak menyangka sekeping foto pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang asalnya bertujuan untuk mempromosikan perniagaan bertukar menjadi viral di laman sosial apabila perkataan ‘untuk sesi fotografi’ tersilap ditulis sebagai ‘untuk sesi pornografi’ hingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat dan pelanggannya.
Jurugambar tersebut yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa rakan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian.
Menurutnya, kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk memuat naik gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan, namun tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan.
“Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan. Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Jurugambar itu berkata, dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian, apatah lagi melakukan perniagaan perkhidmatan gambar pornografi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan. Beliau juga berkata, meskipun masih belum ada pihak yang menghubunginya mengenai isu ‘post’ itu, dia masih bimbang dengan persepsi masyarakat setempat.
“Saya minta pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikannya dan jika masih tersebar, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis bagi mempertahankan maruah serta integriti diri saya. Saya turut bimbang kesalahan ini akan menyebabkan perniagaan fotografi yang diusahakan terjejas akibat salah faham berkenaan. Saya mohon orang ramai jangan menghukum saya hanya disebabkan tindakan memuat turun ‘post’ iklan berbaur kontroversi yang tidak disengajakan itu,” katanya.
on Leave a Comment

Mr Bean Dan Anak Perempuannya Yang Jelita (Gambar)

     
Rowan Atkinson pelakon yang sangat dikenali di seluruh dunia dengan lawak jenakanya lebih-lebih lagi di dalam siri Mr. Bean.
Untuk pengetahun anda, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. Bean’ mempunyai anak perempuan bernama Lily Atkinson hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastry.
2



2
Lily mula dikenali media apabila beliau tampil dalam filem lakonan Mr Bean iaitu Johny English Reborn yang ditayang pada tahun 2011.
Sebenarnya Lily pernah membintangi beberapa filem dan penglibatan sejak tahun 2004 membuktikan bahawa beliau juga mempunyai bakat seni seperti bapanya.
on Leave a Comment

Amerika Cuba Mengorek Khazanah Indonesia



KHAZANAH TAK TERNILAI INDONESIA

Berita ini amat mengejutkan BBA sendiri yang membacanya.Walaupun agak tidak memahami bahasa Indonesia tetapi masih boleh memahami apa yang disampaikan.Penulis ini menyatakan sebenarnya Indonesia mempunyai kandungan mineral yang sungguh banyak sehinggakan boleh digelar negara terkaya(dia cakap,bukan BBA).Hal ini kerana di satu tapak perlombongan mereka iaitu PT Freeport telah menghasilkan ratusan juta tan tembaga dan emas berkualiti tinggi.

PT Freeport merupakan lombong terbesar di Indonesia dan diusahakan oleh Amerika(syarikat perlombongan dari sana mungkin).Dikatakan semenjak dibuka tapak itu sehingga sekarang masih tidak kering dengan galian emas dan tembaga.Lombong ini telah menghasilkan 7.3Juta Tan tembaga dan 724.7Juta tan Emas berkualiti tinggi.jika diandaikan dengan harga emas semasa RM135 x 72.47Juta Tan.Ia bersamaan dengan "Syntax Error" di kalkulator admin.Jika pembaca ada kalkulator yang muat boleh la kira sendiri..hehe


Tetapi mengapa dengan jumlah yang sebegitu banyak Indonesia masih dibelenggu hutang?..Jawapannya adalah Amerika sendiri..Perjanjian yang ditandatangani melibatkan syarikat gali tersebut ialah keuntungan hasil bersamaan dengan 99% untuk mereka dan 1% untuk Indonesia..cuba anda bayang berapa ciput je Indonesia dapat.Dan juga didedahkan Indonesia juga mempunyai simpanan gas asli dan minyak yang sungguh banyak..Tetapi seperti lombong tadi..kebanyakan hasil diberikan kepada "Pihak-pihak tertentu".Di Malaysia sendiri Amerika sedang mencuba menjana pendapatan mereka.Salah satu contohnya ialah TPPA.Boleh rujuk artikel BBA sebelum ini tentang TPPA.


Namun ada yang lebih mengejutkan di lombong ini.Baru-baru ini dikatakan pihak carigali telah menemui satu elemen yang tidak ternilai dan juga menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia iaitu URANIUM.Seperti diketahui,Uranium merupakan bahan asas untuk Nuklear.Disebabkan penemuan ini,Indonesia telah menjadi tumpuan dan bakal menerima ancaman masa depan.

Dan ada beberapa lagi yang didedahkan penulis..namun ada jugak yang merapu seperti tebang hutan terus kiamat..dan lain2 lagi...mungkin terlampau taksub..tapi bagi BBA sendiri Indonesia memang kaya dengan pelbagai sumber alam dan mineral..kalaulah semua itu ada di Malaysia..beratus parti politik lahir untuk bertanding mentadbir Malaysia(Faham2 la maksudnya )..Artikel penuh admin sertakan untuk bacaan..TQ


Rujukan Artikel

TAHUKAH ANDA JIKA EMAS DI IRIAN DIBAGI RATA RAKYAT INDONESIA ,AKAN KEBAGIAN TIGA TON SETIAP JIWA ???

Negara Terkaya di Dunia Itu Ternyata adalah Indonesia. Banyak sebenarnya yang tidak tahu di manakah negara terkaya di planet bumi ini, ada yang mengatakan Amerika, ada juga yang mengatakan negera-negara di timur tengah. tidak salah sebenarnya, contohnya Amerika. negara super power itu memiliki tingkat kemajuan teknologi yang hanya bisa disaingi segelintir negara, contoh lain lagi adalah negara-negara di timur Tengah.

Rata-rata negara yang tertutup gurun pasir dan cuaca yang menyengat itu mengandung jutaan barrel minyak yang siap untuk diolah. tapi itu semua belum cukup untuk menyamai negara yang satu ini. bahkan Amerika, Negara-negara timur tengah serta Uni Eropa-pun tak mampu menyamainya.

Dan inilah negara terkaya di planet bumi yang luput dari perhatian warga bumi lainya. warga negara ini pastilah bangga jika mereka tahu. tapi sayangnya mereka tidak sadar "berdiri di atas berlian" langsung saja kita lihat profil negaranya.

Wooww… Apa yang terjadi? apakah penulis (saya) salah? tapi dengan tegas saya nyatakan bahwa negara itulah sebagai negara terkaya di dunia. tapi bukankah negara itu sedang dalam kondisi terpuruk? hutang dimana-mana, kemiskinan, korupsi yang meraja lela, kondisi moral bangsa yang kian menurun serta masalah-masalah lain yang sedang menyelimuti negara itu.

baiklah mari kita urai semuanya satu persatu sehingga kita bisa melihat kekayaan negara ini sesungguhnya.

1. Negara ini punya pertambangan emas terbesar dengan kualitas emas terbaik di dunia. namanya PT Freeport.

Apa saja kandungan yang di tambang di Freeport? ketika pertambangan ini dibuka hingga sekarang, pertambangan ini telah mengasilkan 7,3 JUTA ton tembaga dan 724,7 JUTA ton emas. saya (penulis= suranegara) mencoba meng-Uangkan jumlah tersebut dengan harga per gram emas sekarang, saya anggap Rp. 300.000. dikali 724,7 JUTA ton emas/724.700.000.000.000 Gram dikali Rp 300.000. = Rp.217.410.000.000.000.000.000 Rupiah!!!!! ada yang bisa bantu saya cara baca nilai tersebut? itu hanya emas belum lagi tembaga serta bahan mineral lain-nya. Seharusnya nama kota di sana itu bukan Tembagapura tapi Emaspura.

Lalu siapa yang mengelola pertambangan ini? bukan negara ini tapi AMERIKA! prosentasenya adalah 1% untuk negara pemilik tanah dan 99% untuk amerika sebagai negara yang memiliki teknologi untuk melakukan pertambangan disana. bahkan ketika emas dan tembaga disana mulai menipis ternyata dibawah lapisan emas dan tembaga tepatnya di kedalaman 400 meter ditemukan kandungan mineral yang harganya 100 kali lebih mahal dari pada emas, ya.. dialah URANIUM! bahan baku pembuatan bahan bakar nuklir itu ditemukan disana. belum jelas jumlah kandungan uranium yang ditemukan disana, tapi kabar terakhir yang beredar menurut para ahli kandungan uranium disana cukup untuk membuat pembangkit listrik Nuklir dengan tenaga yang dapat menerangi seluruh bumi hanya dengan kandungan uranium disana. Freeport banyak berjasa bagi segelintir pejabat negeri ini, para jenderal dan juga para politisi busuk, yang bisa menikmati hidup dengan bergelimang harta dengan memiskinkan bangsa ini.

2. Negara ini punya cadangan gas alam TERBESAR DI DUNIA! tepatnya di Blok Natuna.
Berapa kandungan gas di blok natuna? Blok Natuna D Alpha memiliki cadangan gas hingga 202 TRILIUN kaki kubik!! dan masih banyak Blok-Blok penghasil tambang dan minyak seperti Blok Cepu dll. DIKELOLA SIAPA? EXXON MOBIL! dibantu sama Pertamina.

3. Negara ini punya Hutan Tropis terbesar di dunia. hutan tropis ini memiliki luas 39.549.447 Hektar, dengan keanekaragaman hayati dan plasmanutfah terlengkap di dunia.

Letaknya di pulau Sumatra, Kalimantan dan Sulawesi dan. sebenarnya jika negara ini menginginkan kiamat sangat mudah saja buat mereka. tebang saja semua pohon di hutan itu makan bumi pasti kiamat. karena bumi ini sangat tergantung sekali dengan hutan tropis ini untuk menjaga keseimbangan iklim karena hutan hujan Amazon tak cukup kuat untuk menyeimbangkan iklim bumi. dan sekarang mereka sedikit demi sediki telah mengkancurkanya hanya untuk segelintir orang yang punya uang untuk perkebunan dan lapangan Golf. sungguh sangat ironis sekali.

4. Negara ini punya Lautan terluas di dunia. dikelilingi dua samudra, yaitu Pasific dan Hindia hingga tidak heran memiliki jutaan spesies ikan yang tidak dimiliki negara lain.

Saking kaya-nya laut negara ini sampai-sampai negara lain pun ikut memanen ikan di lautan negara ini.

5. Negara ini punya jumlah penduduk terbesar ke 4 didunia. dengan jumlah penduduk segitu harusnya banyak orang-orang pintar yang telah dihasilkan negara ini, tapi pemerintah menelantarkan mereka-mereka. sebagai sifat manusia yang ingin bertahan hidup tentu saja mereka ingin di hargai. jalan lainya adalah keluar dari negara ini dan memilih membela negara lain yang bisa menganggap mereka dengan nilai yang pantas.

6. Negara ini memiliki tanah yang sangat subur. karena memiliki banyak gunung berapi yang aktif menjadikan tanah di negara ini sangat subur terlebih lagi negara ini dilintasi garis katulistiwa yang banyak terdapat sinar matahari dan hujan.

Jika dibandingkan dengan negara-negara timur tengah yang memiliki minyak yang sangat melimpah negara ini tentu saja jauh lebih kaya. coba kita semua bayangkan karena hasil mineral itu tak bisa diperbaharui dengan cepat. dan ketika seluruh minyak mereka telah habis maka mereka akan menjadi negara yang miskin karena mereka tidak memiliki tanah sesubur negara ini yang bisa ditanami apapun juga. bahkan tongkat kayu dan batu jadi tanaman.

7. Negara ini punya pemandangan yang sangat eksotis dan lagi-lagi tak ada negara yang bisa menyamainya. dari puncak gunung hingga ke dasar laut bisa kita temui di negara ini.

Negara ini sangat amat kaya sekali, tak ada bangsa atau negara lain sekaya INDONESIA! tapi apa yang terjadi ? Kekayaan Alam Indonesia tdk seirama dgn kehidupan Rakyatnya yang miskin,terpuruk,melarat tak berdaya...

Oleh Sebab itu, Untuk EXXON MOBIL OIL, FREEPORT, SHELL, PETRONAS dan semua PEJABAT NEGARA yang menjual kekayaan Bangsa untuk keuntungan negara asing, diucapkan TERIMA KASIH.

Dan rasa terima kasih KAMI untuk Kemerdekaan Indonesia yang ke 67 tahun, kami pemuda-pemudi Indonesia memberikan penghargaan sebesar-besarnya kepada pejuang yang telah mengorbankan darah dan air mata mereka untuk bangsa ini..Pengorbanan kalian telah di sia-siakan oleh para Pemimpin yang hanya mementingkan keluarga,perut,& Partainya sendiri,Rakyat baru di tengok ketika PEMILU tinggal hitung Hari dengan mengharap suara & dukungan mereka...namun Ketika PEMILU usai,maka Rakyat kembali dicampakkan & kembali terjadi kesenjangan antara si kaya & si miskin,si kaya makin kaya & si miskin makin miskin...Para pejabat pemerintah makin kaya & rakyat makin miskin dibuatnya...kekayaan Alam Indonesia akhirnya kembali dinikmati oleh segelintir orang khusunya para pejabat,aparatur negara & Pihak Asing..Namun Rakyat hanya mendapatkan janji kosong berbuah dusta & kebohongan berbalut penderitaan ...

AKANKAH DISERAHKAN KEPADA PEMIMPIN DARI RAS KORUPTOR DAN PARTAI KORUPTOR ?... bisa-bisa NEGARA DAN PEMERINTAHANYA DIPRIVATISASI !!!!
Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg