Постоянные читатели

on Leave a Comment

Mengapa kita tidak boleh mengulangi masa atau kembali ke masa lalu




Masa adalah sejenis faktor atau penyebab yang wujud di dunia. Yang dipanggil kejadian, peristiwa, sejarah, atau apa jua,
berlaku disebabkan oleh faktor masa,samada kita suka atau tidak.

Sebagai contoh, orang yang telah mati, akan kekal sebagai seseorang yang telah mati. Secanggih mana pun teknologi, seseorang tidak akan mampu untuk kembali ke masa lalu.

Kita tidak suka kematian yang berlaku, atau mungkin juga segala bencana yang berlaku sekarang seperti tsunami, gempa bumi dan sebagainya yang semakin kerap, juga disebabkan oleh faktor masa. Masa telah menentukan Bumi tempat kita tinggal ini semakin mengalami tekanan kerana sumber-sumbernya yang kita ambil dan gunakan.

Contoh pengaruh masa yang berikutnya adalah apa yang berlaku terhadap diri kita sendiri. Umur kita semakin meningkat. Sejak kita lahir, membesar, kemudian mati. Perubahan ini juga adalah disebabkan oleh faktor masa.

Namun, pernahkah kita terfikir, mengapa ada dalil di dalam al-Qur'an yang menyebut bahawa keadaan alam akhirat itu kekal? Bukan itu sahaja, keadaan fizikal ahli syurga,
juga telah diterangkan iaitu tidak akan tua, muda selamanya.

Ini kerana di akhirat, faktor masa tidak lagi terpakai. Tidak ada lagi yang bermula dan berakhir. Ia adalah suatu ruang lingkup yang tiada permulaan dan penghujung.

Banyak teori-teori yang menceritakan bagaimana kita boleh kembali ke masa lalu. Namun hakikatnya, ia hanyalah sekadar teori. Kita sekarang berada di dalam dimensi masa, manakala akhirat pula berada di luar dimensi masa yang kita sedang berada.

Pernahkah anda melihat sebuah permainan atau pemandangan yang diletakkan di dalam balang kaca, lalu kita mengambil, memegangnya dan melihat? Begitulah umpamanya dimensi masa. Ia bermula dan berterusan sehinggalah ke penghujung. Apabila kiamat, dimensi masa akan musnah, dan bermula lah alam yang kekal abadi iaitu akhirat.
on 1 comment

10 gambar sepanjang zaman yang pasti akan menyentuh jiwa anda




Gambar boleh mempengaruhi emosi. Setuju? Gambar boleh menggambarkan seribu perkara. Ramai yang menyetujuinya. Sebuah gambar yang diambil boleh memberikan pelbagai gambaran kepada setiap orang yang melihatnya. Banyak gambar yang kita ambil setiap hari dan itu pun tidak terkecuali.

Di bawah adalah 10 gambar paling menyentuh jiwa sepanjang zaman. Semuanya adalah yang original dan diambil daripada suasana asal. Tiada lakonan. Jom tengok. Peristiwa di sebalik setiap satunya sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.


10. Gambar seorang ibu dan anak-anaknya mencuba untuk menyelamatkan diri daripada peristiwa pengeboman di Vietnam Selatan dengan menyeberangi sebuah sungai pada tahun 1965.


9. Pada 12 Januari 1960, ketua parti sosialis Jepun, Asanuma telah dibunuh oleh pelajar kepada pesaingnya. Gambar di bawah telah diambil dalam masa sesaat sebelum pembunuhan itu berlaku.


8. Gambar seorang banduan Iraq sedang mententeramkan anak lelakinya. Gambar ini telah diambil pada tahun 2003 semasa peperangan di Iraq sedang di kemuncak.


7. Gambar seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusaha menyelamatkan diri semasa peristiwa kebakaran pada tahun 1975.


6. Gambar Thick Quang Dug, seorang sami budha dari Vietnam Selatan membakar diri sendiri sebagai tanda protes terhadap polisi penderaan oleh kerajaan terhadap sami budha pada tahun 1963. Sami itu tidak bergerak ataupun mengeluarkan sebarang bunyi semasa dirinya sedang terbakar.


5. Gambar seorang lelaki muda berdiri di hadapan kereta kebal yang sedang bergerak demi reformasi democratik di China pada tahun 1989



4. Gambar hari pertama buat Dorothy Counts di Sekolah Tinggi Harry Harding, Amerika Syarikat. Counts adalah kanak-kanak berkulit hitam pertama yang dimasukkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarika. Namun begitu, dia tidak dapat bertahan dengan segala gangguan selepas 4 hari.


3. Gambar seorang lelaki muda telah didera oleh askar kerana dia dipercayai telah bercakap dengan pemberontak.


2. Ketua Polis Vietnam Selatan , Nguyen Ngoc Loan telah menembak mati seorang lelaki yang dia sangkakan seorang askar Vietkong pada 1 Februari 1968.



1. Gambar seorang kanak-kanak yang hampir mati kerana kebuluran kerana tidak makan di Uganda pada tahun 1980. Seorang pendakwah memegang tangannya dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Setiap gambar mampu menceritakan banyak cerita. Perihal keadaan semasa ia diambil, kegembiraan orang di dalamnya, kegembiraan dan kesedihan, malah juga kesengsaraan.

Jadi, mulai hari ini bolehlah kita mengambil gambar setiap hari. Manalah tahu akan menjadi gambar yang begitu bermakna seperti ini. Harga gambar pula akan melambung tinggi. Sekarang, tahulah kita kenapa fotografi boleh menjadi satu kerjaya yang sangat memberi makna dan ramai yang menggemarinya.
on Leave a Comment

Video palsu pun depa percaya

Aku tengok UAI dalam video tu langsung tak sama. Aku tak faham kalau masih ada orang yang percaya individu dalam tu adalah UAI. Barangkali otak depa tak berfungsi dengan baik untuk menafsir bentuk wajah UAI yang sebenar.

Bahagian-bahagian yang tak sama adalah seperti telinga, kulit dan pada aku janggut pun nampak 'fake'. Macam lurus dan rapi semacam je. Takkan UAI sempat gi rebonding janggut? Mustahil.

Netizen pun satu hal. Kalau dah memang perangai mengalahkan bapak jin, sampai kiamat pun asyik nak jatuhkan alim ulama'. Berdosa besar tahu?

Mungkin yang suke sebar fitnah ni fikiran depa masih tahap budak sekolah menengah. Budak U pun kadang-kadang fikiran macam budak sekolah rendah. Budak umur 20-an pun lagi la. Haha..

Kalau nak sebar fitnah atau tak puas hati ke, agak2 la, dia pendakwah, kau tu siapa? Cuma budak sekolah . Dosa dah bertimbun lagi nak tambah dosa fitnah orang baik-baik. Tabik same lu sebab berani tahan api neraka.


on Leave a Comment

4 Gambar Rekabentuk Pesawat Masa Hadapan Yang Super Awesome

Mengancam! Konsep Pesawat Penumpang Yang Lutsinar (5 Foto) | Jangan terkejut dengan reka bentuk kapal terbang ini yang dihasilkan dengan struktur dinding lutsinar. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





Walauabagaimanapun, ia sekadar satu konsep yang cuba diketengahkan sejajar dengan dua teknologi moden. Pesawat futuristik yang dibina ini  dilengkapi dengan zon melepak dan bar untuk bersosial.Uniknya, hiburan yang ada dalam pesawat itu digerakkan dengan tenaga dari suhu kehangatan badan para penumpang pesawat. Jom lihat gambar di bawah ini.

Sebagian besar teknologi yang digunakan dalam pesawat ini seperti bentuk kerusi pesawat dan display atap bukan barang baru. Namun, bagaimana Airbus membuat dinding yang transparent masih jadi misteri.
“Konsep kabin berupa struktur bionik yang menirubentuk kerangka burung,” demikian yang diklaim Airbus.
Struktur ini akan memberikan kekuatan, juga memungkinkan dinding kabin ‘pintar’ ini mengatur suhu udara dan menjadi transparent untuk agar para penumpang dapat menikmati panorama sekitar sewaktu penerbangan.
Kabin masa depan ini dirancang sejak tahun lalu oleh Airbus dikemaskan dengan teknologi yang mesra alam: mengurangi bahan bakar, sampah, dan kebisingan.
Kabin juga akan dilengkapi ‘zon interaktif’, yang menyediakan game virtual seperti golf. Juga fasiliti konferensi interaktif. Kabin akan memenuhi kehendak para penumpang.
Juga ada ‘zon vitalization’ yang dilengkapi udara yang ditambah vitamin dan antioksidan, pembangkit mood, aromaterapi, juga terapi akupresur.
Penelitian kami akan membuat penumpang pesawat pada 2050 akan menikmati pengalaman terbang yang yang tanpa batasan,seiring dengan melestarikan alam sekitar,” kata Airbus engineering executive vice-president, Charles Champion.
on Leave a Comment

Beza ketenangan dan kegembiraan

Kegembiraan biasanya sementera manakala ketenangan biasanya kekal.

Orang yang gembira, dalam hatinya mungkin berduka. Orang yang berduka, mungkin dalam hatinya tenang. Dukanya bukanlah kesedihan mendalam. Dukanya adalah suatu bentuk ketenangan yang sukar diungkapkan melalui kata-kata.


Tiada istilah kegembiraan sebenar melainkan ianya fana belaka. Ini kerana di dunia ini kita akan gembira dan berduka bersilih ganti.

Syurga sahaja tempat manusia mendapati kegembiraan sebenar. Ini kerana di dalam syurga tiada duka melainkan gembira semata-mata.


Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa jalan ke syurga itu penuh liku manakala jalan ke neraka itu pula mudah dan landai. Ini bermakna, untuk orang baik masuk ke syurga, dia perlu merasai kepahitan terlebih dahulu, manakala orang yang berdosa tidak perlu bersusah payah melakukan kebaikan.
on Leave a Comment

Aku bersyukur

Aku bersyukur sebab aku sekarang dah tak larat dan semakin lemah. Mungkin inilah yang terbaik. Aku tak perlu lagi bersusah-payah.


Bila keadaan dah macam ni, mungkin aku akan berehat. Mungkin rehat aku sekejap. Mungkin lama. Bergantung.

Aku tak perlu mencari lagi kerana benda itu mungkin tiada di mana-mana. Kepenatan ini akan berakhir.Aku tak perlu berdukacita kerana aku sentiasa gembira. Aku tak pernah sengsara.

Dalam hidup ini, hanya seorang sahaja manusia yang paling hina di mata aku. Di dunia ini dia takkan mendapat pembalasan kerana aku tidak kuat, cuma mampu bergaduh, belum tentu menang.

Aku tak perlu terus berusaha dengan sia-sia. Aku cuma perlu berusaha dengan pintar.
on Leave a Comment

(6 GAMBAR) KRISTIN KREUK SEKARANG YANG SEMAKIN JELITA







Kristin Laura Kreuk (31) ialah pelakon yang mula terkenal kerana melakonkan watak Lana Lang di dalam siri tv Smallville. Siri TV ini berada di udara dari 2001 sehingga 2011.


Bagaimanakan ? Adakah masih comel? Ibu beliau berbangsa Cina dan berasal dari Indonesia. 
on 4 comments

Giveaway Pertama SitiSab





Tag :

1)Farah Waheeda Wahid
2)Cik Ann
3)Mia Liana



on 55 comments

GIVEAWAY RM100 Untuk Seorang Pemenang Bertuah

UPDATE : 12/12/2014, 7.57 p.m


  1. Giveaway yang telah pun tamat ini ditukarkan kepada segmen bagi menambah bilangan follower blog anda.
  2. Untuk menambah bilangan follower, anda cuma perlu mengikut langkah-langkah yang terdapat di dalam syarat Giveaway.
  3. Setiap peserta harus follow blog-blog yang menyertai segmen ini.



UPDATE : 5/12/2014, 12.09 a.m

Assalamualaikum.

Setelah menggunakan khidmat random org. , nombor yang muncul buat pertama kalinya adalah nombor 24.

Ini adalah link beliau GA http://pleaselovemeunconditionally.blogspot.com/2014/11/giveaway-rm100-dari-blog-portal.html


Tahniah kepada pemenang. Sila hubungi penganjur menggunakan email google plus anda untuk menerima hadiah wang tunai anda.

Terima kasih kepada semua yang menyertai GA kali ini. InsyaAllah kalau ada rezeki dan jikalau GA ini mencapai matlamat, mungkin akan dianjurkan lagi GA oleh penganjur pada masa hadapan.

Akhir kata, penganjur ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan semasa GA ini berlangsung. Keputusan ini adalah muktamad. Penganjur mengambil keputusan menggunakan random org. kerana terdapat beberapa blog yang bagus mengikut penilaian peribadi penganjur dan sukar untuk memilih yang terbaik.



UPDATE : 29/11/2014, 1.01 a.m.

  • Penganjur ingin melanjutkan lagi tempoh GIVEAWAY untuk tempoh 5 hari. GIVEAWAY akan tamat sepenuhnya pada 5/12/2014.
  • Pengumuman pemenang juga akan dibuat pada hari tersebut.
  • Penganjur mungkin akan memilih pemenang secara cabutan bertuah dengan menggunakan khidmat ROBOT random.org
  • All the best and good luck to all contestants!




GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.

Kod HTML :


Good Luck!
on Leave a Comment

Filem Bunohan Full Movie

BARISAN PELAKON & PEKERJA FILEM
BARISAN PELAKON FILEM BUNOHAN
Ilham : Faizal Hussein
Adil ‘Bunga Lalang’ : Zahiril Adzim
Bakar : Pekin Ibrahim
Deng : Bront Palarae
Pok Wah : Namron
Pok Eng : Wan Hanafi Su
Jolok : Hushairy Hussin
Muski : Amerul Affendi
Awang Sonar : Soffi Jikan
Jing : Jimmy Lor
Mek Yah : Tengku Azura
Cina Burung/Bird Man : Ho Yuhang
Chart : Carliff Carleel
Bakri : Mat Seman
Kruba : Hariry Abdul Jali
Gasi : Md Eyzendy
Ketot & Tapa : Sufian Muhammad
Adik : Sharidan
182775_189267804446474_179094802130441_443421_4714506_n
Layari website filem Bunohan:
www.apparation.com/bunohan.com
Kiri: Amerul Affendi (MUSKI) & Zahiril Adzim (ADIL)
KREDIT FILEM BARISAN PELAKON UTAMA
Zahiril Adzim (Adil/‘Bunga Lalang’)
Pelakon Harapan (Festival Filem Malaysia 2009) Kredit Filem : Kami the Movie, Karaoke, Gadoh, Senjakala.
Faizal Hussein (Ilham)
Pelakon Sokongan Terbaik (Anugerah Skrin 2003) Kredit Filem : Abuyah, Dukun, KL Menjerit, Gerak Khas the Movie 2, Gila-Gila Remaja and more than 20 other films.
Pekin Ibrahim (Bakar)
Kredit Filem : Apokalips.
Bront Palarae (Deng)
Pelakon Terbaik (FFM 2010 & Anugerah Skrin 2010) Kredit Filem : Kongsi, Belukar, Setem, Anak Halal, Dukun, Bilut, Man Laksa, Castello.
Namron (Pak Wah)
Kredit Filem : Gadoh, Gubra, Dukun, Paloh.
Wan Hanafi Su (Pok Eng)
Kredit Filem : Hikayat Merong Mahawangsa, Susuk.
Amerul Affendi (Muski)
Kredit Filem: Gadoh, Karaoke.
Soffi Jikan (Awang Sonar)
Kredit Filem: Setem, Zombie Kampung Pisang, Dukun, Man Laksa, Bilut, Malaikat di Jendela, Bukak Api, Paloh.
Tengku Azura (Mek Yah)
Azura adalah salah seorang supermodel Malaysia yang terkemuka. Ini merupakan pembabitannya yang pertama di dalam sebuah filem rencana.
Jimmy Lor
Jimmy merupakan jurulatih taekwondo yang berasal dari Tumpat, Kelantan. Keluarganya menetap di Kampung Fikri, Terengganu, dimana penggambaran Bunohan banyak dijalankan. Di sekitar 1980an, Jimmy pernah berlakon sebagai karaktor sokongan sebuah siri TV bersama Faizal Hussein.
poster-bunohan
TRAILER FILEM
KREW PRODUKSI
Penulis dan Pengarah : Dain Said
Penerbit : Nandita Solomon
Penerbit Bersama : Tim Kwok
Pengarah Penggambaran : Charin Pengpanich
Penyunting : HK Panca
Perekabentuk Penerbitan : Dain Said
Muzik: Tan Yan Wei
Penyuntingan Skrip dan terjemahan : Joe Kidd, Wan Azli Wan Jusoh and Hushairy Hussin
Penyelia Pasca Penerbitan & Juruwarna : Scott Inglis
Penerbitan Audio : Imaginex Studios
Penyelia VFX : Adam Kitingan
Efek Visual : Pixelpost & Basecamp VFX
Akauntan Penerbitan : Nikki Tok
Perunding Rekabentuk Produksi : Yee I-Lann
Perunding Rekabunyi : Yasuhiro Morinaga
Penolong Pengarah Pertama :Kenneth Raj
Pengurus Produksi : Sam Ramly
Solekan & Kostum : Shada Hamid & Shahrum Kamaruddin
Solekan efeks : Karen Tan
Jurutera Bunyi Lokasi : Winson Poon
Produksi Penggambaran Statik : Iskandar Ibrahim
Rekabentuk : Joe Kidd
Pelukis Papan Cerita : Augustus Tan
The Making Of : Studio Skedaddle
KAMPUNG BUNOHAN
BUNOHAN dinamakan berdasarkan nama sebuah kampong di Kelantan di mana kisahnya bermula. Kampung Bunohan terletak berhampiran sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Kawasan sempadan di Kelantan ini telah lama dikenali sebagai “tanah jahat’ Malaysia. Panggilan ini diberi berdasarkan sejarah pertelingkahan di antara rakyat Thailand yang sebelum ini telah menyebabkan banyak pembunuhan. Ada juga yang berpendapat bahawa pertumpahan darah semasa Penjajahan Jepun yang menghasilkan gelaran ‘Bunohan’. Hari ini, penglibatan keganasan di dalam kampong tersebut lebih berlandaskan cereka dan bukan fakta. Walaubagaimanapun namanya telah memberi satu anggapan yang ranggi kepada penduduk-penduduknya. Terdapat satu pepatah yang berbunyi: “Menghina seseorang dari Kampung Bunohan, adalah seperti menghina penduduk sekampung.” Kampung tersebut juga merupakan tempat asal ritual pemulihan tradisional yang dikenali sebagai “Main Puteri”, sebuah upacara yang dilangsungkan untuk mengusir roh-roh yang dipercayai sebagai punca penyakit psikologi.
MAKLUMAT BERKAITAN FILEM
Tempoh : 100 minit
Format penggambaran : Kamera Red One
Format skrin : 35mm
Anggaran Pelancaran : Hujung 2011
Pengedar (Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia + 1) : Astro Shaw
Jualan Antarabangsa : Easternlight Films
SINOPSIS FILEM BUNOHAN
BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.
ILHAM (Faizal Hussein) arrives in Bunohan
(l-r) Amerul Affendi (MUSKI) & Zahiril Adzim (ADIL)
on Leave a Comment

Filem Komedi Hantu Bungkus Ikat Tepi

Walaupun ramai beranggapan industri perfileman Malaysia sedang melalui zaman suram, syarikat penerbitan MIG Pictures tetap tidak berputus asa untuk menghasilkan filem terbaru.

Terkini MIG bakal muncul dengan filem terbaru bergenre komedi, berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ yang menampilkan Hashim Rejab sebagai pengarah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group MIG, Mejar (K) David Teo berkata, syarikatnya akan terus menghasilkan filem-filem dengan idea lebih segar dan memenuhi citarasa penonton masa kini.

“Walaupun ramai yang berkata industri filem tempatan sekarang semakin merosot, kami (MIG) tidak akan berhenti menghasilkan filem.

“Contohnya seperti filem ini (Hantu Bungkus Ikat Tepi), jalan ceritanya yang menarik dengan ideanya yang segar pasti dapat menarik minat orang ramai untuk menonton,” katanya ketika ditemui di majlis doa selamat file mini di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kata David lagi, ramai menganggap filem komedi paling mudah dihasilkan tetapi sebenarnya telahan itu salah kerana kerana sebenarnya sukar untuk mencari idea yang mampu menggeletek penonton.

‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ menampilkan kumpulan Jambu iaitu Tauke dan Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Filem yang telah memulakan penggambaran pada 23 Februari 2014 di sekitar Lembah Klang ini mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang penakut.

Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan.

Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.

Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti.

Fuad, Fadli dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan.

Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.
on Leave a Comment

Filem melayu

Filem melayu berkenaan LAPORAN akhbar sebelum ini menyebut kerajaan mungkin mengharamkan filem atau drama tempatan yang memaparkan aksi lumba haram dan mat rempit. Bagaimanapun, tidak dipastikan lagi sama ada pengharaman itu akan dilakukan atau tidak.

Tetapi yang pasti, banyak filem seumpamanya di layar perak sehingga mencetuskan polemik orang ramai sama ada wajar atau tidak mengeluarkan filem, yang akhirnya menjadi ikutan remaja masa kini.

Kita tertanya-tanya mengapa filem melayu seperti Anak Bapa, Musang Berjanggut, Anakku Sazali, Semerah Padi, Antara Dua Darjat dan Hang Jebat berjaya mendapat tempat di hati peminat filem Melayu dan menjadi box office.
Filem arahan Tan Sri P Ramlee itu sebenarnya ada mesej tersendiri yang kebanyakannya menghukum orang yang bersalah sebagai pengajaran kepada masyarakat umum, bukan mengangkat martabat perilaku seperti mat rempit.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata filem Melayu tidak boleh menjadi naskhah hiburan semata-mata atau komoditi perniagaan kerana filem turut berperanan menyebar elemen kebaikan supaya menjadi contoh.

Katanya, filem yang paling berkualiti dan bagus haruslah berupaya untuk memartabatkan nilai identiti budaya masyarakat Melayu, memperkuatkan apa yang kurang dan memulihkan kembali yang lemah.
"Itu yang hilang dalam kebanyakan filem dihasilkan hari ini kerana rata-rata hanya membangkitkan isu tetapi tidak menyediakan jawapan atau cadangan kepada cara menyelesaikan masalah diketengahkan.

"Filem perlu ada nilai tanggungjawab yang dipandu oleh matlamat utama kenapa isu dalam filem itu dibangkitkan serta apa jalan penyelesaiannya supaya akhirnya nanti penonton memperoleh kebaikan daripadanya," katanya.

Beliau yang pernah mencetuskan idea filem menjadi perutusan melalui pembentangan kertas kerja bertajuk 'Filem sebagai al-Risalah' menemukan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya penonton mendapat manfaat daripada industri filem negara.

Justeru, filem Melayu perlu mempunyai elemen tradisi dan Islam serta lima ciri membentuk pemikiran filem iaitu kualiti ilmu, susila, minda, kerja atau tanggungjawab dan pimpinan. Filem Melayu yang diatur sebagai seni dan hiburan tetap ada matlamat membangunkan identiti, moral dan akhlak masyarakat.
Abu Hassan berkata, filem melayu seperti Anakku Sazali, Semerah Padi, Antara Dua Darjat dan Hang Jebat berjaya mendapat tempat di hati peminat filem Melayu dan menjadi box office kerana filem itu memiliki ciri menepati fungsi 'Filem sebagai al-Risalah'.

Beliau berkata, masyarakat inginkan penyelesaian atau melihat yang bersalah menerima hukuman mereka dan hasrat itu berjaya ditonjolkan dalam filem karya P Ramlee, menjadikan ia naskhah yang tidak jemu ditonton hingga sekarang.

Disebabkan tiada kualiti ilmu katanya, filem Melayu yang ada sekarang memberi gambaran seolah-olah masyarakat hari ini tidak ada perkara besar hendak difikirkan, pada hal tanggungjawab dan pimpinan dalam maksud filem cuba membentuk pengaruh untuk masyarakat lebih berani serta progresif.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan garis panduan tertentu untuk diikuti pengeluar filem.

Bagaimanapun, baru-baru ini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan arahan untuk mengharamkan sesebuah filem atau drama televisyen keluaran produksi tempatan yang mengandungi adegan lumba haram atau aksi mat rempit.

Ahad lalu, laporan muka depan akhbar Sunday Times menyatakan peraturan baru oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengharamkan aksi mat rempit serta lelaki memakai baju perempuan dalam filem dan drama.

Arahan itu berikutan surat dihantar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkan perkataan mat rempit serta adegan lumba haram dan aktiviti membabitkan mat rempit dalam filem dan drama.

Apabila menteri kata tidak ada, kesimpulan yang boleh dibuat ialah tiada isu pengharaman aksi mat rempit atau pondan dalam filem dan drama. Persoalan kedua boleh dikemukakan, macam mana isu itu boleh timbul jika tidak ada asas kepada usaha mengharamkan perkara terbabit.

Tambahan pula dalam keadaan sekarang, setiap hari ada saja berita menggemparkan yang memerlukan pihak berkuasa mengambil tindakan pantas, pastinya isu mat rempit dan bohsia jika boleh tidak menambahkan pening kepala.

Apa pun rentetan kenyataan demi kenyataan mengenai gejala sosial yang membimbangkan itu dan sehingga kini belum ada kaedah berkesan mengatasinya, isu dibangkitkan wajar mendapat pertimbangan semua pihak.

Di sebalik keghairahan penerbit filem dan drama menghasilkan cerita memaparkan masalah melanda masyarakat terutama belia hari ini, sebenarnya banyak pihak yang gusar dengan tindakan itu.

Alasan diberi penerbit atau pengarah bahawa isu yang dijadikan jalan cerita bertujuan memahami golongan mat rempit, pondan dan bohsia juga mengundang rasa tidak puas hati pihak yang tidak bersetuju dengan pembikinan filem seumpama itu.

Ada pihak berpendapat apa yang dilakukan seperti menjadikan kumpulan berkenaan sebagai tajuk filem yang menggegarkan perasaan seolah-olah memuliakan mereka sedangkan kehadiran mat rempit bukan saja mengganggu ketenangan masyarakat, malah menyalahi norma serta fitrah kejadian manusia.

Persoalan yang mungkin terlupa untuk ditanya oleh mereka yang terbabit dalam penghasilan filem seumpama itu ialah bagaimana jika apa yang didedahkan tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya keadaan semakin tidak terkawal.

Itulah susahnya apabila nilai komersial mengatasi kesedaran tanggungjawab sosial atau fardu kifayah kerana kebanyakan kita suka menganggap untuk fardu kifayah ini biar orang lain saja yang buat, kita tak payah.

Namun, bagi orang filem, mereka juga sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar membentuk corak kehidupan orang di luar sana kerana semua mengakui kuasa televisyen dan layar perak mempengaruhi minda penonton.

Justeru, ada pihak mengharapkan supaya penayangan aksi mat rempit, pondan, bohsia dan terbaru ingin dipopularkan iaitu kumpulan gay, diharamkan.

Tujuannya, supaya kumpulan yang kini dinaikkan martabat serta diagungkan melalui filem melayu sedar bahawa sudah tiba masanya jalan cerita hidup mereka diubah kerana tiada gunanya menjadi duri dalam daging, denyut sakitnya terus mengganggu selagi duri tidak dikeluarkan.


Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg