Search (Don't Edit)

Постоянные читатели

Isu memilih pengambilan ubatan untuk mati dari terus menderita


KUALA LUMPUR: Kes seorang wanita yang menamatkan nyawanya sendiri untuk tidak terus menderita telah mencetus perbahasan masyarakat dunia termasuk Malaysia.

Brittanny Maynard, 29, yang menghidap kanser otak peringkat akhir meninggal dunia pada 1 November lalu selepas mengambil dos barbiturat (ubat penenang) yang ditetapkan kepadanya secara sah oleh doktor secara berlebihan dan kes ini dirujuk di bawah Akta Kematian Bermaruah Oregon.

Walaupun eutanasia (perbuatan mematikan pesakit agar tidak terus menderita) atau bunuh diri menyalahi undang-undang di kebanyakan negara, namun di Malaysia terdapat juga undang-undang yang dibenarkan melalui  Arahan Perubatan Lanjutan (AMD) untuk menentukan sama ada mahu meneruskan rawatan atau tidak.

AMD atau 'akan hidup' boleh membenarkan pesakit memilih cara untuk mati sebelum mereka hilang keupayaan berbuat demikian dan menyediakan garis panduan untuk doktor menyempurnakan hasrat mereka.

Malah pesakit juga berhak memberi arahan kepada doktor sekiranya kesihatan mereka semakin teruk dan tidak mahu merawatnya lagi.

Ketua Anestesiologi dan Perkhidmatan Jagaan Intensif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datin Dr V. Sivasakthi berkata, kematian akan berlaku dalam sesetengah kes.

"Kadang-kadang akan timbul pertengkaran antara ahli keluarga sendiri untuk mencari jalan terbaik buat pesakit itu.

"Sebagai contoh, jika seorang ibu tunggal dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU ), anak sulung mereka mungkin mengambil keputusan untuk membuka peralatan sokongan hidupnya tetapi anak-anaknya lain berpendapat sebaliknya.

"Kami akan tunggu sehingga kedua-duanya mendapat satu keputusan yang baik terhadap perancangan itu," katanya.

Dr Sivasakthi berkata, kemungkinan juga akan timbul perselisihan pendapat dengan doktor yang merawat pesakit itu.

"Satu arahan yang jelas boleh memastikan bahawa penjelasan yang jelas kepada pesakit," tambah Dr Sivasakth yang juga merupakan Presiden Kolej Anestesiologi.

Beliau berkata, terdapat empat kategori pesakit berdepan dengan senario membuat keputusan ini; Mereka berdepan dengan kematian, pesakit tenat, penyakit yang tidak boleh diubati sehingga boleh merosakkan kesedaran pesakit serta hilang upaya dan pesakit yang meminta tidak mahu menggunakan alat sokongan pernafasan.

Beliau menegaskan bahawa AMD tidak sama seperti eutanasia yang menamatkan nyawa pesakit dengan cara yang luar biasa.

Dr Sivasakthi berkata pada masa ini, doktor akan menjelaskan keadaan pesakit itu kepada ahli-ahli keluarga mereka dan mendapat persetujuan untuk membuka peralatan sokongan hidup.

Pesakit itu termasuk mereka yang disyaki sudah berdepan dengan 'otak mati' (kesemua bahagian otak sudah tidak berfungsi).

Beliau berkata permintaan AMD semakin meningkat apabila terdapat sembilan pesakit yang mengalami otak mati di Jabatan Neuro ICU, HKL pada tahun 2011, 18 pasakit 2012 dan 16 orang pada tahun tahun lepas.

Bagi ICU umum , 299 kes kematian dilaporkan pada tahun 2011, 288 orang pada 2012 dan 221 orang pada tahun lepas manakala 59 kes mati otak pesakit telah dirawat di sana dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Sementara itu Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr H. Krishna Kumar mencadangkan bahawa Majlis Perubatan Malaysia (MMC) perlu mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk AMD.

"Adalah lebih baik menggabungkan garis panduan dan peraturan di bawah Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan bukannya mewujudkan satu undang-undang baharu yang boleh mengambil masa yang lama," kata Dr Krishna, sambil menambah kini sudah ada undang-undang yang mengawal 150 buah industri kesihatan di Malaysia

P.S : Arwah abah juga pernah begini semasa di hospital dahulu. Walaupun doktor tersebut berkeras minta mak tandatangan, mak tetap dengan pendirian untuk tidak tandatangan. Semoga abah tenang di sana. Amin.

Комментариев нет:

Отправить комментарий

Sebarang komen membina adalah di alu-alukan.

Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg

->