Masa kian suntuk

Setiap saat berlalu adalah peluang untuk kita melihat semula (berubah). 'Every passing minute is another chance to turned it all around'.'Vanilla Sky quotes'. Aku mule rase hidup aku mengalami kemurungan sejak tahun 2002. Aku tersalah berkawan. Walaupun yang menyebabkan aku trauma bukanlah kawanku sendiri, tetapi kawan kepada kawanku.

Impianku sama saja seperti manusia lain. Ingin bahagia. Tetapi dalam umur yang kian meningkat ni, rasenye tak banyak yang dapat aku laksana. Entah mengapa terlalu banyak perkara yang menghalang di dalam hidupku.

Semasa aku menaip ni, seekor kerengga sedang melintas di skrin. Niatku ingin membunuhnya kerana khuatir ia menggigit. Tetapi aku teringat 2 perkara. Pertama tentang kisah orang soleh bermimpi imam Ghazali yang mendapat ganjaran besar kebaikan di akhirat kerana kebaikannya melepaskan seekor lalat yang hinggap di mata penanya untuk menghirup tintanya kerana beliau merasakan lalat itu terlalu haus. Dan kedua, adalah kata-kata yang aku terbaca tadi berbunyi 'buatlah kebaikan walaupun ia sedikit, kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana satu akan membawa kita ke syurga'.

Sebenarnya aku amat pemalu. Mungkin juga aku terlalu merendah diri. Aku tak yakin dengan diriku yang sebenarnya lebih dari sederhana. Inilah apa yang arwah abah pernah beritahu aku. Kadang-kadang tuhan memudahkan aku apabila manusia di sekelilingku ramai yang memudahkan permintaan dan kemahuanku. Membuatkan aku sedikit terasa segan, adakah aku ni punya 'sesuatu'? Aura mungkin? Namun ada juga ketikanya, manusia tidak mempedulikan keadaan aku yang terdesak. Membuatkan aku keliru akan diriku sendiri.

Aku malu untuk mengaku sekiranya aku suka seseorang. Kadang-kadang aku rasa kaum hawa 'bagi peluang'. Tetapi aku dikelirukan oleh fikiranku. Aku merasakan mereka hanya sekadar mengusik. Aku ingin bertanya. Mengapa yang sering mengusik itu biasanya yang segak? Yang kurang segak pula, melihat sebelah mata pun tak mahu. Membuatkan aku sendiri terkeliru. Adakah yang kurang segak ni terlalu perasan bagus? Ataupun kerana aku sendiri? Kaum hawa sila komen.



评论

此博客中的热门博文

Maksud Kod Di Penyata Resit ATM

Tarikh Tayangan Filem Melayu Terbaru

Pesan Dari Tuhan (Cereka Ahad TV3)