Постоянные читатели

on Leave a Comment

Tak bercahaya namun kau berseri



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Pertama kalinya, marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Mudah-mudahan rohnya tenang dan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh. Amin.....

Bagi aku, beliau adalah seorang penghibur sejati yang tiada tolok banding. Memenangi anugerah 'Asian Popular Music Award' dan dinobatkan sebagai 'The Number 1 Asian Entertainer' di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.... Aku baru tadika je mase tu... .

Berikut adalah beberapa petikan Wikipedia mengenai Sudirman Hj Arshad :

Sudirman merupakan seorang artis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Beliau lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan pada zamannya..., 

 Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu "Merisik Khabar" dengan petikan pemetik api simbolik beliau

 Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah tempat untuk golongan marhaen. Jalan Chow Kit menjadi simbol untuk orang-orang kebanyakan yang juga peminat beliau. Maka, konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel atau dewan untuk suatu konsert. Perkara ini juga telah memberitahu kita bahawa beliau bukan seorang yang materialistik.

 Beliau membawakan lagu ‘‘Pesta Dunia’’, sebuah lagu ciptaan Manan Ngah manakala liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan. Perkara ini juga membawa kepada tercetusnya idea Habsah Hassan untuk menghasilkan lirik lagu ‘‘Salam Terakhir’’ apabila Sudirman meluahkan rasa hatinya dengan menyatakan bahawa dia tidak mungkin hidup lama

 Pada 17hb. Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari. Beliau telah dilaporkan pengsan setelah terjatuh. 

 "Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rodziah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, Datin Rudiah binti Haji Arshad...

  Ribuan peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad(sekarang bergelar "Tun") telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai suatu kehilangan yang besar bagi dunia hiburan tanah air.
on Leave a Comment

Lagu kenangan bersama arwah abah



Aku cube ingat la lagu ni tema dalam filem apa. Filem tahun 80-an tak silap. Bukan 70-an. Tapi aku tak berapa ingat. Kalau de sesape ingat, tolong beritahu di ruangan komen.

Lagu ni aku tengah layan sekarang ni. Pukul 12.45 malam. Lagu yang membuatkan aku menangis dalam hati. Terlalu banyak kenangan dengan arwah abah. Aku dibesarkan dengan lagu-lagu macam ni. Nampak sangat jiwa aku ni sentimental kan? Biarlah ape orang nak kata. Diri aku. Nak ke orang lain faham? Buang mase je . Betul tak? Aku pun tak mintak untuk difahami pun. Bukan sombong. Aku just taknak buang mase orang lain. Dan yang paling utama, kite bukannya kenal pun. Sekali lagi, bukan sombong....

Seriously, aku ni banyak melalui kisah yang tak berape nak gembira dalam hidup. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku masih bertahan sehingga umur aku yang dah menjangkau 30 lebih ni. Lonely...tapi dah terbiasa. Mungkin ade  yang aku seram dengan aku. Mungkin ade yang ingat aku ni merbahaya dan sebagainya. Itu yang membuatkan aku terase sedangkan aku sedikit pun tak harmful kepada sesiapa. Tak suke , just cakap je tak suke. Aku ni jenis senang faham. Tapi kalau tiba-tiba awak kata awak dah faham saya, mase tu dah terlambat. Sebab saye pun ade perasaan. Awak lukakan hati saya dengan kata-kata awak, dan awak menyesal. Saya maafkan. Tapi saya cume terkilan.

Moral of the story, jangan terlalu cepat judge manusia lain. Kerana ade manusia yang akan sensitif, seperti aku. Dah memang itu sifat unik yang tuhan beri kepada aku. Setiap manusia punyai sifat unik masing-masing. Jadi berhati-hatilah bile bercakap. Kerana terlajak cakap takkan dapat diundur. Yang terkilan, tetap terkilan. Tapi dimaafkan...

Berirama senandung semalam, ku terkenang peristiwa silam . Di mana aku dan si dia. Cinta benar cinta. Kau mencurah apa yang dirasa. Ku dibuai oleh angin senja. Budimu yang seikhlas itu. Akulah kasihmu...

on Leave a Comment

Kelebihan air hujan malam Jumaat

Sejak belajar Darussyifa’, banyak kali didedahkan berkaitan penggunaan air sebagai bahan rawatan. Air yang terbaik ialah air zam-zam, kemudian air hujan malam jumaat dan kemudian lagi air mineral biasa. Rawatan menggunakan air biasa digunakan dalam banyak penyakit ruhani atau jasmani sebagaimana yang disebut dalam buku-buku tulisan Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Antaranya penyakit yang berkaitan selsema, penyakit kulit, sakit kepala, sakit-sakit sendi, sakit perut, sakit dada dan banyak lagi.
Alhamdulillah, takdirnya malam ini sedang saya menyertai solat tarawih di Putatan, hujan turun, sekejap lebat dan sekejap renyai-renyai. Saya sempat mengirim sms kepada isteri agar menadah air hujan. Rupanya tidak lama saya balik, isteri mengatakan tiada hujan di luar rumah. Di rumah, sedang saya online, alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya di luar rumah. Segera saya tadahkan air hujan dengan dua buah baldi, cuma sedikit kecewa rupanya baldi yang kedua itu sudah bocor di bahagian bawahnya.
Hanya orang berpesan, jika sudah lama tidak hujan, jangan tadah air hujan yang mula-mula turun itu. Biarkan dia turun sekitar 10-15 minit membersihkan udara yang kotor dan kemudian barulah kerja-kerja menadah air hujan dimulakan. Kata sahabat saya Razali, lebih baik menadah hujan yang langsung dari awan/langit berbanding yang jauh ke zink atau atap. Saya teringat pesan guru, bukan selalu hujan turun pada malam jumaat, justeru jika berkesempatan, jangan dibiarkan berlalu begitu saja.
Satu lagi, waktu hujan turun adalah waktu mustajabnya doa. Jadi, banyakkanlah berdoa.
on Leave a Comment

Cinta pandang pertama tak semestinya petanda jodoh

Seringkali kita sebagai manusia akan berasa kagum dengan kesempurnaan manusia lain, samada dari segi fizikal ataupun mentaliti manusia tersebut. Rasa kagum ini pula boleh bertukar kepada rasa yang lebih mendalam iaitu rasa cinta.

Di dalam Islam, pentingnya menjaga pandangan mata. Ini kerana daripada mata, maka ia akan turun ke hati. Namun begitu, tidak salah untuk jatuh cinta, asalkan ianya berlandaskan syariat.

Sifat pemalu adalah sifat yang dimiliki oleh kebanyakan manusia. Namun begitu, sifat pemalu yang keterlaluan tidak menghalang seseorang manusia untuk bertemu jodoh, jika jodoh itu miliknya.
Sesetengah pendapat mengatakan istilah tiada jodoh bukan sekadar kerana sifat pemalu. Apabila seseorang manusia sukar untuk mengungkapkan isi hati kepada orang yang diimpikannya, lalu orang tersebut berlalu meninggalkannya ataupun mendapat pasangan yang lain, manusia tersebut akan beranggapan kerana sifat pemalunya yang keterlaluan menyebabkan dia terlepas peluang untuk bertemu dengan jodoh yang diimpikannya tersebut.

Tanggapan sebegini tidak tepat kerana setiap manusia telah diciptakan mempunyai jodoh atau pasangan masing-masing semenjak azali lagi. Boleh jadi perasaan cinta tersebut disulami dengan nafsu atau mungkin juga dia bukanlah jodoh yang sesuai buat dirinya. Mungkin jika kita bersama dan bernikah dengan orang yang kita sukai tersebut, akan timbul masalah di kemudian hari yang akhirnya menyebabkan perceraian. Tuhan sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Oleh itu, sifat pemalu mungkin hadir ke dalam hati seseorang manusia kerana tuhan ingin 'menjaga' manusia tersebut daripada berjumpa dengan pasangan yang salah atau mungkin juga untuk mengelakkan manusia tersebut daripada melakukan dosa.

Apabila kita berasa tenang dan selesa tanpa rasa malu yang keterlaluan bila berhadapan dengan seseorang yang kita kagumi dan mungkin juga kita sukai, maka itu adalah petanda bahawa orang tersebut mungkin merupakan jodoh kita. Wallahu'alam.

"Wahai jiwa (nafsu) yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan diredhai. Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu..."

-Surah Al-Fajr (ayat 27-30)

on Leave a Comment

Tindakan Wanita di Sibu Jadi 'Polis Trafik' Sukarela Dapat Pujian


SIBU: Tindakan seorang wanita yang membantu mengawal trafik setelah lampu isyarat yang sepatutnya mengawal lalu lintas tidak berfungsi mendapat pujian dari Adun Dudon, Yap Hoi Liong.

Yap berkata dia kagum dengan tindakan wanita itu secara sukarela tampil untuk membantu mengawal lalu lintas setelah lampu isyarat di jalan itu tidak berfungsi.

"Saya terperangkap di dalam kesesakan yang disebabkan oleh kerosakan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tong Sang/Jalan Oya/ Jalan Wong King Huo. Setelah itu saya ternampak seorang wanita turun dari keretanya dan menyarungkan sarung tangan putih. Jam ketika itu menunjukkan pukul 7.52 pagi", kata beliau memetik laporan dari The Borneo Post.

Yap berkata wanita itu menuju ke tengah-tengah persimpangan lampu isyarat dan membantu melancarkan aliran trafik.

"Penunggang motosikal seperti tidak mahu memberi kerjasama. Saya kemudian berdiri dengan dia, dan secara beransur-ansur dia berjaya mendapat kerjasama dari penunggang motosikal juga." - Siakapkeli.com.my
on Leave a Comment

Siapa yang ganggu hatimu? Siapa yang rampas cintamu?

Siapa yang sedang kau sayang? Siapa yang sedang kau buru?

Kadang-kadang aku rasa isteri orang bergaduh dengan suaminya sebab aku. Padahal aku tak buat apa-apa pun. Aku hanya cari rezeki. Tapi seronoknya juga, sebab orang perempuan pun penah buat macam tu kat aku.

Sebelum ni pun ade sorang kakak tu, sampai bercerai dengan laki dia. Akak tu nampak baik. Keje pun kat tempat yang baik. Mungkin takde kene-mengene ngan aku. Tapi mungkin juga ade kene-mengene. Tah2 akak tu memendam rase kat aku dalam diam. Sape tahu. Tapi mungkin juga tak. Ade aku kisah? Yang aku tahu, orang perempuan yang mulakan dulu kat aku...

Selalu kalau bos aku orang perempuan, aku ada peluang untuk ambil kesempatan. Aku guna senyuman . Takde bende pun , kan? Senyuman tak ikhlas pun perempuan leh cair? Seronok betul...

Sorry, bukan senyuman tak ikhlas. Ini namanya senyuman penuh kepura-puraan . Aku tak gile seks pun. Aku tak cuit sikit pun. Hati orang perempuan yang perasan lebih. Salah aku ke? Hebat la aku. Boleh baca hati manusia. Lagipun ade dalam buku. Body language (bahasa tubuh) menceritakan lebih 80 peratus, sementara perkataan hanya 10 peratus lebih. Sebab percakapan boleh menipu. Itu je rahsia aku . Takde bende pun. Dari situlah aku tau kalau perempuan dah mule angau. Bodoh.

So, aku ni ade rupe paras lah kot? Mungkin lah . Mungkin juga tak. Sebab dalam ramai-ramai yang pernah kata aku, puji aku. Ade juga yang secara langsung mengatakan aku sebaliknya. Aku ni low profile orang nya :)

Sampai ke saat ni, aku belum berjumpa dengan perempuan yang sesuai. Yang boleh aku jadikan teman. Mungkin juga isteri. Masalahnya umur aku dah 30 lebih. Tapi yang aku musykil, dan kadang-kadang mendidih, cume kaki je belum hinggap kat muka . Orang tak percaya aku ni dah 30 lebih. Setiap kali jumpe orang yang baru aku kenal, aku terpaksa terus terang umur aku bila orang tu dah mule besar kepala. Sebab dia dah mule nak tunjuk belang. Ingat aku budak-budak?

Bile aku bagitau aku dah berusia, setiap kali itulah manusia akan tercengang. Yang paling latest, sorang budak nak ambil SPM tahun ni terus terang je kat aku bahawa aku memang taknampak berusia seperti usia aku sekarang. Anugerah tak terhingga. Alhamdulillah....:) :) :)


P.S : Hanya seorang pakcik bawa teksi yang penah aku tumpang je tak ambil pusing bile aku beritahu umur ku. Kerana dia zuhud. Tidak ada rasa takabur dan sombong. Dan melihat ku dengan mata hati dan nalurinya. Hanya golongan sebegini yang akan tahu, siapa aku......dan orang perempuan? adalah golongan yang paling ramai tak tahu, dan paling ramai mendapat celaka, dan ke neraka...
on Leave a Comment

Bukan semua lelaki tertarik kepada perempuan kerana syahwat

Acapkali perempuan mengaitkan perasaan suka atau sayang seorang lelaki terhadap diri mereka adalah berkaitan dengan soal nafsu. Pada aku perkara ini tidak benar langsung, dan boleh jadi seseorang lelaki membenci seseorang perempuan walaupun dalam masa yang sama dia juga sayang kepada perempuan tersebut.

Jika kita ketepikan soal syahwat, atau andaikata nafsu syahwat dicabut dari seorang lelaki, maka perempuan tidak lah begitu istimewa walaupun perempuan adalah berbeza dengan lelaki. Perbezaan tersebut tidak akan mendatangkan makna, malah mungkin akan menjadi suatu bentuk kejian dan cacian sahaja, dan mungkin juga sebagai objek jenaka.

Yang dimaksudkan dengan perasaan sayang tanpa syahwat di sini adalah kerana sesetengah perempuan dapat memberikan faedah kepada seseorang lelaki yang rapat dengannya, maka lelaki ini terlalu sayang untuk melepaskan perempuan tersebut pergi. Faedah yang dimaksudkan adalah seperti wang ringgit, harta benda atau mungkin juga kemahiran dan kepandaian dalam sesuatu perkara.


on Leave a Comment

Nyanyian Caliph Busker amat terkesan di hati



Pertama kali tatkala melihat bukan Aweera yang menyanyi dan semasa mendengar intro lagu, aku seperti keliru seketika. Akal fikiran manusia biasa aku pantas menghukum lagu ini ala-ala lagu biasa oleh penyanyi biasa.

Tiba saat chorus. Suasana pentas menjadi terang oleh cahaya lampu. Sorakan penonton bergema. Bulu roma ditengkuk mula meremang. Memang tak salah lagi pilihan Edry Abdul Halim membuat kelainan, memilih lagu ini yang disampaikan seorang insan yang teramat istimewa, Azmi Saat dari band The Chaliph Buskers.

Menurut laman web beautifulnara, band ini pernah membuat persembahan di hadapan Pasaraya Sogo di Kuala Lumpur.

Kemudian, setiap kali sorakan penonton bergema memberi sokongan, bak gelombang yang sentiasa turun naik. Setiap kali itu ia seperti memberi suatu kejutan elektrik di otakku. Amat terkesan di hati.

Apepun tahniah juga kepada Joe Flizzow dan Sona One kerana menjadi Juara dalam AJL ke 29.

P.S : Sekejap je mase. Teringat lagi zaman dulu-dulu mase AJL dipanggil 'Juara Lagu' dan juga rancangan terkenal Muzik-Muzik.
on Leave a Comment

Sila pertahankan KPOP selagi berdaya

Aku tak faham le ngan orang perempuan. Kuat sangat berdolak-dalik. Bila kite mengutuk perbuatan tersebut, dikaitkan pula dengan artis-artis di dalam filem lakonan. Nak sangat pertahankan KPOP walaupun dah terang-terang bersalah dalam hal ni. KPOP yang dipeluk tu lelaki Korea. Mungkin cantik sangat lelaki Korea tu gamaknye. Sampai tak tahan. Kat Malaysia ni berlambak yang ala-ala KPOP. Kalau dah tak tahan sangat , menikah la.

Bile dah berimej baik, bertudung, faham-faham je la. Orang yang mengutuk ni sebenarnya prihatin. Prihatin sebab tak suke perkara-perkara yang baik dikotori dengan benda-benda yang tak baik. Sebab tu kalau imej dah memang tak bertudung, orang tak la mengutuk sangat.

Dah tak tau nak cakap ape lagi dah. Aku pun sebenarnya dari kecik sakit hati ngan orang perempuan. Tak tau la kenapa. Ade la sebab tapi aku sendiri pun tak pasti. Bile timbul isu macam ni, memang kena la dengan aku yang terlampau prihatin ni.
on Leave a Comment

Kalau Malaysia kena bala, orang perempuan la punye pasal.

Tak cukup dengan bogel sana, telanjang sini (pakai tudung tapi pakai ketat), sekarang ni pakai tudung tapi buat perangai tak senonoh.

Patut la perempuan ramai masuk neraka. Banyak buat dose. Tak gitu??






on Leave a Comment

Mengapa orang perempuan mudah pengsan apabila terima berita yang mengejutkan

Aku pun tak reti sangat nak explain dari sudut saintifik. Sikit-sikit boleh lah...

Aku rase ni ade kaitan dengan sistem badan orang perempuan tu sendiri. Sistem badan akan 'shut down' tak silap aku sebab tekanan darah ke otak rendah daripada tekanan normal.

Apabila orang perempuan (biasanya perempuan lemah semangat) terkejut, jantung dan organ dalaman lain berhenti sekejap (beberapa saat). Ini namanya tindakan refleks tatkala otak seperti sukar mentafsir sesuatu perkara (biasanya berita yang mengejutkan seperti kematian dan sebagainya).

Apabila keadaan seperti ini berlaku, seluruh sistem akan berhenti (seperti keadaan kita semasa hendak bersin). Seluruh organ-organ akan 'pause' seketika.  Namun 'kejutan' lebih dasyat daripada bersin kerana kejutan akan menyebabkan 'impulse' juga terhenti. Apabila 'impulse' terhenti, tekanan menjadi rendah sekaligus darah(yang membawa oksigen) ke otak juga berkurangan sekaligus mengakibatkan pengsan.

Aku pun tak faham pe aku cakap ni. Macam ulang-ulang pun ade. Pape je lah.

Yang penting, orang perempuan tekanan darah diorang memang tak berapa kuat berbanding lelaki. Apatah lagi bila menerima berita yang mengejutkan. Memang diorang akan mudah pitam, terus pengsan.


on 1 comment

Perempuan selalu kena kutuk sebab tak pakai tudung

Kesian tul orang pempuan. Selalu kene bahan. Tau tak ape perasan aku? Aku suke....hahaha


Berkesan kah teguran kalau kuat melawan?
Berkesan kah nasihat kalau diejek kembali?

fikir la sendiri . Ade akal..

Kebetulan aku pun tak bape suke ngan perangai orang perempuan. Dari kecik lagi aku sakit hati dengan pempuan.

Sebab dulu mak aku pukul aku sebab adik pempuan aku. Hamik orang perempuan. Semua aku sakiti. Puas hati aku...

Aku belum lagi puas.
on Leave a Comment

Rumah Yang Ingin Dijual Ini Nampak Biasa-Biasa Saja Dari Luaran,Tetapi Korang Pasti Ternganga Apabila Melangkah Masuk Kedalamnya


Di Sweeden ada sebuah rumah yang sedang di jual, ianya lebih sesuai jika anda adalah salah seorang peminat kepada cerita Alien vs Predator kerana di dalam rumah ini,,, di bina khas nampak seakan 'kubu'nya. Memang cool !!!!!!!!!!!!!

















on Leave a Comment

Nelayan dapat kacip pinang emas kerana tuah bela kucing yang dijumpainya

  • Zulkipli menunjukkan barang berharga yang ditemuinya sambil meriba Miow.Zulkipli menunjukkan barang berharga yang ditemuinya sambil meriba Miow.
 1 / 2 
ROMPIN – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.

"Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

"Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.
on Leave a Comment

Bukti kebesaran Allah yang berlaku selepas musibah banjir di Temerloh

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Ini semua kuasa Allah yang ada hikmah tersendiri di sebalik penemuan itu," kata suri rumah Norliyusnita Kamarul Jaeh, 41.
Semalam, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati satu bakul baju yang turut mengandungi dua baju Melayu sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk anaknya seperti tidak disentuh air banjir yang menenggelamkan rumahnya di Taman Sri Desa di sini.
Ajaibnya, semua pakaian lain dalam rumahnya habis dibasahi air lumpur berikutan bah besar, namun hanya satu bakul itu yang tidak 'tercuit' langsung dengan kekotoran.
Ibu kepada lima anak itu berkata, kediamannya ditenggelami air setinggi lebih dua meter sejak 23 Disember lalu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau dekat sini.
Bagaimanapun, Norliyusnita berkata, selepas air surut sejak lima hari lalu dan penduduk kampung mula pulang ke rumah masing-masing untuk melihat keadaan rumah, dia berasa sesuatu yang pelik dan mengejutkan berlaku.



on Leave a Comment

Intan...Ku kesepian....

Baru aku faham maksud tajuk lagu ni. Dari kecik dengar tak pernah faham. Sekarang baru faham. Cara sebutannya kena 'pause' beberapa second sebelum sambung 'phrase' kedua. Intan (merujuk kepada kekasih) dan 'ku kesepian' (ayat penyata).

Dulu aku ingat maksud lagu ni 'Intan(milikku) kesepian'. Never mind lah. Actually nak citer benda len pulak.

Pasal perut aku ni. Dah seminggu meragam. Semalam really frustrated. Wi-fi 'sellooww' giler...tak sempat aku nak siapkan keje. Pegi sana tak leh, datang sini tak leh. Jenuh mencari tempat berwifi yang berkualiti. Harammm....satu pun tak de yang OK. Padahal kawasan bandaraya.

Mungkin effect dari perut meragam ni, hari ni suhu badan aku naik. Semalam aku drive dari outstation balik lebih 500km. Lepas makan 'painkiller', tetibe suhu badan berkurang dengan drastik. Masya-Allah. Boleh terpesong akidah kalau percaya ubat tu 'power'. Bukan saja suhu badan dah stabil, badan aku yang lemah pun tetibe sihat. Hairan jugak. Tapi aku dah selalu macam ni. Ade something la dengan ubat-ubat klinik zaman sekarang. 'Painkiller' je pun...Konspirasi kejahatan mempengaruhi minda manusia mungkin? Dah sihat, aku pun drive la balik walaupun jauh. One-shot aku drive. Berhenti kejap je kat RnR makan 'sweetcorn' dengan 'sandwhich' dengan milo. Sedap milo tu. RM 1.90 . Tapaw, makan dalam kete.

Teringat aku akan seseorang yang pernah berkata kepada aku. Katanya minyak kelapa sebenarnya tak berkolesterol. Buktinya, minyak kelapa 'dara' (maksudnya yang asli dan belum mengalami evolusi) amat berkhasiat. Berbanding minyak kelapa sekarang yang berkolestrol dan membahayakan kesihatan. Especially orang macam aku ni. Sekarang manusia terpaksa berhadapan dengan pelbagai penyakit . Namun timbal baliknya adalah teknologi perubatan yang kian canggih. Masih, manusia terpaksa juga menjaga kesihatannya sendiri kerana bukan semua teknologi tersebut mampu merawat penyakit . Contohnya untuk sesetengah kes kanser.

Dan aku juga percaya bahawa zaman dulu penyakit-penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan stroke tak wujud. Stroke dalam bahasa Melayu campur bahasa Arab, sikit, juga dipanggil sebagai angin ahmar. Ahmar itu pun adalah sejenis jin. Jin yang hidup zaman Nabi Sulaiman A.S. So, sebelum zaman Nabi Sulaiman A.S, takdelah penyakit stroke ni.

Ape jenis minyak pun yang selalu terdapat dalam makanan, asalkan perkataan minyak, kita akan 'consider' ia berkolesterol. Betul tak? Tapi nape minyak zaitun tak berkolesterol? Malah ianya adalah sejenis penawar kepada kolesterol. Zaman dah berubah. Dugaan dan fitnah yang menimpa manusia juga semakin berat. Air laut semakin masin kerana dosa manusia.




Технологии Blogger.

Start Backlink Code

jubah murahFree Automatic Backlink

Entertainment Blogs
Entertainment blogs


tanda




Backlink Checker SEO Tool by monitorbacklinks.com
link directory


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

link directory
Blogs Directory

Blogarama - The Blog Directory
Photobucket


Blogged.my
My Ping in TotalPing.com





Feedage Grade A rated





Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Search Engine


web directory
chrisrossell Blog
HQ Arts BlogsHQ Arts Blogs
Directory submission Test your Internet connection speed at Speedtest.net

pgrnk n ppp


Page Rank


В этом гаджете обнаружена ошибка

fdbrnr

Masukkan email anda untuk mendapatkan tips rahsia buat duit dengan internet.:

Sinopsis, Review, Informasi

ntwkblg